View: 1832|Reply: 33
|
Peniaga Asing Tutup Laluan Pejalan Kaki
[Copy link]
|
|
Puluhan gerai yang dikuasai warga asing, termasuk dipercayai pendatang asing tanpa izin di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini menimbulkan tanda tanya.
Ada juga gerai yang beroperasi di laluan pejalan kaki, kaki lima serta laluan keluar dan masuk jejantas di kawasan yang dihalang dengan gerai perniagaan sehingga mengganggu orang ramai yang mahu menggunakan jejantas itu.
Tinjauan BH mendapati, peniaga di kawasan berkenaan 'menceroboh' sehingga ke laluan masuk dan keluar jejantas lantas menyukarkan orang ramai.
Tindakan peniaga itu menyebabkan ada pejalan kaki memilih untuk melintas jalan tanpa menggunakan jejantas dan ia menimbulkan bahaya kemalangan.
Lebih membimbangkan keadaan jalan empat lorong itu sentiasa sibuk dari pagi hingga petang setiap hari.
Tinjauan mendapati warga asing terbabit mengendalikan gerai yang menjual ubat-ubatan, aksesori dan barang mainan kanak-kanak.
Mereka dipercayai diupah bekerja oleh peniaga tempatan, tetapi ada juga yang menjual sendiri.
Baru-baru ini, tular video di media sosial apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa mengambil tindakan ke atas kedai warga asing tanpa lesen yang didakwa memenuhi ruang hadapan sebuah pasar raya di Chow Kit.
Menerusi video itu, Pengerusi Persatuan Hak Masyarakat Malaysia, Mustafa Khan, berkata gesaan itu dibuat susulan aduan peniaga sekitar Chow Kit dan pemilik bangunan pasar raya berkenaan berkenaan perkara berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi AJ Best, Fahim Anwar Ali, berkata perniagaannya terjejas akibat tindakan perniagaan di sekitar premis pasar raya itu sehingga menyukarkan pelanggan untuk datang membeli-belah.
Katanya, selain membuka gerai di sepanjang kaki lima sehingga menghalang laluan, peniaga di kawasan itu juga mengakibatkan kesesakan dan menghalang laluan masuk ke bangunan itu.
"ihak kami sudah beberapa kali membuat laporan ke atas kedai berkenaan, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil pihak DBKL.
"Malah AJ Best menawarkan mereka peluang untuk berniaga dalam bangunan kami dengan kos sewa yang sangat rendah, bagaimanapun, tawaran itu masih ditolak," katanya.
Sumber: BH ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe la, sama² beragama isele...bumi tuhan ni kita kongsi.
~paridah binti parjo |
|
|
|
|
|
|
|
DBKL, MPAJ, semualah.... buat2 tak nampak... dasar pemalas |
|
|
|
|
|
|
|
saya ulang ye tuan2,puan2.....inilah kebodohan yg tidak ada di negara lain...melainkan Malezia sahaja..bodoh tak...tuan2,puan sekelian??? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku gi jalan TAR smlm mmg padat segala ruang, penuh peniaga... |
|
|
|
|
|
|
|
Lubuk duit nak pegi haji, beli kondo 13/14 bijik. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo ada sedara mara sepupu sepapat keja enforcement sila cerca berjemaah yachh..
Toksah dok maki puak² gini sbb depa nk survive.
Org kita jugak lar yg bukak ruang & peluang utk depa patu acah² terpinggir kt tanah air sendri.
Maha bodo. |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu zaman Najib… pendatang free. |
|
|
|
|
|
|
|
itu DBKL saya sudah bayar juga.... |
|
|
|
|
|
|
|
..dekat area situ kan ada lebih kurang 30,000 warga asing kiraan masa pkp 3 tahun sudah. Yang ada situ semua nak berniaga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rejeki dikongsi |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalo baca berita pasal warga asing buat aku panas je
Segala pendatang haram pun berniaga
Aku tunggu gempa bumi melanda malaysia
Biar celaka2 kaki rasuah ni dgn segala pendatang haram mati kena timbus
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang kebanyakan kedai dekat KL sekarang warga asing yang monopoli. Pergi GM semalam pun aku rasa 99.99% warga asing Pakistan bamgla yang berniaga. Orang melayu perempuan jadi pekerja. Ehh aku kesian plak. Nak plak kerja tempat cmtuu dikelilingi ramai lelaki warga asing
|
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 16-4-2023 09:50 PM
Memang kebanyakan kedai dekat KL sekarang warga asing yang monopoli. Pergi GM semalam pun aku rasa 9 ...
kalo berniaga tu ikut undang2 betul...xpela..sb gomen yg bg/buat undang2 camtu.Kalo x ikut...itu memang 'KEBODOHAN TAHAP TINGGI'...di pihak berkaitan la tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Penguatkuasa DBKL buat hape ? |
|
|
|
|
|
|
|
DBKL ni saman parking depa laju laaa.. shiyal |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pokaibanktokyo at 17-4-2023 02:14 AM
Jalan TAR tak ada penjaja warga asing. Sila pergi check sendiri. Nampak sangat pekerja Berita Harian semua pemalas kaki kelentong dan hidup merana diganggu along |
|
|
|
|
|
|
|
Gm di chowkit. Bukan jalan TAR. Dimiliki oleh waris kepada Ibrahim Promet. Warga asing cuma sewa ruang menjaja kecil kecilan saja
|
|
|
|
|
|
|
| |
|