CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Terkejut Terpaksa Bayar RM4,700 Untuk Kos Membaiki Kenderaan

15-4-2023 04:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1651| Komen: 19|Original author: Tatod

Seorang wanita terkejut apabila terpaksa membayar bil sebanyak RM4,700 selepas menghantar keretanya yang dikatakan mengalami kerosakan brek di sebuah bengkel.

Fatin Farah dalam satu perkongsian di Facebook miliknya bertanya kepada kepada orang ramai jika jumlah tersebut benar dan berkongsi gambar bil kos membaiki keretanya.


“Saya ada hantar kereta dekat bengkel, tujuan saya hantar tu sebab brek tak makan saja. Lepas tu dia buka kata macam-macam rosak. Jumlah semua dalam RM4,700,” katanya di ruangan kapsyen.


Tambahnya lagi, dia bimbang ditipu oleh bengkel terbabit kerana dia tidak mengetahui mengenai kenderaan.

“Maklumlah perempuankan yang hantar kereta dekat bengkel. Orang perempuan kan tak tahu sangat perkara ini,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan harga yang perlu dibayar Fatin.

“Memang kena sembelih betul-betul dah sis ni,” kata Raise AR.


“Tak berkat pomen tu, redha saja. Memang penyangak betul,” ujar Ibrahim Jawang.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang setuju dengan harga tersebut.

“Minta maaf ya dik, awak cerita betul-betul. Gaya resit ni kereta tu dah macam kena banjir atau dah lama tak pakai,” kata Irwin Ishak. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 15-4-2023 08:28 PM
Siap basuh enjin?? Ntah2 kontent batak like jer ni.
Quote kotakominami 15-4-2023 08:36 PM
Agak agak la brake tak makan..tgok pada brg tu mcm ade enjin leaking je...
Quote rogayahtop 16-4-2023 04:26 PM
Tak terkejut pun kalau pompuan kena ketuk. honda city 8 spark plugs ni baru lagi la kan. lepas tu tukar plug coil 5 je pulak.

Absorber lower arm semua ditukarnya mmg seronokla letak harga.
Quote Nurdianah 16-4-2023 07:18 PM
Kalau Najib bebas mesti wanita dpt RM 4.7b. Rindu era Najib!
Quote itik_magic 16-4-2023 08:46 PM
honda jazz idsi ke ni model GD? sbb pakai 8 spark plug n transmisi cvt. kalau betul x heran lah. kereta dh lama ni. kereta tahun 2003 - 2008 kalau x salah.
tngok harga per item ok lah tu. tp kalau mslh brake, x suma ditukar tu berkaitan.
Quote vespa_oren 16-4-2023 09:12 PM
biasalah pakai kereta lama, mcm aku nk servis minyak hitam jer sampai timing belt aku tukar sekali sbb kne physco dgn tauke kedai
Quote airfilterkotor 16-4-2023 09:22 PM
Mekanik ni pun... sebelum tukau macam², takdak dapat persetujuan dari pemilik kaa?
Quote jejaka_hensem 16-4-2023 09:35 PM
Iols hantar service centre je senang,dorang tau apa yg kena tukar.setakat ni belum pernah hantar bengkel luar lagi.
Walqupun tak tau sgt pasal kereta ni,tp iols tau dorang tak tipu
Quote rogayahtop 17-4-2023 03:17 AM
itik_magic replied at 16-4-2023 08:46 PM
honda jazz idsi ke ni model GD? sbb pakai 8 spark plug n transmisi cvt. kalau betul x heran lah. ker ...

kalau tgk kat resit honda city sis , kalau city 4 je.  city hybrid tu je yg ada 8 spark plugs, br jugak la kan.
Quote apech 17-4-2023 09:33 AM
entah2 kereta ko pun mmg dah teruk tp kedekut nak repair.
Quote eizarz 17-4-2023 09:43 AM
mcm tu ke resit bengkel..mcm tulis sendiri lps tu buat content bodo…haha
Quote supernaturalee 17-4-2023 09:49 AM
klu x bodo xde la content




Quote midori888 17-4-2023 09:52 AM
airfilterkotor replied at 16-4-2023 09:22 PM
Mekanik ni pun... sebelum tukau macam², takdak dapat persetujuan dari pemilik kaa?


Yes, yg meols biasa experience mmg mechanic akan call dulu seblum buat apa2. Engine oil pun dia tanya nak yg murah ke mahal...tapi yg mahal pun takde lah beza byk pun...


Quote itik_magic 29-4-2023 02:38 PM
rogayahtop replied at 17-4-2023 03:17 AM
kalau tgk kat resit honda city sis , kalau city 4 je.  city hybrid tu je yg ada 8 spark plugs, br  ...

city lama yg enjin idsi yg baya jazz idsi batch pertama pun guna 8 spark plug
Quote Tinot7 29-4-2023 02:55 PM
Tatau la keta dia stakat brek jahh ka apa.. awat tak bawak pi serbis centre?
Quote noell 29-4-2023 02:55 PM
naseb baik dia tak charge workmanship
Quote batmana 29-4-2023 05:14 PM
pi la bengkel perempuan

perempuan kan sentiasa betul..
Quote aint 29-4-2023 05:47 PM
keta Iols 8sparks plug iridium ... price rm900
Quote black_handbag 29-4-2023 07:15 PM
Htr jelah service center. Insyaallah tak kena tipu dan tak kena ketuk apa2 yg tak patut

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.118605 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top