CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Lori Maut Elak Tayar

14-4-2023 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 675| Komen: 2

Pemandu lori buah maut selepas terbabas dan terbalik melanggar besi pembahagi jalan.

Dalam kejadian di kilometer 68.3 Lebuhraya PLUS, 2.30 pagi tadi, mangsa dipercayai terbabas kerana mengelak tayar yang berada atas jalan.


Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, mangsa dikenali sebagai Muhammad Saifuddin Md Lazan, 35, maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan, selepas tercampak keluar dari kenderaannya dan jatuh ke bawah jambatan.


KEADAAN ketiga-tiga kenderaan yang terbabit kemalangan. FOTO Ihsan Bomba

Katanya, kemalangan turut membabitkan seorang pemandu treler membawa muatan simen berusia 68 tahun dan pemandu Honda Civic berusia 26 tahun. Bagaimanapun kedua-duanya tidak cedera.

"Akibat kemalangan itu, pemandu lori buah terjatuh ke dalam longkang pembahagi jalan dan cedera parah di kepala serta di badan.


"Seorang pemandu treler yang membawa muatan simen dan pemandu Honda Civic yang berada di belakang lori mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar lori muatan buah-buahan itu yang terbalik atas jalan.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori simen dan Honda Civic tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Ketiga-tiga kenderaan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Dalam pada itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salih dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam berkata, seramai sembilan anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Terdapat seorang mangsa iaitu pemandu lori lima tan jenis Isuzu tercampak keluar ke bawah jambatan. Mangsa lain dalam keadaan selamat dan pasukan keluaran operasi (PKO) bertindak membawa mangsa naik menggunakan pengusung," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nora_balqis 14-4-2023 11:40 AM
baru tgk video tadi kat ig...al fatihah pada mangsa
Quote acik79 14-4-2023 01:42 PM
Allahu teruknya.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.045582 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top