CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak Autistik Hilang Dari Rumah, Mungkin Keluar Ikut Pintu Belakang

15-4-2023 01:19 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 665| Komen: 9|Original author: Tatod

Seorang kanak-kanak autistik berusia tujuh tahun dipercayai hilang di Kampung Bunga Rampai, Jalan Batu Kitang, Kuching, Sarawak, semalam.

Difahamkan Andrine Johnnes Anne yang selama ini tidak dibenarkan keluar dari rumah berkemungkinan keluar melalui pintu belakang yang menghadap kawasan hutan berdekatan.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu 9.13 malam tadi sebelum menggerakkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kejadian.

Pasukan penyelamat ketika operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak autistik yang hilang di Kampung Bunga Rampai, Kuching.

"Berdasarkan maklumat ahli keluarga, mangsa disedari tiada serta hilang di rumah pada 2.30 petang.

"Terdapat saksi mengatakan ada melihat kanak-kanak ini dengan kali terakhir dilihat memakai baju merah dan masih menggunakan lampin tanpa berkasut serta tanpa selipar," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, keluarga mangsa dan penduduk kampung keluar berusaha mencari mangsa sekitar dua kilometer dari kejadian, namun masih gagal menjumpai sebarang petunjuk atau jejak mangsa.

"Pasukan bomba bersama polis mendapatkan maklumat keterangan mangsa yang dilaporkan hilang.

"Pencarian awal dilakukan di sekitar kawasan belakang rumah namun tidak dijumpai sebarang petunjuk," katanya.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada 10.40 malam dan akan disambung hari ini.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 15-4-2023 01:49 AM
Aduiiiii.
Teringat cerita pelancong satu family yg special child dia mati dlm hutan sorang2 tu. Dtg Malaysia bercuti, balik negara kurang 1 member.
Special Kids ni bukannya tahu takut kan. Diorang main keluar je.
Quote zuuu 15-4-2023 03:13 AM
Harap budak ni dapat ditemukan sengan selamat la...
Quote Thunderclouds 15-4-2023 05:50 AM
Harap jumpa dlm keadaan selamat.
Budak² gini yg jenis 'xtahu', mmg bahaya kalo tlepas keluar.
Nk² limited speech or lgsung non verbal terus.
Anak aku kalo tlepas kt mall kering darah ooiii..
Quote hareeeesah 15-4-2023 06:37 AM
Kesiannya… hrp selamat yg jumpa jagakan elok & bwk gi balai
Quote Decaffeinated 15-4-2023 07:32 AM
mungkin ikut pintu belakang, atap dah check?
Quote Suchi 15-4-2023 09:11 AM
Siannya dia masih pakai lampin tu, dh berapa lama ni
Lampin tak tukar, tak pakai kasut apa2
Tah makan ke tidak tu.
Quote Suchi 15-4-2023 09:12 AM
Carcosa replied at 15-4-2023 01:49 AM
Aduiiiii.
Teringat cerita pelancong satu family yg special child dia mati dlm hutan sorang2 tu. Dtg  ...

Kes tak selesai lagi, kesian sgt dia meninggal sbb kebuluran
Quote Carcosa 15-4-2023 10:28 AM
Thunderclouds replied at 15-4-2023 05:50 AM
Harap jumpa dlm keadaan selamat.
Budak² gini yg jenis 'xtahu', mmg bahaya kalo tlepas keluar.
Nk²  ...

Omg, meols pun. Haha.
Pdhal meols tgh bayar makanan dkt cashier food court. Tgk2 blkg, dia dah takde. Darah meols agaknya masa tu terus zrupppp kering. Hahaha
Rupanya dia pegi cari seat, duduk. Ya hamponnnnn mampos aku kering darah.
Quote I.K.A888990 15-4-2023 12:22 PM
harap dpt jumpa anak ni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.082160 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top