Pergolakan rumah tangga bintang bola sepak kebangsaan Morocco Achraf Hakimi dengan isterinya, Hiba Abouk menarik perhatian umum apabila berita tersebut tersebar dengan meluas.
Sebelum ini, aktres berpangkalan di Eropah itu mendakwa suaminya membawa wanita masuk ke kediaman mereka ketika dia dan dua anak sedang bercuti. Atlet terkenal itu turut berdepan pertuduhan melakukan ‘gangguan menjijikkan’ terhadap wanita itu namun Achraf menafikan dakwaan terbabit dan ia masih dalam siasatan. Dalam kemelut itu, suasana semakin hangat apabila Hiba pula nekad memfailkan perpisahan beserta tuntutan separuh harta suaminya bernilai 70 juta euro (RM338 juta). Sumber mengatakan Achraf adalah salah seorang pemain yang dibayar dengan gaji paling tinggi dalam senarai French League iaitu dengan purata 1 juta eura sebulan bersamaan RM4.88 juta. Bagaimanapun, perancangan Hiba untuk menuntut wang daripada jutawan berkenaan tidak kesampaian. Selama ini, Achraf sudah mendepositkan 80% hartanya di bawah nama ibunya setiap bulan. Segala barang yang mahu dibeli akan melalui ibunya, jadi nama Achraf tidak direkodkan di bawah mana-mana aset berkenaan. Ini sekali gus mematahkah niat si menantu untuk memiliki harta berkenaan. - CARI Sumber: KISAH DUNIA |
Perawankota: Bijak2.. Mungkin sebab ni Rona ..[quote]kakikuDibibirmu: @AbukRokok tersenyum sinis
Madel replied at 15-4-2023 09:43 PM
Ada anak2 ke tidak?
Kalau ada anak2, kesian kat anak2 juga bila Achraf ni mati tak ada apa tinggal u ...
ADVERTISEMENT