Sebelum ini, pemimpin rohani Tibet, Dalai Lama menerima kecaman ramai gara-gara tindakannya mencium mulut dan meminta seorang budak lelaki untuk menghisap lidahnya. Walaupun sudah meminta maaf serta menjelaskan perkara tersebut, insiden berkenaan masih lagi hangat diperkatakan.
Terbaharu, Dalai Lama sekali lagi terpalit kontroversi apabila tular rakaman memaparkan dia menggeletek lutut penyanyi Hollywood, Lady Gaga. Menerusi video yang dirakamkan pada 2016 itu, Lady Gaga hadir pada majlis konferens dengan menggayakan denim yang mempunyai koyakan pada kedua-dua belah lututnya. Dikatakan, Dalai Lama menggusik Lady Gaga dan kejadian itu turut menimbulkan gelak ketawa tetamu yang hadir pada konferens membincangkan topik belas kasihan itu. Video tersebut menarik perhatian umum yang mendakwa tindakan Dalai Lamai menggeletek lutut penyanyi tersebut adalah salah satu perbuatan gangguan seksual.
Ada juga yang berpendapat bahawa riak wajah Lady Gaga jelas menunjukkan dia tidak selesa dengan sentuhan tersebut. Pun begitu, setakat ini belum ada apa-apa rasmi sama ada dari pihak Dalai Lama mahupun Lady Gaga. - CARI Sumber: CANADATRIBUN |
batmana replied at 15-4-2023 06:31 AM
Dorg tkde bdn cm JAKIM nk tegur pemimpin sndiri buat taik..tu la masalahnya
tindakan Dalai Lamai menggeletek lutut penyanyi tersebut adalah salah satu perbuatan gangguan seksual
ADVERTISEMENT