Demi menyelesaikan kemelut rumah tangga, Mahkamah Rendah Syariah di sini mengarahkan supaya suami pelakon Miera Leyana, Rosland Othman dan isteri pertamanya Adibah Abdul Mutalib melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Perkara itu dimaklumkan peguam syarie Datuk Khairul Anwar Rahmat yang mewakili Adibah selepas pergurusan kes itu dihadapan Penolong Pendaftar Seri Ariful Asyikin Mohamad Yusuf. Katanya mahkamah mengarahkan JKP, selepas Adibah, 50, selaku defendan tidak bersetuju dengan tindakan suaminya untuk bercerai. “Anak guam kami berpendapat bahawa ikatan perkahwinan selama 28 tahun ini masih perlu dipertahankan dan perkahwinan tidak sewenang-wenangnya dibubarkan. “Tapi Alhamdulilah mahkamah telah menerima hujah kami (bantah cerai) dan pihak-pihak perlu melantik JKP supaya hakim syarie sendiri dapat menentukan letak duduknya kes ini,” kata peguam syarie itu kepada Kosmo.
Sementara itu, seorang lagi peguam syarie Mohd. Junid Ramli yang mewakili Adibah berkata pada plaintif mahu meneruskan lafaz cerai hari ini namun tetap dibantah anak guamnya. Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 3 Mei ini untuk pihak-pihak memaklumkan kepada mahkamah wakil JKP masing-masing. Dalam prosiding hari ini, Rosland, 50, turut hadir ke mahkamah dengan ditemani wakil peguam syarienya. Rosland selaku plaintif memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Untuk info dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit akan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian. Sebelum ini media melaporkan Adibah mahu terus mempertahankan rumah tangga bersama suaminya meskipun perkahwinan dilanda badai sejak dua tahun lalu. Wanita itu mengaku masih sayangkan rumah tangga yang dibina sejak 28 tahun lalu, meskipun suaminya berpoligami selepas berkahwin dengan Miera Leyana pada Julai 2020. – CARI |
lattehazelnut replied at 17-4-2023 01:32 PM
Bini dia ade income ke nak hire lawyer fight kaw2 tuntut harta sepencarian..
wife dia surirumah ek? ...
ADVERTISEMENT