CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Bilik Hotel Di Mekah Cecah RM4,000 Satu Malam!

14-4-2023 09:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1048| Komen: 12

MEKAH – Sektor perhotelan di kota suci Mekah menyaksikan kebangkitan ketara apabila mencatatkan kadar penginapan mencecah 100 peratus sepanjang 10 hari terakhir Ramadan sekali gus angka tertinggi selepas pandemik.


Saudi Gazette melaporkan, pengurus sebuah hotel di kejiranan Aziziyah, Bassam Khanfar berkata, tahun 2023 berlaku peningkatan dalam jumlah jemaah umrah dengan kadar penginapan kembali ke tahap prapandemik.

Peningkatan itu terutamanya didorong kemudahan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada jemaah umrah dari luar negara dengan pelabur dan pemilik hotel segera mengambil kesempatan untuk membuka hotel mereka.


Foto: AFP

Kata Bassam, berdasarkan taburan geografi hotel di Mekah, adalah jelas bahawa rangkaian pengangkutan baharu telah membantu pengusaha hotel di luar pusat bandar mendapatkan kapasiti penginapan yang sama seperti rangkaian hotel berhampiran Masjidil Haram.


Beliau berkata: “Salah satu sebab paling utama untuk jemaah memilih tempat penginapan di luar kawasan pusat bandar adalah kerana harga hotel berhampiran Masjidil Haram sangat mahal.”

Pengarah Jabatan Komersial di Address Makkah Hotel, Hani Najah berkata, jemaah umrah terutamanya tertumpu di kawasan tengah sekitar Masjidil Haram.

Bagaimanapun, tambahnya: “Projek Bas Mekah membolehkan jemaah umrah memilih hotel yang terletak di kawasan lain di Mekah dengan bas menghubungkan kawasan ini dengan Masjidil Haram. Ini telah membantu memulihkan kawasan tersebut, terutamanya hotel di bawah taraf empat bintang.”

Harga untuk bilik yang mempunyai pemandangan adalah antara SR4,000 (RM4,683) hingga SR10,000 (RM11,709) satu malam untuk hotel lima bintang. 

Harga purata setiap bilik adalah antara SR2,500 (RM2,927) hingga SR3,000 (RM3,512) dan antara SR800 (RM936) hingga SR1,100 (RM1,288) untuk hotel lima bintang serta empat bintang di luar kawasan tengah (jauh dari Masjidil Haram)

Pakar sektor pelancongan dan hotel, Arwa Al-Ahmadi berkata: “Kadar penginapan pada tahun ini sangat tinggi. Kadar penginapan di sebilangan hotel mencecah 100 peratus, peratusan yang dihalang oleh pandemik Covid-19 pada tahun-tahun lepas.

Al-Ahmadi berkata bahawa kota suci itu menempatkan lebih 1,400 hotel dan  menambah, tren Haramain serta bas percuma dari lapangan terbang telah membantu memudahkan pengangkutan jemaah serta mengurangkan kesesakan. – CARI

Sumber: Kosmo
 







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote juboqhang 15-4-2023 02:17 PM
Demi agama.. bukannya hari2 kata acik2 tayang duit berkepok dlm tuktok
Quote dua_chzy 15-4-2023 02:18 PM
Ni la sebenarnya harga Yahudi tuan2 puan2.

Next time kita boleh la ganti term harga Yahudi tu dengan harga ereb Mekah.
Quote helicornia 15-4-2023 02:26 PM
Tk payah la pegi klu tk mampu.bukan wajib pun.nk doa kt Malaysia Allah tk pandang ke.mcm ari tu ada yg sampai jual kereta nk pi umrah last2 kena tipu plak tu
Quote B40tastePosh 15-4-2023 03:11 PM
Aku kalau gi Mekah aku nak backpack je...mandi tidur dalam masjid tu je alasan Qiamullail...lagi barokah
Quote shernazz 15-4-2023 05:44 PM
Kawan laki iols.baru je post nak gi Jeddah kots...
Syiok je..
Ape tah laki iols dok kirim2.doa kat.kawan dia...hoho
Quote bakingsoda 15-4-2023 05:47 PM
untung pegang lesen jual agama
Quote Skuau 15-4-2023 11:46 PM
Punca harga barang mencanak naik di Msia...
Quote Perwira2022 16-4-2023 12:53 AM
Nuar laki bini  juga bijak.... Nak pergi umrah free claim urusan rasmi kerajaan
Quote Imkhai 16-4-2023 01:43 AM
Ada x dlm al quran ckp nk gi haji umrah akhir zmn nnt susah ataupon org2 keturunan nabi yg jd penunggang agama contoh owner htl ni kaw2 cekek darah pnya rate dia kasi
Quote I.K.A888990 16-4-2023 03:22 AM
gila ah depa buat duit
tenang ke hati tu buat benda tu
Quote jejaka_hensem 16-4-2023 04:09 AM
Sepatutnya mempermudahkan urusan org utk beribadah,ingat disusahkan pulak.sesama islam pulak tu.
Quote damsel_fiji 16-4-2023 07:07 AM
helicornia replied at 15-4-2023 02:26 PM
Tk payah la pegi klu tk mampu.bukan wajib pun.nk doa kt Malaysia Allah tk pandang ke.mcm ari tu ada  ...

satu lg aku tak faham konsep berkirim doa ke mekah..as if mcm lah doa kat malaysia ni allah x nak dengar..mmg betul ke konsep mengirim doa ke mekah ni atau ummah melayu jah over menambah2?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.060713 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top