CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Bazar Jual Burger Malaysia Scam- Roti Liat, Hanya Dicalit Sos Dengan Inti Ikan Bilis Hangit

14-4-2023 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1594| Komen: 23

Seorang wanita berkongsi luahan tentang pengalamannya beli makanan di bazar Ramadan.

"Saya tak masak hari ni sebab kerja petang. Jadi, gagah juga turun ke gerai belakang bazar kat tempat kerja.


"Dah lama kempunan nak Burger Malaysia ala orang-orang kampung buat," katanya.

Foto: FB

Namun luahnya, Burger Malaysia yang dibelinya pada harga 70 sen sebiji di sebuah bazar Ramadan di Pulau Pinang sekadar indah khabar dari rupa.

"Rupanya saya kena scam. Orang nak berniaga, dia pun nak berniaga.

"Begini la rupanya, roti sos ikan bilis liat hangit. Bukan burger malaysia," ujarnya lagi.

Berdasarkan beberapa foto yang dimuat naik, Burger Malaysia itu hanya mengandungi secalit sos bersama beberapa potongan ikan bilis.

Sudahlah rasanya liat kerana hangit, makanan tersebut juga tidak lengkap tanpa hirisan timun, apatah lagi sayur salad seperti kebiasaan.


Menerusi hantaran yang dikongsi grup Facebook 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official', rata-rata netizen berkongsi reaksi dan pandangan masing-masing.


Foto: FB

"Aduh kasihannya orang nak makan buat macam tu. Tak fikir je orang penat kerja, penat puasa lagi? Tak ikhlas betul peniaga nak duit semata-mata.

"Peniaga kalau makanan yang dia jual tu dia sendiri pun tak nak makan, bermakna dia bukan peniaga yang jujur. Apatah lagi yang macam ni memang nak menipu.

"Tergamak jual macam tu. Aku tengok pun tak selera apatah lagi orang teraniaya tu. Macam mana perasaan dia masa bungkus Burger Malaysia ni. Tak akan dia tak rasa bersalah sapu sos dengan ikan bilis hangit tu?

"Kenapa la berniaga macam tu, tak berkat. Saya pun berniaga juga burger tapi tak macam tu. Letak sambal ikan bilis goreng dan timun. Alhamdulillah habis jualan saya," komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 14-4-2023 04:01 PM
Sebagai penjual beger malaysia harga kayangan, iols simpati pada pembeli ni

I teka penjual ni org negara jiran
Quote Skuau 14-4-2023 04:48 PM
pearl.silver replied at 14-4-2023 04:01 PM
Sebagai penjual beger malaysia harga kayangan, iols simpati pada pembeli ni

I teka penjual ni org n ...

takpe...mende camni dpt 'kelulusan' gomen...Msia Boleh...yey!2.
Quote kakikuDibibirmu 14-4-2023 04:49 PM
Jujurin, akak tak pernah makan burger Malaysia
Quote imransulaiman 14-4-2023 07:52 PM
Baru je tadi aku beli mi kari rasa air paip
Quote kakikuDibibirmu 14-4-2023 07:54 PM
imransulaiman replied at 14-4-2023 07:52 PM
Baru je tadi aku beli mi kari rasa air paip

Tukang masak tak boleh merasa makanan,  maka hasilnya sebegitulah
Quote imransulaiman 14-4-2023 07:56 PM
kakikuDibibirmu replied at 14-4-2023 07:54 PM
Tukang masak tak boleh merasa makanan,  maka hasilnya sebegitulah

Hahaha! Bersangka baik lah ni kan?
Quote chandrahusin 14-4-2023 07:59 PM
Dh nak raya msh lagi cerita kena scam kat bazaar
Syukur lah balik Sban aku pegi bazaar kat Matahari Heights
Semua makanan sedap
Dari nasi ambeng nasi ayam mee goreng pelbagai kuih muih air semua sedap
Quote isseliparjepun 14-4-2023 09:57 PM
Alahai sedihnya. I pergi bazar pun cari peniaga yang I selalu beli masa meniaga pasar malam. Memang ramai peniaga tiba tiba muncul di bazar. Kalau terasa nak makan laksa, I cari kat mana mana restoran take away.

Apalah rasanya meniaga macam ni ya  
Quote Jitu 14-4-2023 10:08 PM
baik beli roti bilis gardenia je
btw dekat nak hujung2 ni kurang dah org yg beniaga kat bazar tak mcm awal2 puasa
Quote bitterchoc 14-4-2023 10:10 PM
pearl.silver replied at 14-4-2023 03:01 AM
Sebagai penjual beger malaysia harga kayangan, iols simpati pada pembeli ni

I teka penjual ni org n ...




Berapa harga uols jual?
Aiols suka giler burger malaysia. Yang tak scam la.
Quote antikorok 14-4-2023 10:13 PM
Bazar Ramadan Scam Apa Hari Ni
Quote putriTS 14-4-2023 10:58 PM
Ramadhan kali ni, sekali je beli kuih below par rasa. Beli badak berendam, tapi tepung tu dia pakai tepung gandum kot. Kemain liat chewy nak mampus. Inti kelapa pun hampas saja. Kedai2 lain, so far tak mengecewakan. Sebab selalu beli dari kedai yg mmg peniaga tetap area taman je. So, mmg kita dah tau tahap makanan dia mcmana.
Quote pearl.silver 14-4-2023 11:27 PM
bitterchoc replied at 14-4-2023 10:10 PM
Berapa harga uols jual?
Aiols suka giler burger malaysia. Yang tak scam la.

Singgit satu
Tp moden punya bkn kg punya..
Jd beger dia lembut gebu smpi esok lusa..
Ada org xsuka camtu.. Org tu suka kg punya yg padat2 bila gigit..
Quote bitterchoc 15-4-2023 12:09 AM
pearl.silver replied at 14-4-2023 10:27 AM
Singgit satu
Tp moden punya bkn kg punya..
Jd beger dia lembut gebu smpi esok lusa..




Oooo uols menjual kat mana. Mana la tau ada forummers lain yang suka kuih ni dan dekat dgn uols.
Quote Carcosa 15-4-2023 12:11 AM
Aku sorang je ke yg tak pernah dengar Burger Malaysia??

Quote Kangkung1M 15-4-2023 01:08 AM
pearl.silver replied at 14-4-2023 11:27 AM
Singgit satu
Tp moden punya bkn kg punya..
Jd beger dia lembut gebu smpi esok lusa..

Singgit satu harga standard sekarang, kan.

[ig]https://www.instagram.com/tv/CqP8FRfAIZw/?igshid=YmMyMTA2M2Y=[/ig]
Quote pearl.silver 15-4-2023 07:24 AM
Kangkung1M replied at 15-4-2023 01:08 AM
Singgit satu harga standard sekarang, kan.

Makcik2 sini jual 60sen.

Iols buh daun salad kepok2 tu, makcik2 tu tgk, diorg letak salad kepok2 juga. Tp tetap jual 60sen..
Jd org kata la iols punya mahal
Quote kitaserupaaa 15-4-2023 07:40 AM
Semlm aku singgah gerai yg jual pastry. Tgk harga 3 biji rm10. Bila tanya harga kalau beli 1 je, katanya lagi untung beli 3, tapi aku nak beli 1 je sbb aku tak nak yg lain2 end up dlm tong sampah. Bila tanya harga kalau beli 1 biji, org gerai mcm tak puas hati letak harga rm5 sebiji. & aku pun terus belah jimat intake gula
Quote bitterchoc 15-4-2023 07:47 AM

Yummy. Nak cari yg elok, singgit pun singgit lah.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.093244 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top