CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6655|Reply: 91

Madu Miera Liyana Tetap Tak Nak Bercerai, Mahkamah Arah Lantik JKP

[Copy link]
Post time 17-4-2023 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Demi menyelesaikan kemelut rumah tangga, Mahkamah Rendah Syariah di sini mengarahkan supaya suami pelakon Miera Leyana, Rosland Othman dan isteri pertamanya Adibah Abdul Mutalib melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).


Perkara itu dimaklumkan peguam syarie Datuk Khairul Anwar Rahmat yang mewakili Adibah selepas pergurusan kes itu dihadapan Penolong Pendaftar Seri Ariful Asyikin Mohamad Yusuf.


Katanya mahkamah mengarahkan JKP, selepas Adibah, 50, selaku defendan tidak bersetuju dengan tindakan suaminya untuk bercerai.


Foto: IG




“Anak guam kami berpendapat bahawa ikatan perkahwinan selama 28 tahun ini masih perlu dipertahankan dan perkahwinan tidak sewenang-wenangnya dibubarkan.


“Tapi Alhamdulilah mahkamah telah menerima hujah kami (bantah cerai) dan pihak-pihak perlu melantik JKP supaya hakim syarie sendiri dapat menentukan letak duduknya kes ini,” kata peguam syarie itu kepada Kosmo.




Foto: Kosmo




Sementara itu, seorang lagi peguam syarie Mohd. Junid Ramli yang mewakili Adibah berkata pada plaintif mahu meneruskan lafaz cerai hari ini namun tetap dibantah anak guamnya.


Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 3 Mei ini untuk pihak-pihak memaklumkan kepada mahkamah wakil JKP masing-masing.


Dalam prosiding hari ini, Rosland, 50, turut hadir ke mahkamah dengan ditemani wakil peguam syarienya. Rosland selaku plaintif memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.


Untuk info dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit akan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.


Sebelum ini media melaporkan Adibah mahu terus mempertahankan rumah tangga bersama suaminya meskipun perkahwinan dilanda badai sejak dua tahun lalu.


Wanita itu mengaku masih sayangkan rumah tangga yang dibina sejak 28 tahun lalu, meskipun suaminya berpoligami selepas berkahwin dengan Miera Leyana pada Julai 2020. – CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2023 12:34 PM | Show all posts
penyondol ini aman2 jer ekk...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 12:36 PM | Show all posts
Kesiannya. Nak pertahankan jugak walaupun yang belah sana dah tak sudi
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh suami dia nk bercerai dan acik ni taknak bercerai.
Ermm yg ni apa kata jantan2 kat fb? Dorang cukup pantang kalau pompuan yg minta cerai tp tang org laki yg sesuka hati nk ceraikan bini jgn krik krik plak yek
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cerai jela kak. buat camni bertahan2 sedangkan laki sendiri taknak, bukan bagi kesan dkt korang laki bini je, anak2 pun terkesan tau
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki Miera tengah masyuk sekarang khens dapat projek sekolah kat Sarawak, makin desperate la si Miera nak bolot sorang si Rosland ni xnak share2 dengan orang lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2023 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ada la tu sebab dia tak nak cerai siapa kita nak menidakkan keputusan sheols. biar penyondol tak tdo malam.
go sis !
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Stop being a doormat pls
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2023 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama ke macam Sarah dengan Diana, kalau lepas jumpa JKP tak berjaya, still bercerai juga guna hakam? Matter of time je, cerai sekarang atau few months later.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 01:13 PM | Show all posts
kesian pulak acik ni beria2 nak pertahan kan padahal laki dah tak balik rumah..move on je acik, hati acik aman nanti tanpa jantan sial ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ntah org dah tak sudi buat pa nk tunggu lagi..tapi kuasa kn kt tangan laki nya klu si bini tak nk laki nya ble j a lafazkn kann
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti si mira bengkek sbb madu xnk bercerai
Terpaksa la mira pegang lg title bermadu dan isteri ke2
Bagus datin...teruskn menghantui hidup mira liyana...biar dia yg angkat kaki nt
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 01:28 PM | Show all posts
kalau rosland nak cerai juga, suruh dia bayar mutaah juta juta ( kalau cukup duit ler)

cinta tu memang dah takde, asal dapat duit jadi lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 01:29 PM | Show all posts
tuntut harta sepencarian
then angkat kaki je lah
org dh xnak
dh ada org lain

it's not giving up
it's time to move on
focus diri sendiri
klu ada jodoh along the way nnt, ada lah

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa makcik xnak cerai. Laki makcik dh x suka tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini dia ade income ke nak hire lawyer fight kaw2 tuntut harta sepencarian..
wife dia surirumah ek? Mmg susah lah nak berdikari umur dah lanjut ni..
Time kawin pun culas bg nafkah sejak bini baru, apetah dah cerai nnti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2023 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak suka title janda ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 01:47 PM | Show all posts
Mungkin saja nak push suami tu bayar mutaah yang banyak kot. Ye la..alang2 kan..biar berbaloi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 01:49 PM | Show all posts
lattehazelnut replied at 17-4-2023 01:32 PM
Bini dia ade income ke nak hire lawyer fight kaw2 tuntut harta sepencarian..
wife dia surirumah ek? ...

mmg dia housewife masa laki dia ok lagi
but now shes doing well on her own, dia jual mcm2
siap pergi hols lagi, she's enjoying life
just a pity dia nak sgt kat laki dia
muka elok gitu, petik jari jer
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut makciklah.. tapi iols okei je .takdela miera tetek tu senang2 jadi the only wife khen..padan muka kao
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.132376 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list