CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trend Sulam Nama Pada Kulit Popular Di Kalangan Remaja- Haram! Sama Hukumnya Macam Cacah Tatu

14-4-2023 09:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1000| Komen: 10

PUTRAJAYA: Trend ‘sulam nama’ pada kulit kini menjadi trend dalam kalangan remaja, dianggap mirip kepada tatu tetapi bersifat tidak kekal.

Namun prosedur itu adalah haram dan dilarang dalam syarak sebagaimana mencacah tatu dan pelakunya pula hendaklah segera bertaubat dan menyesali perbuatannya itu.


Itu penjelasan ilmuan agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai status hukum sulam nama pada kulit yang kini semakin digemari remaja Islam.




Beliau berkata, prosedur ‘sulam nama’ pada kulit sebenarnya mirip atau sama dengan prosedur membuat tatu.

“Kami melihat prosedur pada kulit itu bukan bertujuan untuk rawatan, sebaliknya untuk kecantikan semata-mata, yang mana pada hakikatnya ia adalah mencacatkan kulit dan kawasan yang dicacah.

“Kami menasihatkan supaya sulaman nama yang dilakukan pada kulit itu hendaklah segera dihilangkan, jika ia tidak mendatangkan kemudaratan pada diri dan nyawanya.


“Sekiranya proses menghilangkannya itu mendatangkan kemudaratan, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan,” katanya menerusi portal Maktabah Al-Bakri.

Katanya, sebahagian ulama berpendapat bahawa tempat atau kawasan yang dicacah (untuk dibuat tatu atau disulam nama) sebagai najis.

Zulkifli berkata, perbuatan mencacah nama atau membuat tatu ini juga menyerupai perbuatan orang kafir, sedangkan agama Islam menuntut penganutnya agar berbeza dengan mereka.

“Saya ingin menasihatkan kepada remaja dan anak muda Islam agar bijak dalam mengikuti trend yang ingin diikuti dan menjauhi trend yang jelas-jelas bercanggah dengan cara dan gaya hidup seorang Muslim.

“Ingatlah sebagai seorang Muslim, kita turut diperintahkan untuk menjauhi segala perkara yang boleh mendatangkan tohmahan, persepsi negatif dan fitnah, sama ada kepada diri kita sendiri sebagai seorang individu Muslim,” katanya.

Sulam nama adalah lukisan atau tanda kekal di atas kulit yang dibuat dengan menggunakan dakwat pigmen atau pewarna yang dimasukkan ke kulit melalui tusukan jarum ke lapisan dermis (lapisan kedua kulit). – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 14-4-2023 09:57 PM
Burukkan kulit
Quote darkness 14-4-2023 09:57 PM
Burukkan kulit
Quote sharlenetexas 14-4-2023 10:08 PM
Sulam amende. Tatulah tu.

Quote Kak-Rohana 14-4-2023 11:52 PM
Dah la harom.. tulisan pulak burok. Ko tulis pakai marker pen je lah dek.
Quote ezacbee 15-4-2023 03:18 AM
Huduh noo

Carilah font lain yg exclusive.. ni tulisan cam budak sekolah.
Quote Perawankota 15-4-2023 04:24 AM
Zaman 90an dulu, budak2 sekolah suka toreh lengan letak nama bf/gf.. Pastu panaskan duit syiling toreh dagu konon ala2 dagu berlekuk...
Quote mr_cool5885 15-4-2023 05:23 AM
Yg aneh2 gen Z ni. 1-2 generasi lagi melingkup la semua. Mak pak urban life style. Anak2 hipster, raver, rempit.
Quote kakikuDibibirmu 15-4-2023 05:38 AM
1654524704606.jpg
Quote cikatilia 17-4-2023 11:32 AM
tukar nama aje trus halal ye..
dasar bebal
Quote Hessa 17-4-2023 11:50 AM
yang bukan bukan ajer budak2 muda laa ni banyak benar 'pandai' nya.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.036743 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top