CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Negara Dengan Tarif Elektrik Termahal Di Dunia

14-4-2023 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 388| Komen: 0

Faktor kedudukan geografi menyebabkan Kepulauan Solomon sukar mendapat akses tenaga elektrik kerana faktor kedudukan geografi.

Disebabkan itu juga ia muncul sebagai negara dengan tarif elektrik termahal di dunia.


Pemangku Ketua Eksekutif Solomon Power, Martin Sam berkata, faktor geografi negara itu dengan populasi 700,000 yang tersebar di ratusan pulau adalah salah satu penyebabnya.


PROJEK Hidrokuasa Sungai Tina dalam pembinaan. FOTO Agensi

"Faktor lainnya adalah sumber elektrik kerana 98 peratus penjana elektrik dari diesel.

"Itulah penyebab utama mahalnya harga elektrik di negara ini," katanya seperti dilaporkan ABC News.

Beliau berkata, faktor pembiayaan juga menyebabkan hanya kira-kira 15 hingga 20 peratus penduduk kepulauan itu mendapat akses tenaga elektrik.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kepulauan Solomon, Peter Kenilorea berkata, faktor itu menjadi penghalang utama pertumbuhan ekonomi negara itu dan kesan tarif elektrik tinggi memberi kesan besar kepada rakyat.


Katanya, rasuah dan kekurangan kemahuan politik menyekat dasar tenaga di negara itu.

Pengarah Jabatan Tenaga Kepulauan Solomon, John Korinihona pula menolak tuduhan rasuah atau kepentingan peribadi sebagai penyebab mahalnya tarif elektrik di negara itu.

"Kerajaan dalam usaha menurunkan tarif elektrik untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Projek Hidrokuasa Sungai Tina kira-kira 20 kilometer di tenggara Honiara juga sedang dalam pembinaan dan akan beroperasi pada 2025 atau 2026.

"Apabila ia siap, ia akan memberikan 93 peratus jaringan elektrik Honiara atau 82 peratus dari semua penjana elektrik sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada diesel," katanya.

Penduduk, Peter Bae berkata, dia berharap projek itu akan memudahkan rakyat mendapat akses elektrik dengan lebih murah.

"Apabila ada elektrik mudah untuk anak-anak belajar pada malam hari berbanding sekarang buat kerja sekolah dalam kegelapan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.053854 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top