CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Koperal Polis Putus Kaki, Motosikal Bertembung Jip Dipandu Lelaki Disyaki Mabuk

16-4-2023 02:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1025| Komen: 14|Original author: Tatod

Anggota polis putus kaki kanan apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah jip di Jalan Lintas, berhadapan sebuah pasar raya, di Kota Kinabalu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa berpangkat koperal berusia 35 tahun yang bertugas di bahagian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, dalam perjalanan ke tempat kerja.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, menurut saksi kejadian, pemandu jip dikatakan membuat pusingan U di tempat yang salah.


Katanya, terdapat pemandu lain yang membunyikan hon untuk memberi amaran kepada pemandu berkenaan, namun kenderaan itu sudah masuk ke laluan sebelah.

"Mangsa yang menunggang motosikal datang dari arah Kolombong menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sedang bergerak lurus tidak sempat mengelak menyebabkan berlaku pelanggaran.



"Akibatnya, mangsa putus kaki kanan sehingga bahagian betis akibat terkena besi hadapan kenderaan berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa diberi rawatan awal oleh pihak ambulans di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk rawatan lanjut.

"Pemandu jip tidak mengalami sebarang kecederaan dan disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Bagaimanapun siasatan masih diteruskan dan sampel darah pemandu jip sudah diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Mohd Zaidi berkata, jip itu turut ditahan untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tahanie 16-4-2023 11:24 PM
Bila nak hukum mati prang macam ni
Quote edee_91 16-4-2023 11:51 PM
ramai pemandu bodoh di jalan raya.
Quote Triple_8 17-4-2023 12:03 AM
Bukan salah arak tu...
Quote Perwira2022 17-4-2023 04:50 AM
Tahniah PH kerana memperjuangkan lifestyle minum arak atas nama kebebasan individu....
Quote pokokmeranti 17-4-2023 07:20 AM
dah mabuk mmg la 'oku' sementara mana boleh salah kan pemabuk. yg salah pengguna lain yg tak nak hormat dan belas ihsan pada OKU. sekian.
Quote otai_g 17-4-2023 08:07 AM
Da dtg blk musim pemandu mabuk. Kerajaan lemah. Gagal kuatkuasakan undang2 yg membahayakan org awam ni.
Quote shamsadis 17-4-2023 08:16 AM
orang tu hilang kaki, cacat kekal seumur hidup... pemandu mabuk, denda, bayar, lepas...pastu mabuk lagi, tunggu giliran kamu semua pulak
Quote midori888 17-4-2023 08:17 AM
Kesian ....tak pasal2 jd cacat....tumpang simpati...
Quote sangbara2020 17-4-2023 08:24 AM
bukan cuaca ke yg salah
tibeh
Quote KamikuP 17-4-2023 08:37 AM
Seriaunya baca berita ni. moga yg baik2 utk abam polis tu
Quote pekanwoohoo 17-4-2023 09:18 AM
Mesti urang Malaya yang bawak kereta tu. Takkan urang Sabah pulak kan? Urang Sabah semua baik-baik, hidup harmoni berbilang kaum, makan sama-sama dalam kedai cina makan babi. Betul tak?
Quote capiloton 17-4-2023 10:36 AM
Edited by capiloton at 17-4-2023 10:41 AM
Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan jika sabit

ini la dia law drunk driving di bolehland.
terlalu lemah.

penjara, tak mungkin. except for high profile case.
selalu cuma kena bayar denda jer, itu pun tak sampai 10k.

yang mangsa, hilang kaki dan cacat seumor hidup,
yang lagi malang, ada yang hilang nyawa.
Quote supernaturalee 17-4-2023 10:46 AM
bulat perut dia
putih lagi

Quote Burong_Hantuk 17-4-2023 11:08 AM
moga si pemabuk mereput dlm penjara..mmg bikin sewey

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.315436 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top