CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muka Budak Melecur, Cawan Ramen Terbalik

16-4-2023 06:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2723| Komen: 36|Original author: Tatod

Sayu hati seorang ibu apabila melihat anaknya melecur di bahagian muka akibat terkena air panas sehingga dikejarkan ke Hospital Temerloh, Pahang.

Menerusi hantaran video yang dikongsi Rina Nana, memaparkan anaknya yang berusia dua tahun telah terkena air panas rendaman ramen di dalam ‘cup’ (cawan).


Menurutnya, pada malam kejadian, dia teringin menjamah ramen di dalam cawan yang dibeli.


“Rina baru balik dari dobi Selasa malam, lepas itu sampai di rumah Rina nampak ramen dalam cawan. Tak tahu kenapa hati rasa nak sangat makan ramen, Rina capai ramen pergi dapur dan panaskan air,” katanya.

“Lepas panaskan air dan nak tunggu menggelegak, Rina duduk dengan anak depan televisyen. Tak sampai beberapa saat, Rina ke dapur untuk buang sampah, bila Rina pusing, tengok Anaqi sudah capai ramen yang ada air panas,” katanya.

Jelas Rina, dia yang terkejut dengan keadaan itu, tidak sempat untuk menyambut ramen berkenaan seterusnya terkena pada muka dan dada anaknya, Rizqi Anaqi.



Wanita itu kemudian membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Maran sebelum dirujuk ke Hospital Temerloh.

“Keadaannya lecur 70 peratus. Rizqi juga terpaksa menjalani pembedahan bagi mencuci luka,” ujarnya.

Tambahnya, kejadian tersebut merupakan satu pengajaran buat dirinya untuk lebih berhati-hati untuk masa akan datang.


Sumber: KOSMO! ONLINE, TIKTOK RINA NANA





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 16-4-2023 06:15 PM
Terbalik?

AGALLIU TAKALLU KULLU KUTIK!

[youtube]r-PFQW79Lno[/youtube]
Quote clarizsa 16-4-2023 06:35 PM
Bengap punya mak
Pastu asyik ramen ramen
Megi la megiiii
Quote noor2 16-4-2023 06:45 PM
Kesian anak dapat mak bengap....safety x dak

Bodoh tinggalkan anak dgn maggi panas
Quote kaedahnya 16-4-2023 09:12 PM
cian baby ni
Quote LoveSungmin 16-4-2023 09:18 PM
pernah terjadi dekat kenalan terdekat i.. wifenya masak air guna cerek elektrik tapi letak kat atas lantai.. kena capai dengan anak no. 2 yang masa tu baru pandai merangkak.. habis melecur si anak dek kecuaian si ibu..
Quote shahirakay 16-4-2023 09:35 PM
Kenapa ek aku rasa kalau la cepat-cepat ambik tindakan siram muka anak tu, tak sampai gitu lecurnya. Luka teruk macam tu sebab lepas kena air panas, budak tu gosok-gosok muka dia. Habis terkeluor la kulit muka.
Quote dua_chzy 16-4-2023 09:37 PM
Malas nak doa. Padan muka.
Quote Samerosie 16-4-2023 09:40 PM
Apa ke benda untie untie ni?  Aunty aunty la.  You untie your shoe laces you untie your hair, ni uncle untie apa benda siut.
Quote Carcosa 16-4-2023 10:13 PM
Lepas anak ko dah keluar hospital, kau letak pulak garpu dekat dgn socket plug dinding ok?

Bangang punya mak! Mesti ada sekelumit rasa suka kan, lepas tgk anak ko menggelupo kena air panas?? Yelah, ada bahan nk buat content. Batak TikKetok kan!?
Quote che-cikL 16-4-2023 10:14 PM
Edited by che-cikL at 16-4-2023 10:26 PM

Motif "tak tahu kenapa hati rasa nak sangat makan ramen"? Nak tuduh saka? Ada jin yg hasut? MBNU LEMAHHhhh
Quote AyeL87 16-4-2023 10:45 PM
clarizsa replied at 16-4-2023 06:35 PM
Bengap punya mak
Pastu asyik ramen ramen
Megi la megiiii

hahahahahaha
Quote umbut 16-4-2023 10:56 PM
Mak bbnu cuai
Quote Suchi 16-4-2023 11:01 PM
Gitulaah mcm mak pak yg sibuk tgk tv pastu biarkan anak2 main mercun tu ler anak 4 tahun pun dia biarkan main ngn abg2 yg masih kecik.
Depa ni mmg jenis takde rasa nak lindung anak beria2 ke?
Mentang2 anak tu jenis senang bela maka sambil lewa jelaaa
Quote tahanie 16-4-2023 11:22 PM
Ingatkan sayu sebab orang lain punca
Quote primarikey 16-4-2023 11:23 PM
Sedap ke ramen ni
Aku x pnh rasa teringin nk try mkn ramen
Mgkn bkn tekak kpop kot
Quote rogayahtop 17-4-2023 02:31 AM
tak sampai hati nak tgk. semoga cepat sembuh dik.

sebaik2nya dpt  baby kena pagorkan kawasan dapur tu buat dapur tertutup, ban budak2 jangan masuk kawasan dapur tu. buat macam tadika.
makbapak ni kdg2 dpt baby baru tak ada langsung buat babyproofing. kat kedai dua rengget tu pun dah banyak barang babyproofing

masa kobid tu ada bideo bapak buat pool belakang 4x4 tu bg anak2 mandi kolam, tak taulah nak ckp kebijaksaan bapak org tu. budak2 kecik lg ni air paras lutut tu pun boleh lemas.
Quote dudaberhias 17-4-2023 02:40 AM
seriaunya tengok... moga cepat la sembuh budak tu... dan semoga kau dapat mak tiri baru yang baik, cerdik dan tak bengap... biar ayah di sondol asalkan di sondol oleh pembawa kebahagiaan kepada keluarga... gittew! kalau dapat mak tiri bengap jugak... jadi anak yatim lebih berbaloi dik...

Quote buapakperut 17-4-2023 04:28 AM
nyampah baca ramen rameen. yang cusi sangat tu knape.air panas kottt.aku yg anak 6 tahun ni pun masih berpago lagi dapo.common sense kot.
Quote buapakperut 17-4-2023 04:31 AM
Carcosa replied at 16-4-2023 02:13 PM
Lepas anak ko dah keluar hospital, kau letak pulak garpu dekat dgn socket plug dinding ok?

Bangang  ...

acah2 ja kan.batak konten memang camni.ntah2 bila dokter cakap 70% lecur pun die "iyo boh??? mek tiktok lalu"

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.066634 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top