CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Tahun Tipu Suami Dengan Solekan Tebal Sebab Nak Kelihatan Cantik Walau Ketika Tidur

14-4-2023 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2114| Komen: 12

Wanita di Jakarta sanggup mengenakan solekan tebal selama hampir tiga tahun kerana mahu sentiasa kelihatan cantik di depan suaminya.

Menerusi video TikTok, dia yang dikenali sebagai Christie mengaku memperdaya suaminya kerana tidak ingin lelaki itu melihat wajah asli dirinya ketika bangun tidur.



YouTube @christxiee

“Selama ini suami saya menyangka saya langsung tidak menggunakan sebarang alat solek. Padahal sejak tiga tahun lalu, saya sanggup bangun awal subuh untuk berdandan dan tidur semula,” jelasnya di video Tiktok.

Helah solekan Christie tidak keterlaluan dan dia tidak menggunakan produk pembayang mata atau glitter tetapi solekannya mampu memberikan kesan wajah yang segar dan natural.

Christie menggunakan kontur di beberapa kawasan selain concealer atau penutup cela di bawah mata supaya wajahnya tidak kelihatan letih atau kurang tidur.


“Bagi memberikan kesan mata yang lebih menawan, saya juga menggunakan maskara untuk menjadikan bulu mata lentik secara realistik.

“Selebihnya, saya hanya menyikat kening menggunakan produk gel kening, maskara coklat dan gincu merah jambu semulajadi,” jelasnya.



Sebilangan netizen memberikan banyak komen prihatin terhadap tindakan Christie, malah ramai memuji kecantikan semula jadi dimilikinya dan menasihatkan wanita itu berhenti bangun pada waktu subuh untuk bersolek.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 14-4-2023 07:44 PM
Ye lah tu! Hmmmmmm
Quote bunnyj3lly 15-4-2023 05:56 AM
Tunggu ada anak. Sempat ke idok nak berdandan tu
Quote isseliparjepun 15-4-2023 08:35 PM
Tak ada make up pun nampak cantik je pada I. She kurang keyakinan diri kot. I tengok artis artis sebagai contoh, memang la lain wajah kalau tak bersolek, tapi memang lagi cantik.
Quote anony-mous 16-4-2023 03:48 AM
Based on screenshot tu i rasa dia lg lawa bareface
Quote jiji85 16-4-2023 08:20 AM
dulu kat tmpt aku kerja memang ada sorang kakak mcm ni.muka dia 24jam memang on foundation even tdur.
Quote evlinne 16-4-2023 11:27 AM
Bukan dia sarkastik je ke
Sbb dia influencer
Selalu je tunjuk muka bareface kt followers bila try makeup
X logik klau suami dia x pernah tgk video dia
Quote cikatilia 17-4-2023 11:38 AM
dia lawa je pon....
Quote SedihPedih 17-4-2023 02:20 PM
tak mungkin x pernah tgk..


apo diorang x pernah mandi sekali ke?
Quote clarizsa 18-4-2023 10:32 PM
Beria la betina ni
Kt org lain tnjuk muka sebenar tp konon laki dia bodo sgt xtau muka betina tu ada mekap ke
Sampah tul
Quote shop_girl 19-4-2023 02:57 PM
jiji85 replied at 16-4-2023 08:20 AM
dulu kat tmpt aku kerja memang ada sorang kakak mcm ni.muka dia 24jam memang on foundation even tdur ...

Rimasnya tido bermekap..kronik benar akak tu..tak ke tersumbat pori2..pastu abih le bantal kotor terpalit fondesen
Quote ambersss 19-4-2023 06:24 PM
What Size Is Lizzo Measurements and Bra Size
Quote chiyoasuka 28-7-2023 02:32 AM
tak makeup pn cantik laa

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.148818 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top