CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Mati Dibunuh Bapa Dengan Tukul Besi- Anak Sulung Tak Nak Sambung Belajar, Nak Cari Kerja Untuk Sara Adik-Adik

17-4-2023 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3001| Komen: 55

MELAKA – Anak sulung wanita yang dibunuh suaminya dengan tukul besi di Kampung Besol, Bukit Besi, Terengganu pada 5 April lalu menolak untuk menyambung pengajian demi membantu nenek dan datuknya membesarkan lima adiknya di sini.


Mohamad Daniel Mohd Radzi, 18, berkata, dia dan empat adiknya yang lain akan berpindah ke Melaka untuk menetap bersama datuk, Aziz Mustafa, 68 dan nenek, Wan Zaini Wan Abdullah, 60, di Tangga Batu dalam masa terdekat.

Katanya, dia tidak berhasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat universiti, sebaliknya ingin segera mendapatkan pekerjaan tetap bagi membantu menyara keperluan adik-adiknya yang berusia antara 15 sehingga lima tahun.


Foto: Kosmo

“Meskipun sedih dengan apa yang berlaku, namun saya bersyukur kerana ada datuk dan nenek, tetapi saya tak boleh mengharapkan mereka sahaja dan perlu bantu cari duit untuk besarkan adik-adik.


“Sekarang ini kami masih menguruskan urusan pertukaran sekolah dua adik di Terengganu, selepas itu barulah pindah ke sini (Melaka) dan saya mahu cari kerja cepat-cepat, tidak kisahlah kerja apa,” katanya ketika ditemui di Taman Tangga Batu Perdana, di sini.

Turut hadir menyantuni keluarga itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi.

Ujarnya lagi, dia juga berasa lebih lega dapat berkumpul dengan dua adiknya yang sebelum ini dijaga oleh datuk dan neneknya di sini.

“Sebelum ini saya hanya membuat panggilan video sahaja untuk berbual dengan dua adik berusia 9 dan 7 tahun tetapi selepas ini kami akan duduk sekali, saya pun lebih lega mereka berada di depan mata,” katanya.

Sementara itu, neneknya memberitahu, mereka sekeluarga kini meraih pendapatan dengan menjual nasi dagang di Ayer Keroh.

“InsyaAllah mak cik akan jaga cucu-cucu ini selagi ada nyawa, selagi diberikan kesihatan yang baik dan setakat ini kami mencari rezeki dengan menjual nasi dagang. Sudah hampir lima tahun mak cik berniaga di sini,” katanya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 17-4-2023 02:20 PM
Kisah2 mcm ni klu tgk dlm drama kat TV pun dh sedih
Semoga dipermudahkan lah segala urusan kalian
Quote SembangKari 17-4-2023 02:39 PM
Ada rupa juga anak-anak arwah. Salam takziah dik. Moga kuat semua.
Quote mizruncing 17-4-2023 02:48 PM
alahai sedihnyaa. lagi2 nak raya ni. hilang mak, hilang punca. semoga dipermudahkan urusan mu anak2
Quote Hessa 17-4-2023 02:49 PM
Kesian, muda2 lagi dah terpaksa pikul tanggungjawab. Semoga ada peluang utk anak ni sambung pelajaran satu hari nanti. Ayah kandungnya mana?
Quote supernaturalee 17-4-2023 02:52 PM
mcm hensem ja daniel

keje la elok2 ye kot ada rezeki lbh esk2 blh sambung belajar sambil keje

moga dipermudahkan urusan dorg 6 beradik

Quote Purplehaz 17-4-2023 02:53 PM
Sambung belajar la dik..buat part time pun ok.
Belajar tinggi nnti ada jawatan bagus, penglmn bagus..insya allah boleh senang nnti.
Adik adik tu kan ada nenek yg sanggup jaga.
Quote Supersirap 17-4-2023 02:53 PM
Semoga dipermudah apa jua urusan
Quote supernaturalee 17-4-2023 02:53 PM
Edited by supernaturalee at 17-4-2023 02:55 PM






Quote kaoru44 17-4-2023 02:59 PM
kesiannya...moga dipermudahkan urusan keluarga ni..
Quote airmineral 17-4-2023 03:05 PM
takziah
kesiannnnn kena bela adik ramai²
Quote Suchi 17-4-2023 03:08 PM
Hessa replied at 17-4-2023 02:49 PM
Kesian, muda2 lagi dah terpaksa pikul tanggungjawab. Semoga ada peluang utk anak ni sambung pelajara ...

Tak silap dia duduk ni ngn nenek belah ayah kandung dia kan?
Quote Hessa 17-4-2023 03:11 PM
Suchi replied at 17-4-2023 03:08 PM
Tak silap dia duduk ni ngn nenek belah ayah kandung dia kan?

ahaa..tp sampai atok nenek belah ayah yg kena jaga ni mcm ayahnya pun dh takde jugak. ke ayahnya ada lagi. kalau ada lagi, awat tak dok sama dgn ayahnya? ke ayahnya kawen lain
Quote 3chanceno 17-4-2023 03:16 PM
Kesiannya anak2 ini..moga ada MP yg bantu carikan kerja..sebaiknya bantu fanili nie sehingga abang habis university...apak kandung mana?
Quote syamzana 17-4-2023 03:24 PM
alaa kesiannya acik kat korang adik bradik. dpt ayah tiri bongok. kerja dulu then nati smbg bljr pun takpe. buat part time.
nmpk wangi adik bradik ni semua, jaga diri elok2 jaga adik2. atuk+nenek pun dah tua hrp sempat la depa ni membesar dgn selamat.
Quote prince_marhaen 17-4-2023 03:25 PM
Hessa replied at 17-4-2023 03:11 PM
ahaa..tp sampai atok nenek belah ayah yg kena jaga ni mcm ayahnya pun dh takde jugak. ke ayahnya a ...

bapaknye kena masuk penjara la chuolss...kan bapak dia yang hentak kepala mak dia dengan tukul....takkan tetiba bahagia duk ngan bini lain... ehehehehehehe..

Quote shamsadis 17-4-2023 03:26 PM
ko tunggu lamaran je dari wanita kaya dalam forum cari dik
Quote Hessa 17-4-2023 03:28 PM
prince_marhaen replied at 17-4-2023 03:25 PM
bapaknye kena masuk penjara la chuolss...kan bapak dia yang hentak kepala mak dia dengan tukul.... ...

yg buat tu bukan ayah tiri ke?
Quote becir 17-4-2023 03:29 PM
takde ke mp nak tolong budak ni, kasi sambung belajar, adik2nya biarla nenek atuk tengokkan..sedih pulak dahla bulan posa ni cepat je air mata nak keluar
Quote Belibis 17-4-2023 03:32 PM
chandrahusin: Kisah2 mcm ni klu tgk dlm dram ...

Ya lor..jalil hamid jadi atok,norlia ghani jadi nenek..air mata syawal la para penonton.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.195624 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top