CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Selamba Bakar Mercun Di MRR2 Dah Kena Tangkap Polis

17-4-2023 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1085| Komen: 16

Melalui satu perkongsian di laman Facebook Inforoadblock, seorang lelaki membakar sekotak bunga api di tepi jalan raya yang sedang sibuk dengan kenderaan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhadapan stesen minyak Petronas pada Sabtu malam.


Perbuatan itu jelas membahayakan pengguna jalan raya kerana percikan api dari letupan bunga api itu boleh terkena pada kenderaan dan menyebabkan kerosakan harta benda serta membawa kepada risiko kemalangan.

Selain itu, das letupan bunga api itu juga dilihat menghasilkan asap berwarna putih yang tebal dan boleh mengganggu jarak penglihatan pemandu di jalan raya.




Perlu diambil kira juga bahawa letupan bunga api itu boleh menganggu fokus pemandu dan berkemungkinan menyebabkan insiden yang tidak diingini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menggesa pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan ke atas individu terbabit.


"Mereka ni tak ada rumah ke, kenapa nak cari 'penyakit' bakar bunga api di tepi jalan juga ni.

"Kerajaan dah bagi kelonggaran untuk penjualan bunga api tapi mereka yang kurang bijak buat macam ni pula, jangan marah kalau kelonggaran itu ditarik semula.

"Memang sungguh pekat mereka ni punya kebebalan. Dah boleh tangkap orang macam ni... dia nak beraya dalam tirai besi," ujar sebahagian warga maya.


Loading FB Post...

Sebagai makluman, dalam satu pengumuman pada 27 Mac lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan sebanyak 45 jenis bunga api dan mercun untuk diimport, disimpan dan dijual hanya ketika musim perayaan.

Pihak syarikat bunga api dan mercun itu perlu mendapatkan permit menjual daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan permit berniaga daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selain mempunyai tempat simpan selamat bahan letupan. -CARI

Sumber: mStar

UPDATE

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dalam sebuah video tular yang dilihat sengaja membakar mercun di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhadapan Petronas Lotus Ampang, di sini, baru-baru ini telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki warga tempatan berusia 35 itu ditahan pada pukul 10 malam semalam di tepi Jalan Dagang, di sini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati bahawa suspek, seorang pemandu lori, telah membakar mercun jenis cake (138) shot atas permintaan pelanggan premis milik kawannya.

"Suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod lampau serta negatif ujian saringan dadah telah dibawa ke Mahkamah Ampang hari ini dan dibenarkan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari sehingga Rabu depan.

"Kes disiasat bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 kerana menggunakan apa-apa bahan letupan yang mungkin boleh membahayakan nyawa atau kerosakan harta atau kecederaan pada orang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata suspek juga disiasat mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana bermain dan membakar mercun dan bunga api.

Beliau berkata polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang perbuatan menggunakan bahan letupan membahayakan nyawa atau kerosakan atau kecederaan.

Terdahulu, tular video di media sosial yang memaparkan tindakan suspek yang membakar mercun di atas MRR2 berhadapan Petronas Lotus Ampang yang dirakam orang ramai. -CARI

Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 17-4-2023 10:06 AM
bodonya la..tadi kt tepi jalan satu kebakaran kecil dari sampah2 kering kalau terkena keta parking hbisla besar jugakla api dia igtkan keta terbakar pagi2 masa hnt anak gi skol tadi. agaknya main mercun percikkan kena sampah time panas gini jgn buat hal.
Quote bulalof 17-4-2023 10:29 AM
mesti ada kebodohan melampau bila dpt main mercun.

sama juga bla dah dpt pegang handle motosikal.

bangsa yg sama, kebanyakkannya.
Quote esbok 17-4-2023 10:51 AM
kalau budak buat, tahu lah memang akal pendek, tua bangka dah awak nya pun.

kalau lori tangki minyak lalu, tangki chemical lalu ke, kau tak pikir ke bang, takkan tak terpikir langsungg bang
Quote cikatilia 17-4-2023 10:51 AM
elok nya amik mercun sumbat aje kat asshole nya.. biar letus2 kat dlm tu
Quote ctaz 17-4-2023 10:55 AM
udah la bangang bodoh pulak tu......inilah jadinya.....
Quote Burong_Hantuk 17-4-2023 11:15 AM
ada x gamba si malaun tu?
Quote mayaHD 17-4-2023 11:19 AM
otak letak kat bunggong macam tu la
Quote makneng 17-4-2023 11:32 AM
Dia ingat ni ala2 dekat jalan depan pasau malam wakaf che yeh ke dia nak buat lagu nim
Quote Prickford 17-4-2023 11:34 AM
Masalahnya kau bakar mercun tu betul2 dekat atas jalan raya utama, lane kiri. Apa ke bodoh! Harap sangat lepas reman 4 hari, IO pegi court sana sambung reman lagi. Biar duduk beraya dalam lokap.
Quote mdhelmi 17-4-2023 02:23 PM
biasala budak2 sekarang
demi content
Quote SWORKS27 17-4-2023 02:27 PM
sebab org melayu buat kerja bangang mcm ni la polis  x bg main lebih pkl 12..
btw.melayu ke cina buat tu?
Quote renko 17-4-2023 03:32 PM
sumbat mercun dalam buntut dia
Quote Nnasda53 17-4-2023 03:34 PM
Elok la pun dah kena tangkap.
Bodoh sangat pun.
Quote Perwira2022 17-4-2023 03:35 PM
Sumbat mercun dalam jubur PMX & menteri2 PH yg legalise mercun.... Patutnya ambik kesempatan haramkan mercun di saat ekonomi meleset...
Quote Momohizan 18-4-2023 03:12 AM
Prickford replied at 17-4-2023 11:34 AM
Masalahnya kau bakar mercun tu betul2 dekat atas jalan raya utama, lane kiri. Apa ke bodoh! Harap sa ...

IO tak yah bagi jaminan polis sementara nak tunggu pertuduhan kat mahkamah. Nak bawak gi jamin kat court, magistrate pulak dah cuti raya seminggu.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.071926 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top