Puluhan gerai yang dikuasai warga asing, termasuk dipercayai pendatang asing tanpa izin di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini menimbulkan tanda tanya. Ada juga gerai yang beroperasi di laluan pejalan kaki, kaki lima serta laluan keluar dan masuk jejantas di kawasan yang dihalang dengan gerai perniagaan sehingga mengganggu orang ramai yang mahu menggunakan jejantas itu.
Tinjauan BH mendapati, peniaga di kawasan berkenaan 'menceroboh' sehingga ke laluan masuk dan keluar jejantas lantas menyukarkan orang ramai. Tindakan peniaga itu menyebabkan ada pejalan kaki memilih untuk melintas jalan tanpa menggunakan jejantas dan ia menimbulkan bahaya kemalangan. Lebih membimbangkan keadaan jalan empat lorong itu sentiasa sibuk dari pagi hingga petang setiap hari. Tinjauan mendapati warga asing terbabit mengendalikan gerai yang menjual ubat-ubatan, aksesori dan barang mainan kanak-kanak.
Mereka dipercayai diupah bekerja oleh peniaga tempatan, tetapi ada juga yang menjual sendiri. Baru-baru ini, tular video di media sosial apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa mengambil tindakan ke atas kedai warga asing tanpa lesen yang didakwa memenuhi ruang hadapan sebuah pasar raya di Chow Kit. Menerusi video itu, Pengerusi Persatuan Hak Masyarakat Malaysia, Mustafa Khan, berkata gesaan itu dibuat susulan aduan peniaga sekitar Chow Kit dan pemilik bangunan pasar raya berkenaan berkenaan perkara berkenaan. Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi AJ Best, Fahim Anwar Ali, berkata perniagaannya terjejas akibat tindakan perniagaan di sekitar premis pasar raya itu sehingga menyukarkan pelanggan untuk datang membeli-belah. Katanya, selain membuka gerai di sepanjang kaki lima sehingga menghalang laluan, peniaga di kawasan itu juga mengakibatkan kesesakan dan menghalang laluan masuk ke bangunan itu. "Pihak kami sudah beberapa kali membuat laporan ke atas kedai berkenaan, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil pihak DBKL. "Malah AJ Best menawarkan mereka peluang untuk berniaga dalam bangunan kami dengan kos sewa yang sangat rendah, bagaimanapun, tawaran itu masih ditolak," katanya. Sumber: BH ONLINE
|
naina replied at 16-4-2023 09:50 PM
Memang kebanyakan kedai dekat KL sekarang warga asing yang monopoli. Pergi GM semalam pun aku rasa 9 ...
naina replied at 16-4-2023 01:50 PM
Memang kebanyakan kedai dekat KL sekarang warga asing yang monopoli. Pergi GM semalam pun aku rasa 9 ...
ADVERTISEMENT