Tular di Twitter satu pendedahan mengenai platform carian pengasuh bayi yang dieksploitasi oleh lelaki miang sebagai tempat 'mencuci mata'. Kaunselor laktasi bertauliah, Nurun Nadia Masrom, 37, meluahkan kekecewaannya kerana wanita-wanita muda itu hanya mahu mencari pendapatan sampingan tetapi diambil kesempatan sebegitu.
"Kesian perempuan muda zaman sekarang. Nak berdikari pun susah. Jadi pengasuh muda berisiko dapat gangguan dari lelaki miang bergelar ayah. Semua benda nak dibuat lawak. "Gambar asal dekat post tak hide muka pengasuh ni langsung. Kalau itu anak kau macam mana agaknya rasa? "Kalau kita gantikan gambar wanita dalam senarai pengasuh ni dengan gambar anak perempuan tuan macam mana agaknya reaction," kata Nadia. Disertakan bersama ciapan itu adalah beberapa tangkap layar ruangan komen di Facebook memaparkan beberapa akaun berjantina lelaki sedang berbual topik berbaur lucah. Platform carian pengasuh bayi yang beroperasi secara dalam talian itu mempunyai satu ciri yang membenarkan ibu bapa untuk membuat panggilan video terus kepada pengasuh bagi memudahkan mereka membuat pemilihan. "Part kena video call yang lemah ni. "Dia (pengasuh) free tu, okay la tak perlu bayar. Ngam! "Biasa yang free ni banyak 'iklan'," kata beberapa orang lelaki yang berkemungkinan sudah bergelar bapa. Dalam satu hantaran berasingan, seorang bapa juga dilihat cuba menjadi 'gatal' dengan seorang wanita yang sedang menyelenggara sistem penapis air di rumahnya. "Hari ni ada wanita penapis air datang rumah. Lebih kurang sama rupa dia macam dalam list cari pengasuh dekat website hari tu. "Siap main cak-cak dengan anak. Haish untung la anak aku ini. Papa dulu dapat pengasuh dengan makcik-makcik dan nenek-nenek je," kata lelaki itu dalam hantarannya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berasa jijik dengan lelaki bergelar bapa yang masih tidak tahu menghormati wanita. "Gila betul. Dah jadi ayah pun masih perangai miang macam ni. Report je. Gangguan seksual. "Kena ingatkan mereka ni, what goes around comes around, nanti esok lusa ada anak perempuan baru la hati tu rasa tak tenang. "Para isteri mesti lepas ni paranoid nak ambil babysitter, risau suami menggatal. Kesian wanita dekat luar sana yang ikhlas nak mencari rezeki sebagai pengasuh. "Mereka ni tak pernah ambil serius dalam semua perkara dan hanya pandang wanita sebagai objek seksual," kata sebahagian warga maya. -CARI Sumber: mStar
|
ifanonline replied at 17-4-2023 11:16 AM
itu kalau dr perspective wanita...
apa kata kalau pengasuh2 wanita ni menganggu ayah2 di rumah dgn ...
spankee_fili replied at 17-4-2023 06:34 PM
Bagi uniform la ipan.. shariah compliance
Kalau tak mau follow terminate aje, kuasa di tangan lela ...
ifanonline replied at 19-4-2023 09:36 AM
pengasuh pun dah tua2...tak kan tak reti agama lagi?
ADVERTISEMENT