CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kementerian Siap Siaga Hadapi Kemungkinan Jerebu - Nik Nazmi

15-4-2023 08:20 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 601| Komen: 11|Original author: Tatod

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sedang bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlakunya fenomena jerebu ekoran cuaca panas yang melanda Semenanjung negara kini.


Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata antara yang sedang dilakukan adalah pemantauan di kawasan yang ‘sensitif’ seperti tanah gambut, kawasan yang mudah terbakar dan kawasan lain yang sering berlaku pembakaran terbuka.

“Ada kemungkinan (berlaku jerebu) dan kita (kementerian) akan mengadakan mesyuarat tentang isu jerebu ini dalam masa terdekat.

Gambar hiasan.

“Sebenarnya kita sudah ada sistem untuk bersiap sedia menghadapi jerebu cuma dalam dua atau tiga tahun ini sebab COVID (COVID-19) jadi bila isu COVID ini kita tengok masalah pembakaran dan sebagainya kurang, (aktiviti) industri pun kurang, jadi kali ini keadaan sudah kembali sedia kala jadi kita bersedia untuk berdepan dengan fenomena tersebut,” katanya.


Nik Nazmi berkata kementerian sedang melakukan persiapan dari segi bekalan air termasuk bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekiranya berlakunya isu kekurangan bekalan air ekoran taburan hujan yang kurang. 

Bernama semalam melaporkan fenomena bahang cuaca panas yang melanda Semenanjung negara adalah disebabkan pemanasan permukaan bumi akibat sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata setakat Rabu, suhu maksimum harian merekodkan 37 darjah Celcius melibatkan negeri-negeri utara Semenanjung dan pedalaman Kelantan dan Pahang.

Namun, Muhammad Helmi berkata fenomena ini dijangka tidak berlarutan terlalu lama disebabkan hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat dalam beberapa hari akan datang. 


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kuin-Kepam 15-4-2023 10:20 AM
Takde makna nye.. ni gang bakar ladang.. open burning. Kalau gitu kt Europe summer panas jerebu la jugak ke?
Quote LoveSungmin 15-4-2023 03:40 PM
ada kemungkinan? bukan ke dah berjerebu?
Quote kakikuDibibirmu 15-4-2023 03:41 PM
ya ampun, waduh, waduh, waduh, pokoknya butuh gampang gimana kayaknya gini membundel kabupaten kedubes muntaber kapan nyemprot memuncratkan ngabuburit pesantren ketabrak, pokoknya jangan dibakar, asap di indon, jerebu di Malaysia ...mbak... kalau nggak bisa, kita ambil ular bisakan dia, pantek goblok lonte Friska madu jusa c minus tersenyum sinis
Quote fefeeling 15-4-2023 04:03 PM
Hari ni kemain kelabu asap kl skyline.. bkn kemungkinan dah jah.. memang dah expect upacara membakor ladang dr negara jiran.. owner ladang pulak aman2 mengarah bakor dr sini.. sia apa heran bkn duk mesia pun, leh cikcur obersea enjoy udara segar tempat org.. taktau malu elok hidup dlm laknatullah jelah diorang ni
Quote cmf_premierleag 15-4-2023 05:12 PM
Kalo dh tahu msia ni jerebu, ko tak reti2 ke nk suruh PM announce wajibkan WFH buat semua pekerja yg bleh operate pakai komputer je dr rumah
Ko ni nama je mckk
Quote gigahertz 16-4-2023 02:15 AM
LoveSungmin replied at 15-4-2023 07:40 AM
ada kemungkinan? bukan ke dah berjerebu?

Nak tahu sesuatu?
I kat BP takde lori sampah masuk
So u agak agak mcm mana org di kg i
Uruskan sampah?
Quote doridori_hi 16-4-2023 05:27 AM
Lecak ketiak, bahang panass, iols takde mood nk jln2 keluar mcm nih ..
Quote LoveSungmin 16-4-2023 10:34 AM
gigahertz replied at 16-4-2023 02:15 AM
Nak tahu sesuatu?
I kat BP takde lori sampah masuk
So u agak agak mcm mana org di kg i

bakar la sis.. tak pun buang dalam sungai..

tapi peliknya takde lori sampah.. pbt makan gaji buta ke?
Quote gigahertz 17-4-2023 01:10 AM
Edited by gigahertz at 16-4-2023 05:12 PM
LoveSungmin replied at 16-4-2023 02:34 AM
bakar la sis.. tak pun buang dalam sungai..

tapi peliknya takde lori sampah.. pbt makan gaji buta ...

rumah i is rumah kampung.
rumah kampung takde bayar cukai pintu.
so PBT takde mau lalu.
kalau sampah makanan boleh la bakar.
kalau sampah plastik. takkan nak bakar ?

so macam mana i handle bende ni ?
start enjin kereta . drive sejauh 5 kilometer utk membuang ke dalam tong sampah.
dulu ada tong sampah dekat dekat milik pasaraya dan swasta
tapi dah di removenya .
Quote Kitty_catz 17-4-2023 02:12 PM
mmg udah jerebu pun pagi ni...
Quote tripleid 17-4-2023 02:18 PM
Selamat beraya dlm jerebu lah kite tahun ni.memasing terkurung beraya dlm rumah tak kluar sbb taknak sedut jerebu ..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.086171 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top