CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Musk Sahkan Pelancaran Kapal Angkasa Starship Pada Isnin

17-4-2023 03:25 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 387| Komen: 2|Original author: Tatod

Pelancaran kapal angkasa Starship oleh syarikat SpaceX milik Elon Musk dijadualkan pada Isnin, 17 April, lapor Sputnik.

SpaceX dalam ciapan di Twitter pada Ahad berkata tetingkap pelancaran 150 minit untuk Starship akan dibuka pada 8 pagi Amerika Syarikat (AS) (13:00 GMT) pada Isnin.


Musk memberitahu pengikut Twitter pada Ahad bahawa beliau bagaimanapun tidak mengharapkan kejayaan pelancaran SpaceX Starship dengan mengaitkannya dengan sejarah roket N1 Soviet, yang mempunyai reka bentuk roket yang sangat mengagumkan tetapi tidak pernah sampai ke orbit.

Elon Musk

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) pada Jumaat berkata, ia memberi kelulusan kepada SpaceX untuk menjalankan ujian penerbangan pertama roket Starship dan Super Heavy bersepadu sepenuhnya yang sedang dibangunkan untuk membawa manusia ke Marikh.


FAA berkata lesen itu sah selama lima tahun.

FAA juga menyiarkan pelan operasi semasanya pada Jumaat dengan menyatakan Starship akan dilancarkan pada 17 April dari tapak pelancaran SpaceX di Boca Chica, Texas serta tarikh alternatif dari 18 hingga 21 April.

SpaceX membangunkan Starship kenderaan pelancar berat boleh guna semula sepenuhnya, yang dibangunkan untuk membawa anak kapal dan kargo ke orbit Bumi, Bulan, Marikh dan melewatinya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 17-4-2023 03:59 PM
1000 thn dulu...kalau nak maju kena berlayar meneroka tanah baru...tu sbb sekarang mereka kaya raya....

sekarang mereka meneroka tempat baru lagi...
Quote marchikobonzo 17-4-2023 04:52 PM
Top big bang antara yang pergi kan?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.080382 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top