CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kena Ingat Dia Masih Isteri Orang" - Sharnaaz Minta Peminat Hormat Suami Bekas Isteri

14-4-2023 01:19 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 2014| Komen: 6|Original author: LilRose

Pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat kurang senang apabila sering 'dijodohkan' kembali dengan bekas isteri, Noor Nabila oleh peminatnya.


Kredit foto: IG


Tegas Sharnaaz, warganet perlu lebih sensitif dan menjaga batas memandangkan Nabila masih berstatus isteri orang.

Isu itu diulasnya ekoran segelintir netizen membuat kompilasi gambar lama dan mesej mereka sewaktu bergelar pasangan suami isteri.



“Saya tidak berhak marah, malah saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Benda baik, orang doa yang baik, bukan minta saya pergi mati misalnya.

“Tapi, pada masa yang sama kita harus ingat. Dia masih isteri orang. Kena jaga sensitiviti dan perasaan suaminya juga. Jadi itulah pesanan saya buat semua,” katanya dipetik Gempak sewaktu ditemui media pada majlis pelancaran filem terbaru lakonannya, Polis Evo.





Walaupun mengakui terbuka mengenai jodoh, pelakon berusia 38 tahun itu malu untuk menghebahkan soal kisah cintanya kepada umum.

“Ada, saya ada berkenalan dengan gadis, tapi bila sudah usia macam ni, rasa malu nak cerita.

“Cukuplah, saya pernah melaluinya dulu dengan pasangan sebelum ini. Sekarang ini, media boleh tanya orang yang lebih muda tentang hal sebegini (cinta),” ujarnya.



Diharapkan mana-mana yang obses nak Sharnaaz dan Nabila kembali bersama supaya lebih sensitif dalam menghormati dan menjaga hati semua pihak. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elle21 14-4-2023 01:27 PM
alaa, melepassss hahahaha
Quote Belibis 14-4-2023 02:15 PM
Kenapa la bercerai?? Benda boleh bincang.
Quote makneng 14-4-2023 03:22 PM
Kenapa dia type ‘masih’ isteri org? Kak nab nak menjanda lagi ke lps ni?
Better type: dia isteri org. Simple
Quote salimrock 14-4-2023 04:38 PM
huntung kat nab,

anaz- kuemran - anaz semula

kuemran jgn cakap la brapa byk dah dia mencelop...

juara celop


Quote naina 14-4-2023 04:54 PM
Hmm kalau lah boleh bersabar ckit dengan ujian rumahtangga ni..
Sure dah bertambah ahli keluarga tu..
Sebab Dorang masih sangat baru masa tengah berperang tu
Quote LadyCarefree 14-4-2023 05:06 PM
makneng replied at 14-4-2023 02:22 PM
Kenapa dia type ‘masih’ isteri org? Kak nab nak menjanda lagi ke lps ni?
Better type: dia isteri o ...

Kdg2 apa org ckp tu bukanlah literal sangat tp sekadar ayat je.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.329734 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top