Mierul bagaimanapun meluahkan rasa syukur dan gembira apabila percaturannya membawakan watak Ronaldo diterima ramai.
Kata Mierul, dia tidak mahu membandingkan watak Ronaldo dengan watak Fakhri yang dibawa dalam drama popular Projek: High Council kerana menganggap setiap peranan yang dibawa mempunyai kesukaran dan cabaran tersendiri.
"Apabila watak Ronaldo juga diterima peminat, saya bersyukur kerana Allah meletakkan saya dalam perjalanan ini untuk saya explore bagaimana seorang pelakon mencari karakter-karakter yang boleh mereka mainkan.
"Alhamdulillah, saya gembira bila peminat sekali lagi dapat menerima lakonan saya dan pada akhirnya, ia bukanlah kerana saya tetapi peminat meminati karakter-karakter yang saya bawa.
"Saya tidak pernah membandingkan watak Ronaldo dan Fakhri di dalam drama Projek: High Council. Bagi saya, kedua-dua watak ini dalam fenomenanya tersendiri," jelasnya.
Selain Mierul, drama Imam Instant Ustazah Scammer turut dibintangi oleh pelakon popular termasuk Hun Haqeem, Mira Filzah dan Qasrina Karim.
Sumber: mStar