CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Covid-19: Varian Baharu 'Arcturus' Ditemui

15-4-2023 01:13 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 812| Komen: 12|Original author: Tatod

Varian COVID-19 baharu yang digelar Arcturus menyebabkan lonjakan kes di India dan mempunyai beberapa gejala unik kepada kanak-kanak, kata pakar.

Strain XBB.1.16, subvarian Omicron ditemukan di 22 negara termasuk Singapura, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.


Portal Independent melaporkan, varian itu dipercayai menyebabkan peningkatan jangkitan di India, sekali gus menyebabkan kerajaan mengambil langkah baharu untuk menghentikan penyebarannya.

Gambar hiasan.

Ia termasuk mengembalikan beberapa undang-undang termasuk pemakaian pelitup muka.

India merekodkan 11,109 kes baharu pada Jumaat, kata kementerian kesihatan negara itu.

Ia lonjakan mendadak daripada 7,830 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam sebelumnya.

Jumlah yang dilaporkan itu adalah tertinggi dalam tempoh lapan bulan dengan kes aktif melonjak kepada 49,622.


Penyebaran strain yang pertama kali dikesan pada akhir Januari itu membimbangkan pakar kerana ia kelihatan menunjukkan simptom unik pada kanak-kanak, salah satunya adalah konjunktivitis.

Pakar pediatrik dan bekas ketua Jawatankuasa Imunisasi Akademi Pediatrik India, Vipin Vashishtha menerusi ciapan di Twitternya berkata, varian dengan 'fenotip kanak-kanak', nampaknya muncul.

Gejala varian itu termasuk demam luar biasa, batuk, dan konjunktivitis 'gatal', kata Dr Vashishtha kepada akhbar Hindustan Times.

Konjunktivitis atau jangkitan mata yang menyebabkan kemerahan, kegatalan dan bengkak pada mata sebelum ini dilaporkan sebagai simptom COVID-19, tetapi ia tidak lazim, kata Richard Reithinger, ahli epidemiologi penyakit berjangkit di RTI International dipetik sebagai berkata kepada Fortune.

Gambar hiasan.

Penyelidik di Institut Mata Truhlsen Perubatan Nebraska mengenal pasti virus dalam air mata yang boleh menyebabkan konjunktivitis.

Bagaimanapun, Dr Vashishtha menerusi ciapan di Twitter, memaklumkan dia merawat bayi dengan demam luar biasa, selsema, batuk dan konjunktivitis tidak bernanah, gatal dengan mata melekit, tidak kelihatan dalam gelombang awal.

Doktor lain melihat peningkatan kes COVID-19 pada kanak-kanak juga.

"Biasanya, kanak-kanak ini datang dengan jangkitan pernafasan mudah seperti batuk, selesema, demam dan apabila diuji mereka ternyata positif (COVID-19)," kata pakar pediatrik, Dr Rahul Nagpal kepada India Today.

Dr Nagpal berkata, simptom utama XBB.1.16 pada orang dewasa menyerupai selesema termasuk keluar bendalir hidung, sakit tekak dan batuk.


Sumber: BH ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blastoff 15-4-2023 01:24 PM
Edited by blastoff at 15-4-2023 01:26 PM

blablablabullsheet



Screenshot_20230415_132620.jpg
Quote xy_daen 15-4-2023 01:53 PM
Biar lah merebak semula. Dah berjuta mati pun tak sedar2 lagi
Quote anony-mous 15-4-2023 01:56 PM
Bila la nk hbis
Quote Dwdrum 15-4-2023 02:04 PM
blastoff replied at 14-4-2023 09:24 PM
blablablabullsheet

Ko kata bullshit.. Kenapa lah makan obat cacing grade untuk binatang
Quote AbukRokok 15-4-2023 03:38 PM
Dwdrum replied at 15-4-2023 02:04 PM
Ko kata bullshit.. Kenapa lah makan obat cacing grade untuk binatang

mmg bullshit pun dah 3 dos pun bleh sesak nafas dan mati ditidurkan

kalau 2021 kena konfirm kes k0bodobit...tapi.....


Quote AbukRokok 15-4-2023 03:40 PM
3 dos mencegah dari mati klu kene kobodobit ..kata pakao

ehhhhhhhhh ??????
Quote kakikuDibibirmu 15-4-2023 03:43 PM
Raykat nak kena gelabah tetek ke tak ni?

panic-spongebob.gif
Quote LoveSungmin 15-4-2023 03:44 PM
xy_daen replied at 15-4-2023 01:53 PM
Biar lah merebak semula. Dah berjuta mati pun tak sedar2 lagi

i setuju
Quote Dwdrum 15-4-2023 03:59 PM
AbukRokok replied at 14-4-2023 11:38 PM
mmg bullshit pun dah 3 dos pun bleh sesak nafas dan mati ditidurkan

kalau 2021 kena konfirm kes  ...

Tapi apa?
Quote gideoncross 16-4-2023 01:44 AM
Ni nma2 bintang, Arcturus, Septimus, Regulus & Sirius.
Quote gideoncross 16-4-2023 01:46 AM

X kn habis smpai bila2.
Quote Tinot7 16-4-2023 11:42 AM
gideoncross replied at 16-4-2023 01:44 AM
Ni nma2 bintang, Arcturus, Septimus, Regulus & Sirius.

Lepaih sirius, deme pakai nama2 watak heri potter dak rasanya?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.054255 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top