CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak-Anak Bingung- Mak Kerja 'Gomen' Angau Bercinta Dengan Bekas Banduan, Sanggup Bela Dan Keluar Duit Tanggung Serba Serbi

17-4-2023 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2662| Komen: 49

Kehidupan seorang gadis dan adik-beradiknya banyak berubah selepas bapa mereka meninggal dunia, beberapa tahun lalu.

Katanya ibunya mula berkenalan dengan lelaki lain tidak lama selepas kematian bapanya sehingga tergamak berkelakuan tidak sopan dan menghabiskan wang demi cinta.



Gambar Hiasan

"Adik beradik aku semua perempuan. Ayah aku dah meninggal masa aku sekolah lagi. Belum sampai setahun ayah aku meninggal, mak aku dah mula bergayut dengan lelaki. Aku pernah check telefon mak aku, dia layan chat ramai lelaki.

"Mak aku pernah bawa aku dan adik aku pergi bercuti, dan rupanya dengan boyfriend dia. Semua mak aku tanggung. Duit minyak, duit makan apa semua mak aku bayar.

"Aku jumpa gambar mereka pegang tangan dalam telefon mak aku. Ya, aku tak hormat privasi, tapi aku takut mak terjebak dalam penzinaan atau scammer and so on," luahnya di media sosial.


Tidak terhenti di situ, gadis itu berkata ibunya meluahkan hasrat untuk berkahwin pada tahun lalu, namun dia langsung tidak terkejut menerima perkhabaran itu.

Apa yang membimbangkan, dia berkata ibunya sering menghantar wang kepada lelaki tersebut yang disyaki tidak bekerja dan memiliki rekod jenayah lampau.

"Tahun lepas mak aku cakap dia nak kahwin, aku tak terkejut. Aku dan adik beradik memang tak setuju tapi mak aku tak kisah langsung. Kami tak kenal pun siapa lelaki tu, orang mana, kerja apa semua. Mak tak nak bagitahu. Mak cakap dia kerja biasa-biasa.

"Dia tak pernah kenalkan future husband dia kat kami. Mak aku ni bekerja. Kerja kerajaan ada gaji tetap, ada dua kereta, ada tanah, ada duit pencen arwah ayah aku. Mak aku kenal dia online. Aku tak tahu dari mana. Dia tinggal di negeri lain.

"Aku syak lelaki tu tak kerja, sebab aku check phone mak aku, mak aku selalu transfer duit dengan lelaki tu. Nak top up la, duit makan la, duit kasut la, duit baju la apa.

"Pakcik aku ni polis. Dia ada check background bakal suami mak aku dan lelaki tu ada rekod jenayah dadah. Pernah masuk penjara beberapa tahun dulu. Kisah ni dah satu family tahu," ujar pengadu lagi.

Usaha keluarga untuk menghalang hubungan percintaan mereka bukan sahaja tidak berhasil, malah ibunya sanggup bersengketa dengan semua orang yang tidak bersetuju dengannya.

"Makcik pakcik aku (adik beradik mak aku) memang gaduh besar dengan mak aku sebab mereka tak setuju. Aku sangat berterima kasih sebab keluarga aku tolong nak sedarkan mak aku. Tapi, tahu apa mak aku buat? Mak aku mengamuk sampai call polis dan akhirnya hubungan kekeluargaan putus macam tu.

"Sekarang ni, kami adik beradik tak berani nak suarakan apa-apa sebab takut mak buang kami macam mak buang nenek. Aku pernah suruh mak berbaik dengan nenek, tapi mak cakap dia tak salah pun, patutnya nenek aku yang minta maaf kat dia.

"Aku tahu mak aku masih proceed nak kahwin. Tapi, dia buat senyap-senyap. Aku jumpa baju kurung putih dalam almari mak aku. Mak aku pun dah dapat surat pengesahan wali pakcik aku. Apa yang aku risau sekarang ni, keselamatan kami adik beradik terutamanya adik aku, sebab dia masih bersekolah," luah pengadu lagi. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 17-4-2023 10:46 AM
terkenanang penangan 8 inci barangkali
Quote esbok 17-4-2023 11:03 AM
manusia ni, kalau terikut kata hati, mmg cinta itu buta
Quote Burong_Hantuk 17-4-2023 11:10 AM
apa jenis ibu laaa mcm ni..gatal jantan
Quote Kurex 17-4-2023 11:16 AM
demi kepuasan mutiara korsani yg hampir kering
Quote cikatilia 17-4-2023 11:19 AM
payah dpt mak cam gini
elok xpayah ada anak layan kan aje 8 inci 10 inci 12 inci... layan sampai merept
Quote JulietTheOrange 17-4-2023 11:51 AM
nnt dh kawen, mak die wat la luahan perasaan kat fb page KRT
sebelum kawen nie bau taik pasangan pon mcm bau mnyak wangi tom ford
Quote shernazz 17-4-2023 11:56 AM
Kang jadi apa apa kat anak
Mula la cakap anak ikut indon lah..ikut jantan lah...
Quote Supersirap 17-4-2023 11:57 AM
Berhati-hatilah dalam memilih pasangan
Quote Perwira2022 17-4-2023 12:28 PM
Dah pernah rasa batang laki tu kot
Quote epal_putih 17-4-2023 12:30 PM
Dah mabuk angau payah dah
Quote zehra2 17-4-2023 12:31 PM
bila hidup terlalu ikut hati. jgn nyesal udah ler
Quote antikorok 17-4-2023 02:12 PM
Minyak pengaseh tersenyum sinis, barangkali????
Quote kelip2_07 17-4-2023 02:30 PM
dah kata dahhhh..kebanyakkn pompuan mmg ketepikan ank klu dpt jantan br
Quote chandrahusin 17-4-2023 02:37 PM
Entah2 dh pekena dadah?
Quote otai_g 17-4-2023 02:39 PM
Nasib mak ko lah.
Quote sukacactus 17-4-2023 02:45 PM
Ats sebab mcm ni la laki aku pesan jgn kawin baru kalau dia pergi dl
Sebab kena kat balu kwn dia sdr
Kawin dgn kaki kikis, sampai ank nak further study pun terbantut
Quote naina 17-4-2023 02:48 PM
Kesiannya lah. Banyak red Flag pun masih nak teruskan. Hope anak2 tu dapat pencen bapak dia sepenuhnya. Takut kad pencen tu laki baru mak dia pegang. Dajjeii sungguh
Quote shamsadis 17-4-2023 03:24 PM

esok lusa ada berita, mak ditinggal anak, play victim.

Quote sayurmayur88 17-4-2023 03:31 PM
kesiannya..
manusia kalau dah angau bercinta.. kalau tak knp byk sangat kes menyondol(even tak relate dgn kisah ni).

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.061225 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top