CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Myanmar Beri Pengampunan Kepada Lebih 3,000 Tahanan Sempena Tahun Baharu

17-4-2023 05:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 161| Komen: 1|Original author: Tatod

Majlis Pentadbiran Myanmar pada Isnin memberi pengampunan kepada lebih 3,015 tahanan sempena Tahun Baharu Myanmar, lapor Xinhua.

Menurut arahan berasingan majlis itu, 98 tahanan asing dan lima warga Sri Lanka turut diberi pengampunan pada Tahun Baharu.



Keputusan itu dibuat sempena sambutan Tahun Baharu negara Asia Tenggara itu dan atas dasar keamanan dan kemanusiaan, selain hubungan antara negara masing-masing dan Myanmar, menurut majlis itu.

Myanmar sebelum ini mengampuni ribuan banduan sempena Hari Tahun Baharu, termasuk membebaskan 1,619 tahanan pada tahun lalu.

Pada 4 Januari tahun ini, negara itu turut mengampuni lebih 7,000 tahanan sempena Hari Kemerdekaan yang ke-75.


Sumber: HARIAN METRO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 18-4-2023 04:41 PM
Tak sangka Myanmar pun amat pengampun dan penyayang tapi kalau dosa menyakau pun diampunkan tak?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.088996 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top