Lakonannya sebagai Fakhri dalam drama popular Projek: High Council dipuji, tapi tidak ramai tahu bahawa MIerul Aiman nyaris menolak watak Ronaldo menerusi drama Imam Instant Ustazah Scammer.
Kata pelakon itu, dia bimbang gagal membawa watak komedi itu dengan baik. Mierul atau Muhammad Amirul Aiman Norazman, 25, berkata, pada mulanya dia tidak mempunyai keyakinan kerana merasakan dirinya tidak layak membawa antara watak penting dalam drama berkenaan. "Mula-mula saya dapat tawaran untuk watak Ronaldo, saya masih berbelah bahagi sama ada saya berani untuk ambil cabaran atau pun saya rasa saya tidak layak membawakan watak itu kerana ia antara watak penting dalam drama tersebut. "Namun, selepas tanya pendapat keluarga dan rakan-rakan artis yang lain, mereka semua beri semangat mengatakan saya boleh buat. "Saya rasa sokongan moral itu yang membuatkan saya lebih yakin membawa watak utama dalam drama tersebut," ujarnya.
|
Nana_Man: Tak tgk citer ni pasal ada mir ...
ADVERTISEMENT