CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Macam Mana Nak Dapat Jodoh Kalau Gemuk Macam Ni," -Body Shaming, Tergamak Cikgu Hina Pelajar Perempuan

14-4-2023 10:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3644| Komen: 67

Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak perempuan sedih diperlekeh oleh gurunya berikutan berbadan gemuk.

Melalui perkongsian video di akaun TikTok milik Zurakasih itu, kanak-kanak berkenaan menangis meluahkan rasa sedih terhadap apa yang berlaku kepada dirinya di dalam sebuah kereta ketika pulang daripada sekolah kepada ibunya.


“Cikgu kata macam mana nak dapat jodoh kalau gemuk macam ni, permaisuri semuanya kurus,” kata kanak-kanak berkenaan melalui video tersebut.

“Oh cikgu cakap macam tu, cikgu buat ‘body shaming’ (kecam badan),” ujar ibu kanak-kanak berkenaan.




Rata-rata pengguna media sosial yang menjengah ke ruangan komen menyatakan bahawa tindakan guru adalah tidak wajar mengeluarkan kata-kata seperti itu terhadap seorang kanak-kanak.

“Budak-budak pun ada perasaan, saya selalu kena dari sekolah rendah sampai ke universiti, sangat beri kesan sampai sekarang, tahap keyakinan tak boleh bina balik walaupun sudah positifkan diri,” kata Wany.


“Zaman dulu memang ada cikgu yang macam tu acik dah kena dik. Kata cikgu, ‘budak paling berat dalam kelas ni sila datang ke depan,” ujar Wawa.

“Cikgu marah sebab pelajaran dan disiplin tak apa, bab ini boleh rendahkan keyakinan diri anak,” kata Lyn. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fairiza 14-4-2023 10:54 PM
Sat g sampai besaq dok gemok kan payah. Lantakla body shaming, maknya pun tolongla jaga badan anak jgn bg obes. Hang tau dak bila besaq sian budak tu gemuk payah nak turun. Penyakit melambai lambai. Kos pun byk nak kuar bg kurus.
Aku sbb ada anak obes time kecik2 aku tau la cane. Jenuh train suh jaga makan, suh posa. Nasib dengar. Alhamdulillah elok badan lawa.
Member aku dok biaq.. nak suh posa pun dok kesian kesian.. haaaa sampai besaq dok besaq cam peti ais.
Quote kawaiichicken 14-4-2023 11:01 PM
take positive side maybe? kat sekolah rendah adik cik chicken banyak yang gemok2..sian tengok lelah naik tangga ada tu berdiri tepi kejap sambung naik..sebab beg diorang berat sekali..time puasa nih lagi sian tengok..
sikit2 body shaming.. nanti sakit..asma..lelah..pihak sekolah/ibu bapa jugak susah
Quote naina 14-4-2023 11:07 PM
Tula jangan bangga sangat anak comel cute masa kecik2. Sampai ke besar puji comel sedap gomol bagai. Bangga sangat anak sihat makan senang kuat makan. Bila dah jadi budak sekolah dh tak comel pun. Comot adala. Anoyying plak tengok. Kecik2 dah bau kepam.
Ada anak member FB aku anak dia gemuk darah2 keling umur 5 tahun pun pakai Pampers lagi. Mak dia duk risau cmnelah sekolah nanti. Aku tanya budak besar tu berak kat Pampers larat ke nak cuci najis dia dh serupa najis orang dewasa.
Lepastu kemain manja. Aku tengok jadi menyampah
Quote akies 14-4-2023 11:11 PM
Nak kawal berat anak ni kena bg dia aktif.
Masuk la martial art mcm taekwando ka..aikido..silat..
Iols anak sume ku paksa masuk kelas swimming.
Nak bg body shape lawa elok.
Hari weekend paksa bangun pagi..keluar berjogging..

Pastu kena kawal pemakanan.
Itu je
Quote zehra2 14-4-2023 11:46 PM
badan gemuk mmg payah laa.. gemuk tu pun sebenarnya menyusahkan budak nak aktif dlm kokurikulum..
asyik2 tk nk lari merentas desa.. asyik2 acara lontar peluru lempar cakera..
kang bagi acara 800 meter, pengsan pulak
nak pakai  t shirt sekolah pun tkde saiz. koop kena order khas, kang jual harga mahal skit pun parents komplen
jadi kenapa nak salahkan org lain bila yg patut berubah tu diri sendiri?
gemuk tu boleh di ubah.. menangis je tak boleh jd kurus pun.

baru ni ada budak putus kawan sbb dia tak dpt nak join group menari, buat fitnah cikgu tak suka dia budak nya comel cantik, tapi tu ler gemuk skit.
aku tak dpt cari saiz baju yg dia boleh pakai. baju menari tu mmg sekolah tempah khas utk pertandingan.
masa berlatih pun dah nampak pelik. dalam cantik semua berdiri tegak tetiba ada sekuntum bunga kembang semangkuk kat tengah.
ate nak ckp apa lagi
Quote Carcosa 15-4-2023 12:04 AM
Edited by Carcosa at 15-4-2023 12:05 AM
naina: Tula jangan bangga sangat anak ...


Omg chuols.
Meols pun ada kenal sekor ni. Anak kemain obese. Sedap gomoiiii kata dia. Badan bulat mcm bola. Baru 6 tahun. Dahla girl, mak dia sakai nak sedap peluk katanya. Meols mcm nak ambik kayu jati, pepah je kepala mak dia. Selfish nak mampos nak gomoi, nak peluk, kau kerjakan la laki kau. Anak tu dahla girl, kang lagi lah low self esteem dia bila membesar.
Dia kemain nak melawa je kerje, pakai Spek besar, joget2 buat video lagu Bollywood, badan kurus.
Anak dia,  dia biar obese. Kalau buat video tu, kemain bangga anak dia melahap makan mcm setan. Aku tgk budak tu jadi meluat. Tahla. Mmgla lantak tu anak dia kan. Tapi sbg org luar, aku yg merana, sbb aku yg kena tgk anak dia bila anak dia keluar rumah kan
Quote ladybugz 15-4-2023 12:32 AM
whatever the intention of the teacher mmg x bagus ajar verbal abuse mcm tu. bygkan si pembuli2 ada ja modal nanti. my daughter dari kecik lahir 1.6kg ja, dah la picky eater mmg underweight aja. sampai la i ejas mcm2 baru la naik n mmg badan dia naik bukN dgn lemak tp jd pejal n lean gitu. otot2 dia yg grow. so mmg nampak slightly tegap n besar sikit tu pun ada dah si pembuli duk ckp die gemuk. mujur la my daughter just ckp saya kan mmg gemuk. biasalah tu n go on with her day. i plak betulkan. as long as u r in the right bmi ok ja. yg terlalu kurus x nak makan pun ramai. kene point out jugak issue tu. dalam kelas pun lesu dan x bermaya.
Quote jejaka_hensem 15-4-2023 12:47 AM
Gemuk is awesome kot.jahat betul mulut cikgu ni
Quote Momohizan 15-4-2023 12:57 AM
naina replied at 14-4-2023 11:07 PM
Tula jangan bangga sangat anak comel cute masa kecik2. Sampai ke besar puji comel sedap gomol bagai. ...

Yuck! Sila jauhkan I dari bebudak macam ni.
Quote dua_chzy 15-4-2023 12:59 AM
zehra2 replied at 14-4-2023 03:46 PM
badan gemuk mmg payah laa.. gemuk tu pun sebenarnya menyusahkan budak nak aktif dlm kokurikulum..
as ...

Hada betulnya.
Quote dua_chzy 15-4-2023 01:00 AM
ladybugz replied at 14-4-2023 04:32 PM
whatever the intention of the teacher mmg x bagus ajar verbal abuse mcm tu. bygkan si pembuli2 ada j ...

Ni pun betul.
Quote mily 15-4-2023 01:30 AM
tere plak bdk tu ingat sebijik2 yg cg dia cakap..mostly ingat separa je
Quote CardiGans85 15-4-2023 01:38 AM
Tapi gemuk memang tak elok pun. Be realistic la..bila berbadan gemuk ni mendatangkan banyak manfaat ke?  Kena kawal pemakanan anak2 dan minum air kosong yg cukup serta galakkan beraktiviti yg keluarkan peluh. Banyak masa lagi sebab dorang masih muda.

Cuma mulut cikgu tu pun laser boleh tahan dan X patut la memalukan budak tu dgn bandingkan orang lain
Quote noor2 15-4-2023 04:58 AM
Body akak mmg slim tapi kalau aku naik je sikit, anak aku mmg kuat body shaming aku.....anak2 aku mmg jenis jaga badan mcm aku jugak...

Budak ni mak dia x reti2 ke nk ajar anak ttg kesihatan badan tu baru cikgu body shaming belum lagi pakwe bila ko nk berpakwe nanti...lagi mau bunuh diri nanti
Quote plywood 15-4-2023 05:50 AM
Melawan kegemukan vs body shaming

gemuk ini menyusahkan hidup. bawa beban yang tak perlu kemana-kemana. ini beri kesan kepada pemikiran bawah sedar dan aktiviti ygn nak dibuat. bila ada aktiviti sedikit fikiran orang gemuk secara tidak sedar dah menolak, sebab fikiran akan set aktiviti adalah beban, bila bertahun-tahun ini akan beri kesan kpd performance.. itu secara umum, tp tak semua.

pemerhatian aku budak gemuk lebih dari average ini jarang sgt jadi best student.. sbb orang gemuk ini akan hadapi masalah mental dan fizikal lebh banyak dari orang kurus.. begitu juga aktiviti..ianya limited berbanding org kurus..

kerajaan perlu isytihar dah supaya kegemukan melampau dikalangan pelajar  itu adalah penyakit.

ibubapa tidak boleh defensif sangat bila ada yang nyatakan pasal gemuk is bad sebagai saranan supaya buat sesuatu kepada dengan kegemukan... sebabnya akan ada orang lain yg akan tetap mengata orang gemuk ini dimana-mana, nak kontrol mcm mana tu... bila gaduh sedikit, memang jadi bahanlah... cuma dari sisi guru, bila nak bagi tau, bagi tau benda sensitif ini semasa tak stress, semasa tak ada beban dlm hati, kata-kata yg keluar akan lebih lembut..

ibubapa defensif spt diatas dah hampir pasti akan sebabkan anak itu tak ada kebolehan untuk kuruskan badan...

...dah sampai masa kerajaan wajibkan ibubapa yg memontelkan anak-anak mereka  perlu menjalani kursus tentang kesihatan, kursus pengurusan dan peluang hidup anak mereka yang gemuk, dan train balik pemikiran supaya mereka perlu urus anak-anak mereka yg gemuk itu supaya menjalani gaya hidup yg lebih sesuai..

sangat tidak adil untuk anak-anak mereka, bila datang kedunia, digemukkan oleh ibubapa mereka sehingga terbantut sebahagian kebolehan untk  buat aktiviti dan survive..



Quote kakikuDibibirmu 15-4-2023 06:03 AM
[youtube]mRcFhZ3uWhY[/youtube]
Quote n3ar 15-4-2023 06:03 AM
Sama la ada sorang member kt media sosial duk up gambar anak dia suka melantak... Siap kekonon paling comel panggil juhi chawla.. Juhi chawla apa aku tengok gemok gedempol je budak tu.. Alasan budak lg, biar la berisi sikit pun..
Quote plywood 15-4-2023 06:12 AM

hahaha.. kelakar pulak tengok budak gemuk menari atas pentas..

sekarang dah kurus dah...







Quote margo20 15-4-2023 07:34 AM
Anak laki aku kurus kerempeng duk dlm aircond pun bole berpeluh

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.050806 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top