CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Rentung Bersama Cucu 5 Tahun, Sempat Berbuka Puasa Bersama Sebelum Rumah Terbakar

17-4-2023 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 494| Komen: 2

Seorang nenek ditemukan rentung dalam keadaan berpelukan dengan cucunya di Dusun Semroto, Honggosoco, Kecamatan Jekulo Kudus di Indonesia, pada Jumaat malam.

Insiden yang berlaku di rumah mangsa, Sutini dikatakan berpunca daripada lilin yang dinyalakan kerana bekalan elektrik terputus ketika hujan lebat.


Bekalan elektrik terputus berterusan sehingga waktu berbuka puasa, dan lilin diletakkan di atas almari sebelum terbakar.


Foto: Agensi

Api marak dengan cepat menyebabkan Sutini tidak dapat keluar dari biliknya, menyebabkan dia dan cucunya berusia lima tahun terperangkap.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Jeluko, AKP Lukhar menerusi Bripka Arifriyanto ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kejadian berlaku sekitar pukul 8 malam oleh penduduk setempatan selepas melihat kepulan asap dari rumah mangsa.

Penduduk kampung kemudian cuba memadamkan apai dan berjaya dipadamkan selepas 30 minit.


"Menurut keterangan anaknya, Sutini tidak sihat, penglihatannya tidak jelas dan perlu menggunakan tongkat untuk berjalan, menyebabkan mangsa tidak boleh bergerak pantas untuk keluar menyelamatkan diri.

"Jenazah dkebumikan pada pukul 3 pagi Sabtu ketika orang hendak bersahur," tambahnya lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 17-4-2023 10:19 AM
Syurga utk mu wahai nenek Dan cucu.. bergenbiralahh disanaaa . Dunia ini sementaraa..
Quote Burong_Hantuk 17-4-2023 11:16 AM
al fatihah buat arwah....

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.251802 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top