CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remy Gila Bertatu

17-4-2023 03:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1033| Komen: 8|Original author: Tatod

Seorang lelaki di Kanada yang terlalu obses dengan tatu menghabiskan masa lebih 1,200 jam dan puluhan ribu pound sterling untuk mencacah tatu pada badannya.

Daily Star melaporkan, lelaki yang juga bapa itu kini kelihatan seolah-olah memakai 'sut badan ketiga' dan dalam proses membuat tatu yang belum pernah dilihat sebelum ini.


Dia sangat menyukai tatu sehingga sentiasa melakukannya tanpa menunjukkan tanda untuk berhenti.


Menerusi perkongsian terbaru di Instagram (IG) yang mempunyai 209,000 pengikut, Remy menunjukkan kemunculannya pada awal usia 20-an dengan tatu pada badannya.

"Apa yang kelihatan seperti penghujungnya hanyalah permulaan perjalanan yang lebih panjang. Bagi saya ia bukan satu pecutan tetapi maraton dan kerja cinta.

"Sekiranya saya hidup untuk menjadi sangat tua, saya akan mempunyai banyak kenangan indah mengenai semua langkah di sepanjang jalan yang menjadikan siapa saya," katanya.


Remy membelanjakan lebih 75,000 Pound Sterling (kira-kira RM411,184)

untuk tatunya dan dia sebelum ini mendedahkan bahawa bahagian perutnya adalah yang paling menyakitkan.

Bekas chef itu membelanjakan banyak wang untuk transformasinya yang turut membabitkan tindikan dan barang kemas di badannya.


"Sejak saya mula membuat tatu, saya sudah membelanjakan kira-kira 70,000 (kira-kira RM383,771) hingga 75,000 Pound Sterling (kira-kira RM411,184).

"Tetapi jika termasuk tindikan dan barang kemas, jumlahnya lebih daripada 87,000 Pound Sterling (kira-kira RM476,974), " katanya. - CARI


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayurmayur88 17-4-2023 03:40 PM
dekat setengah juta kos dia buat semua tuh !!!!
Quote antikorok 17-4-2023 03:44 PM
Edited by antikorok at 17-4-2023 03:47 PM

Eiii. Walaupon body dia not bad tapi bila cacah tattoo kat muka teros hudoh gaytohhh. Tattoo kat muka is a big no no yachhhh
Quote Kuin-Kepam 17-4-2023 04:11 PM
Lantak le.. bukan Besot Terengganu dik!
Quote whimsicalmusic 18-4-2023 08:31 AM
antikorok:  Edited by antikorok at 17-4-2 ...
iolls setuju, nmpk kotor n mcm banduan gaya hahaah
Quote liyamariska 18-4-2023 08:35 AM
confirm mamat ni ketagih bertatu sampai naik hitam seluruh badan...
Quote shi_jewel 18-4-2023 09:18 AM
tak lama lagi, dia pegi hitamkan muka dia terus.
Quote Tinot7 18-4-2023 09:19 AM
Keje apa duit byk sgt nak burn ni?
Quote fly_in_d_sky 18-4-2023 10:48 AM
tak nampak cantik nya pun ...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.080886 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top