CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nor Hidayah Bawa Anak Ke Gunung Jerai, Mandi Di Telaga Tok Sheikh Usaha Rawat Sihir

15-4-2023 05:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5919| Komen: 174|Original author: Tatod

Sebagai ibu, balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali sanggup melakukan apa sahaja demi melihat anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey kembali sihat.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Hidayah membawa anaknya ke puncak Gunung Jerai, Kedah bagi tujuan merawat anak lelakinya yang didakwa terkena sihir sejak bayi.


Nor Hidayah berkata, kunjungan ke Gunung Jerai adalah untuk memandikan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey di Telaga Tok Sheikh sebagai salah satu usaha untuk melihat kanak-kanak itu kembali sihat.


"Ibu bawa Hamzah pergi mandi di Telaga Tok Sheikh. Semoga anak ibu kembali sihat seperti sedia kala. Amin. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kita semua," katanya.

Nor Hidayah berkongsi mengenai perjalanannya ke Gunung Jerai menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram pada Sabtu.

Dalam pada itu, Nor Hidayah berkata, selain memandikan Hamzah di Telaga Tok Sheikh, dia sempat solat di kawasan tersebut selain Gunung Jerai memberi ketenangan kepadanya.


"Alhamdulillah dapat solat di Telaga Tok Sheikh, rasa aura yang sangat luar biasa. Solat memohon pada Allah kesembuhan untuk anak ibu. Di Telaga Tok Sheikh ayahjang, atuk, kakak mandikan Hamzah. Air yang tak pernah putus-putus.

"Rasa tenang di sini, banyak sejarah Gunung Jerai. Dapat aura luar biasa dan terima kasih yang mendoakan kami sekeluarga," ujarnya.


Sementara itu, Nor Hidayah berkata, dia tidak ambil pusing kata-kata netizen tentang tindakan dia berkongsi mengenai keadaan Hamzah memandangkan mereka tidak melalui apa dihadapinya.

"Ibu akan buat terbaik untuk anak ibu, biarlah apa orang nak cakap. Hanya Allah yang mengetahui semua ini sebab mereka tak pernah rasa apa yang kita rasa selama ini.

"Itu sebab juga ibu tak pernah nak letak video atau pun gambar anak ibu, sebab tahu setiap kali buat macam itu, pasti akan terjadi sesuatu," ujarnya.

Pada 2 April lalu, Nor Hidayah mendedahkan dia terkena sihir sejak Allahyarham suaminya meninggal dunia dan dua hari kemudian, abangnya iaitu Mohd Azmier Zamier pula mendakwa anak saudaranya itu diganggu setiap malam dan kerap keluar masuk hospital.

Nor Hidayah turut meminta bantuan orang ramai sekiranya tahu tempat perubatan Islam yang boleh dituju bagi merawat anaknya.

Untuk rekod Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun. - CARI


Sumber: mStar, TIKTOK HIDAYAH HAMZAH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 15-4-2023 05:28 PM
Kekadang I wish I can put a challenge kepada orang yang berubat tradisi ni jgn campur langsung perubatan moden. Prove your faith.

Biasanya dorang campur2 dgn alasan tak salah nak ikhtiar then how will we ever know which one actually works?
Quote green~tea 15-4-2023 06:28 PM
Decaffeinated replied at 15-4-2023 05:28 PM
Kekadang I wish I can put a challenge kepada orang yang berubat tradisi ni jgn campur langsung perub ...

Komen hang ni  "Biasanya dorang campur2 dgn alasan tak salah nak ikhtiar then how will we ever know which one actually works?"

Actually mengingatkan iols zaman idris jala jadi big bos kilang kat sarawak... masa tu ada satu pump yang critical la utk production, tp selalu trip tanpa sebab...  ramai saspek mistik2 angker lah..

So heols suruh laa segala ikhtiar... mula2 panggey paderi renjis2 holy water.... pehtu tukar syif plak suruh tok guru renjis air yasin plak etc... pehtu tukar syif sami buddha plak entah apa deme buat... pehtu tok batin ke apa nama kepercayaan animisme belah sarawak nun ler...

Well somehow it works... tp tak tau laa air suci mana yang mujarab halau jin ifrit tu


BTW idris jala tu bukan muslim yach
Quote kakikuDibibirmu 15-4-2023 06:32 PM
green~tea replied at 15-4-2023 06:28 PM
Komen hang ni  "Biasanya dorang campur2 dgn alasan tak salah nak ikhtiar then how will we ever kno ...

Enoch Fishing Net

of course lah idris jan jan jala ini kristian, dia yang uruskan nama kalimah Allah dalam Al-Kitab Injilliyyun Bible berbahasa mulayu tu
Quote kakikuDibibirmu 15-4-2023 06:32 PM
jan jan jala
jala itik jala ayam
berapa lubang kancil?
seratus lima puluh
panggil nenek moyang
makan sirih mulut meeeeeerah



http://ms.wikipedia.org/wiki/Jan_jan_jala
Quote green~tea 15-4-2023 06:47 PM
kakikuDibibirmu replied at 15-4-2023 06:32 PM
jan jan jala
jala itik jala ayam
berapa lubang kancil?

Kenapa kamu suka nyanyi lagu pelit
Quote dudaberhias 15-4-2023 06:55 PM
semoga di berikan kesembuhan...

btw kat bawah gunung tu ada tapak candi lembah bujang rasanya...
boleh la kot try melawat sekali candi yang dah roboh tu minta syafaat avalokitesvara


Quote plywood 15-4-2023 07:21 PM
green~tea replied at 15-4-2023 06:28 PM
Komen hang ni  "Biasanya dorang campur2 dgn alasan tak salah nak ikhtiar then how will we ever kno ...

haha.. perbezaan itu bukan keutamaan, perkara pulih itu yang jd objektif. .. tapi rasanya setiap satu tu ada peranannya masing-masing..saling melengkapi, hantu jadi gerun tengok mcm mcm  manusia yg datang serang dia ..
Quote Perwira2022 15-4-2023 07:43 PM
B40 jahil agama je yg bawa anak mandi tempat pelik2... Hidup bergelumang dengan amalan khurafat & syirik
Quote sonic-bertaik 15-4-2023 07:48 PM
dudaberhias replied at 15-4-2023 06:55 PM
semoga di berikan kesembuhan...

btw kat bawah gunung tu ada tapak candi lembah bujang rasanya...

Jaga2 area tu keras. Ada sebuah restoren area2 jalan situ malam meriah ramai org besok pagi lalu takda.. ni local yg cakap!
Quote SalenaGomez 15-4-2023 08:05 PM
green~tea replied at 15-4-2023 06:47 PM
Kenapa kamu suka nyanyi lagu pelit

Lagu kanak2 lama ni
Quote Janetnasuha 15-4-2023 08:22 PM
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/22315

Screenshot_20230415_202315_Opera.png
Quote stingerkaypoh 15-4-2023 08:23 PM
Sesuatu …
Quote helicornia 15-4-2023 08:34 PM
Elok budak2 tu tkde apa2 Kang tk pasal ada benda ngikut balik
Quote buapakperut 15-4-2023 08:40 PM
haaa..mandi perigi??
Quote rosmahisham 15-4-2023 09:00 PM
Beraninya..tidak la aku nk bwk ank sampai ke situ.
Quote B40tastePosh 15-4-2023 09:02 PM
Boleh cuba Melukat di Bali selepas ini.

Quote Madel 15-4-2023 09:32 PM
Edited by Madel at 15-4-2023 11:11 PM

Mcm makcik aku, teringin sgt nak anak lelaki siap pergi mandi n minum air Pulau Dayang Bunting kat Langkawi.
Ujung2 tetap keluar seketul lagi permpuan
terus dia tutup kilang.
Quote Drmu 15-4-2023 09:35 PM
Prgi umrah je sis.. bawa anak..minum air zamzam mna tau smbil2 Tu cari wali Allah. Mna tau ada..mcm Ada satu kisah ni, dia Ada saka..so prgi Haji ke umrah..sbb panas kot.. bnde tu lari ke kne buang oleh ustaz yg tau bnde cmni. Xigt dah..  bnde tu xdpt kcau
Quote kakikuDibibirmu 15-4-2023 09:35 PM
Sudah boleh bertawaf mengelilingi telaga itu, qiblat sejadah semua halakan ke situ

Lihat semua komen(174)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.041121 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top