CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sempat Keluar Bersama, Bersembang Dan Berjalan-Jalan Sebelum Anak Tikam Ibu Sendiri Sampai Mati

17-4-2023 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2195| Komen: 24

London: Seorang wanita di United Kingdom (UK) bertindak kejam apabila membunuh ibu kandungnya sendiri hanya beberapa jam selepas keluar bersama dan bersembang dengan mangsa.

Daily Star melaporkan, Birute Klicneliene, 51, menikam ibunya, Dace Kalkerte, 50, 16 kali di rumah flat dekat King's Lynn, Norfolk, pada 15 April tahun lalu.


Insiden itu agak mengejutkan kerana rakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua beranak itu berjalan berdua sebelum kejadian.

Mereka berjalan di sepanjang laluan taman dengan Dace membawa beg runcit di tangan, berbual secara mesra hanya beberapa jam sebelum dibunuh Klicneliene.


Foto: Daily Star

Kedua-duanya bertemu dengan satu sama lain pada awal hari kejadian ketika minum di tempat makan bersama suami masing-masing.

Klicneliene dan Dace kemudian meninggalkan suami mereka sebelum pembunuhan itu berlaku.


Metro UK melaporkan, polis dikejarkan ke kediaman Dace pada jam 12.30 tengah malam dan menemukan wanita itu dalam keadaan berlumuran darah.

Dace meninggal dunia di hospital Queen Elizabeth Lynn pada hari berikutnya.

Walaupun bedah siasat mendedahkan Dace mengalami 16 tikaman dan luka tusukan serta sembilan lagi luka, wanita itu sebenarnya meninggal dunia akibat satu tikaman di perutnya.

Klicneliene menafikan serangan itu, memberitahu polis bahawa dia tertidur dan Dace terbaring di atas lantai ketika dia bangun, lapor BBC.

Dia kemudian mendakwa seorang lelaki membunuh Dace, namun tiada bukti yang menunjukkan ada individu lain masuk ke dalam flat didiami mereka.

Berikutan kesalahan itu, Klicneliene dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 18 tahun. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-4-2023 01:31 PM
tak check betul2 ke umur anak beranak ni sebelum post? tau copy paste jah kan kerja kau
Quote Samerosie 17-4-2023 01:36 PM
Kurex replied at 17-4-2023 01:31 PM
tak check betul2 ke umur anak beranak ni sebelum post? tau copy paste jah kan kerja kau

Yang best tu, orang yg dia tikam tu bukan mak dia hahahaha English version, perempuan yg kena tikam tu stranger, baru jumpa masa gi minum2.
The video shows Klicneliene casually strolling alongside Mrs Kalkerte, a mother, as they walked back to Klicneliene's flat where she would launch a savage attack.
Quote selipar_hijau 17-4-2023 01:42 PM
Daily Star melaporkan, Birute Klicneliene, 51, menikam ibunya, Dace Kalkerte, 50, 16 kali di rumah flat dekat King's Lynn, Norfolk, pada 15 April tahun lalu.

Apa ke lahanatnya umo anak lagi tua dari umo mak?
Quote sarah_ary2 17-4-2023 02:05 PM
Bila baca yg eng news bukan mak dia yg ditikam tue, eng newspaper guna term “mother” bukan her mother apoooo article ni
Quote ctaz 17-4-2023 02:19 PM
apa ke bangang berita ni....
anak umo 51...mak umo 50...
kebabian apakah brita ini
Quote kelip2_07 17-4-2023 02:32 PM
giloooo

tunggang langgang berita
Quote sukacactus 17-4-2023 02:38 PM
Samerosie replied at 17-4-2023 01:36 PM
Yang best tu, orang yg dia tikam tu bukan mak dia hahahaha English version, perempuan yg kena tika ...

Laaa a mother ke bkn her mother
Aku baca artikel kat ats tu pun pening
Simple english je kot  mcm susah naw nak translate
Patut la 'ank' tua dari 'mak'
Quote matamata 17-4-2023 02:40 PM
Aku dah cakap lama dah... Wartawan CARI dgn wartawan tabloid bodo dia mmg tak bertepi... Dah takda ubat dah
Quote nakkomenjugak 17-4-2023 03:20 PM
Memang warta dari leluhur
iq gorila
cerrr proofread dulu sebelum publish
Quote KamikuP 17-4-2023 03:27 PM
Camtulah cuolls hujung2 nak dekat raya ni wartawan sauk je citer takde proof reading kekdahnyer janji post ye dak demi kpi ekekekeke
Quote Sesuatu… 17-4-2023 11:14 PM
Aku yakin TT ni berpuasa tambah penat iktikaf sekali dh hujung2 Ramadan ni. Kemain tunggang langgang berita
Quote Purpkehag 18-4-2023 01:03 AM
????????????????????????
Quote Purpkehag 18-4-2023 01:04 AM
Emoticon dah hay wired, lol
Quote Kitty_catz 18-4-2023 07:19 AM
TT terlepas sahur kut.. mata pun kero
Quote slyfynx 18-4-2023 08:13 AM
Birute Klicneliene, 51, was handed a life sentence after she murdered mum Dace Kalkerte, 50, in a brutal attack on 15 April last year.


TT, orang yang die bunuh tu seorang mak, bukan emak die.
Ko main copy paste je kan?
Wartawan HM pun mmg makan gaji buta translate direct mcm ni.
Quote swateng1 18-4-2023 08:15 AM
Daily Star melaporkan, Birute Klicneliene, 51, menikam ibunya, Dace Kalkerte, 50, 16 kali di rumah flat dekat King's Lynn, Norfolk, pada 15 April tahun lalu.

amende ko nih???
Quote rosa_canina 18-4-2023 08:26 AM
translate pun salah??? adoiii  
Quote liyamariska 18-4-2023 08:32 AM
ai is pening baca cite tang umur anak lagi tua dari umur mak...
Quote kepompong 18-4-2023 08:38 AM
apa tujuan letak benda ni kat c.i. ?

nak menguji kebongokan poromer ke apa. siapa percaya dia bongok lol

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.054928 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top