CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Montana Haramkan Tiktok

15-4-2023 09:05 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 222| Komen: 0|Original author: Tatod

Ahli Parlimen Montana meluluskan Rang Undang-Undang untuk melarang aplikasi video pendek popular TikTok daripada beroperasi di negeri itu, ancaman terbaharu terhadap kewujudan aplikasi milik China berkenaan di Amerika Syarikat (AS).


Rang Undang-Undang itu yang dikenali sebagai SB 419 akan melarang kedai aplikasi mudah alih daripada menawarkan TikTok untuk dimuat turun kepada pengguna di Montana.

Apple dan Google, yang mengendalikan aplikasi mudah alih TikTok akan berdepan denda sekiranya melanggar larangan itu.

Gambar hiasan.

Rang Undang-Undang itu kini dalam proses untuk ditandatangani oleh Gabenor Montana, Greg Gianforte.

"Gabenor akan mempertimbangkan dengan teliti sebarang Rang Undang-Undang yang dihantar oleh badan perundangan ke mejanya," kata jurucakap pejabat gabenor Montana.

TikTok dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan terus memperjuangkan pengguna dan pencipta TikTok di Montana.


TikTok, yang dimiliki oleh syarikat teknologi China ByteDance berdepan pengharaman yang semakin meningkat daripada beberapa penggubal undang-undang di AS atas kebimbangan mengenai potensi pengaruh kerajaan China ke atas platform itu.

Bulan lalu, jawatankuasa kongres menyiasat Ketua Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew mengenai sama ada kerajaan China boleh mengakses data pengguna AS pada aplikasi itu.

TikTok yang mempunyai lebih 100 juta pengguna berulang kali menafikan bahawa ia pernah berkongsi data dengan kerajaan China dan berkata syarikat berkenaan tidak akan berbuat demikian jika diminta. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.198106 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top