Tidak dinafikan, ramai yang terhibur dengan perkongsian 'content' oleh pasangan suami isteri, Shermine Hau dan suaminya, View Chin yang kreatif apatah lagi dengan gelagat bersahaja Teha atau lebih dikenali sebagai Anak Dato.
Pun begitu, pendedahan Shermine atau Ah Moi mengenai kecurangan suaminya dengan salah seorang pekerja mereka iaitu Mira cukup mengejutkan segelintir peminat mereka. Namun, ada juga yang sudah menjangkakan perkara itu apatah lagi melihat kemesraan Mira dan View Chin setiap kali melakukan siaran langsung memasarkan produk jualan syarikat. Shermine menerusi perkongsian di Facebook berkata, dia sudah lama menerima ingatan daripada beberapa pengikutnya di media sosial tetapi tidak mengendahkannya kerana percayakan suami dan Mira.
"Yang dulu lagi selalu bagi nasihat suruh saya hati-hati dengan perempuan tu, korang cakap betul. Tapi, selama ini saya memang percaya dorang sebab suami saya cakap ni ialah marketing strategy sebab nak ambil perhatian penonton dan biar korang kecam sebab views naik. "Tapi rupanya saya dah salah.... Salah sebab saya percaya dengan suami yang kahwin 8 tahun," tulisnya.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|