CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Petanda Buruk- Dasar Laut Bocor, Saintis Temui Lubang Besar

14-4-2023 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4877| Komen: 10

WASHINGTON  – Sekumpulan saintis menemui sebuah lubang yang membocorkan air di dasar lautan di luar pantai negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) di kawasan dikenali sebagai Zon Subduksi Cascadia.


Daily Star melaporkan, pakar-pakar dari Universiti Washington berkata, penemuan lubang dasar laut yang bocor mungkin bukan petanda baik di rantau berkenaan.

Lubang itu dinamakan ‘Pythias’ Oasis’ sempena nama seorang pendeta Greek yang membuat ramalan ketika duduk di atas mata air panas, lapor laman web Futurisme.

Foto: Universiti Washington

Ia menarik perhatian saintis sejak ditemui pada 2015, tetapi penyelidikan baharu mencadangkan bahawa air yang keluar dari lubang itu adalah sesuatu unsur lain.

Pakar-pakar percaya bahawa ia sebenarnya adalah sejenis pelincir tektonik yang diperlukan oleh plat untuk mengelakkan pergerakan dalam tanah.

Semasa menjalankan penyelidikan, saintis menemui ‘buih-buih pada kedudukan kira-kira 1.2 kilometer (km) di bawah permukaan air’.


Dengan menggunakan robot peneroka dasar laut, mereka mendapati buih-buih itu ‘hanya komponen kecil cecair panas berbeza secara kimia yang muncul dari sedimen dasar laut’.

Profesor oseanografi dan geologi dasar laut Universiti Washington, Evan Solomon berkata: “Mereka meneroka ke arah itu dan apa yang dilihat bukan hanya gelembung metana, tetapi air yang keluar dari dasar laut seperti paip.

“Itu sesuatu yang tidak pernah saya lihat dan dalam pengamatan saya tidak pernah dikaji sebelum ini,” katanya.

Kajian sebelum ini mendapati air yang keluar dari lubang itu lebih panas daripada suhu lautan. – CARI

Sumber: Kosm

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 14-4-2023 06:52 PM

WASHINGTON ??? BACA boleh caya jgn la

Quote sharlenetexas 14-4-2023 07:37 PM
Adakah seperti kebocoran lapisan ozon?

Quote kakikuDibibirmu 14-4-2023 08:00 PM
sharlenetexas replied at 14-4-2023 07:37 PM
Adakah seperti kebocoran lapisan ozon?

Bukti teori hollow earth
Quote sharlenetexas 14-4-2023 08:10 PM
kakikuDibibirmu replied at 14-4-2023 08:00 PM
Bukti teori hollow earth

Asalkan bukan bumi datar.


Quote bitterchoc 14-4-2023 09:14 PM

Hah apa pulak ni wei. Habis la west coast akan ditelan macam orang dah lamaaa kata. Bye bye.
Quote antikorok 14-4-2023 10:12 PM
Gog dan magog tersenyum wicked gaytohhh
Quote shi_jewel 14-4-2023 11:10 PM
dunia dah tua...
siap siaga dgn gempa bumi besar bakal menimpa malaysia...
Quote cmf_premierleag 15-4-2023 12:08 AM
penah tgk nat geo, belah2 west coast US ni (incl oregon smpi ke seattle), belah2 barat laut US ni saintis kata mmg x selamat sbb ada volcanoe aktif bwh laut and bleh explod bebila masa jah
x ingat apa nama tajuk doku kt natgeo tu
so yg depa jumpa dasar laut bocor ni maybe ada la apa2 tuyg related
yg akak ingat, dlm natgeo tu dia tunjuk tanah ada 7-8 lapisan..it shows kwsn belah barat laut tu mmg akan jd gempa bumi terbesar soon
Quote scorpionkiki 15-4-2023 11:52 AM
cmf_premierleag replied at 15-4-2023 12:08 AM
penah tgk nat geo, belah2 west coast US ni (incl oregon smpi ke seattle), belah2 barat laut US ni sa ...

Ingat tak lagi tajuk natgeo tu? Menarik your information ni
Quote cmf_premierleag 15-4-2023 02:15 PM
scorpionkiki replied at 15-4-2023 11:52 AM
Ingat tak lagi tajuk natgeo tu? Menarik your information ni


Perhaps drain the sea sebegitu ,(ingat2 lupa)
Sbb nk tgk apa kt dasar laut..so they use 3D cgi segala utk drain kan the sea/ocean to see apa di dasar laut and some hasil kajian saintis marine, geologist etc etc......so kat area tu depa jmpe anak volcano di dasar laut and ramalan gempa based on lapisan kerak2 tanah batuan

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.375509 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top