CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perut Terburai, Penternak Maut Dibaham 3 Anjing Peliharaan

14-4-2023 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1006| Komen: 12

Seorang penternak maut dipercayai diserang tiga anjing besar peliharaannya.

Rikiana Hirawani, 33, ditemui mati dalam keadaan ngeri di rumahnya di Christchurch, New Zealand, pada Selasa lalu.



Daily Mail

Polis yang memeriksa kediamannya mendapati mayatnya dikelilingi tiga ekor anjing putih besar.

Jirannya memaklumkan bahawa mayatnya ditemui dalam keadaan perut terburai.

Saksi berkenaan memaklumkan mereka menjerit supaya haiwan itu menjauhkan diri daripada mayat sehingga polis tiba.

Katanya, Hirawani tidak melayan anjing itu dengan baik, sebaliknya menjadikan mereka sebagai "pembuat wang".

Polis dan pihak berkuasa kawalan haiwan akhirnya berjaya mengeluarkan anjing berkenaan dari rumah itu.

Seekor anjing ditangkap di hadapan rumah itu manakala polis menyerbu taman belakang untuk mencari dua yang lain.


Detektif Polis New Zealand Sarjan Kanan Colin Baillie berkata kematian Hirawani tidak dianggap sebagai mencurigakan dan akan dirujuk kepada koroner.

"Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan keadaan yang menyebabkan kematian Hirawani," katanya dalam satu kenyataan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 14-4-2023 12:56 PM
Ape mksd pembuat wang.. ekk
Quote eizarz 14-4-2023 01:09 PM
Buritan replied at 14-4-2023 12:56 PM
Ape mksd pembuat wang.. ekk

keje kat bank rasa nya
Quote green~tea 14-4-2023 01:42 PM
Buritan replied at 14-4-2023 12:56 PM
Ape mksd pembuat wang.. ekk

Dikulibatakkan kot.. tak kasi makan cukup, tak layan mcm haiwan peliharaan... anjing kan kena ajak jenjalan2... bukan sekadar diikat utk jaga premise
Quote bakingsoda 14-4-2023 01:42 PM
Katanya, Hirawani tidak melayan anjing itu dengan baik, sebaliknya menjadikan mereka sebagai "pembuat wang".


alhamdulillah anjing dan kucing sudah pandai mempertahankan diri dari terus jd mangsa exploitasi! hari tu kucing mainecoon ratah daging tuan sendiri (penternak), lupa lak penternak tu mampos dulu ke kucing tu yg terkam penternak sampai mampos

Quote green~tea 14-4-2023 01:42 PM
eizarz replied at 14-4-2023 01:09 PM
keje kat bank rasa nya

Lemah betul bahasa reporter cari....
Quote bakingsoda 14-4-2023 01:45 PM
Buritan replied at 14-4-2023 12:56 PM
Ape mksd pembuat wang.. ekk

kan dlm tajuk dah tulis penternak, keje dia pi lacur anjing2 tu buat baka lettew, atau yg betina jd kilang buat anak pastu jual. padan muka, yg kat rusia kucing mainecoon makan daging si penternak nyum nyum
Quote jakma 14-4-2023 02:35 PM
Nice thought!  
I'm totally agree with you! Check Apartments for sale in Hazmiyeh it's quite helpful.
Thanks
Quote tompie 14-4-2023 02:39 PM
bakingsoda replied at 14-4-2023 01:45 PM
kan dlm tajuk dah tulis penternak, keje dia pi lacur anjing2 tu buat baka lettew, atau yg betina j ...

kat mana weh cerita penternak kucing kena makan?? Kat Ukraine ke?? haha sebab ramai penternak kat Ukraine.. Breed dia pun lawa2


Kat Malaysia ni pun ada penternak yang non stop suruh kucing beranak.. sampai lunyai..
Tapi aku takleh bayangkan British Shorthair nak makan tuan dia.. jalan pun malas


Quote bakingsoda 14-4-2023 03:03 PM
tompie replied at 14-4-2023 02:39 PM
kat mana weh cerita penternak kucing kena makan?? Kat Ukraine ke?? haha sebab ramai penternak kat  ...

rusia. tapi penternak tu mamps dulu baru kucing makan, bayangkan kucing2 tu rasa eh sedapnyaaa daging manusia pastu cuba2 terkam owner baru hehe. cash lah selama ni duk makan hasil penat lelah kucing dikerjakan jd kilang, last2 dapat gak kucing2 tu merasa balik duit yg dah jd darah daging penternak tu
https://nypost.com/2022/06/17/woman-eaten-by-20-pet-cats-after-collapsing-dead/
Quote pocongkiutss 14-4-2023 03:06 PM
Edited by pocongkiutss at 14-4-2023 03:08 PM

BACKYARD BREEDER NI

Memang padanlah muka kau..backyard breeder ni, anjing2 berbaka dikurung dlm cage sempit..keje diorg mengawan buat anak je..makan , apa semua tak terjaga .kadang pun horror gila..mmg dijadikan mesin buat duit je..mmg padanlah muka kalau ko mati
Quote sharlenetexas 14-4-2023 04:56 PM
Hirawani ni surname keturunan apa?


Quote umbut 14-4-2023 05:36 PM
Tak bagi makan ke.. Cam kes dulu yg kurung anjing balik kampung tak bagi makan. Tuan umah balik, tuan umah yg kena makan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.068124 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top