CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Dalam Pantang Maut Kesan Tikaman Di Leher Sempat Minta Maaf, Pesan Jaga 4 Anak

14-4-2023 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3331| Komen: 54

Wanita dalam tempoh berpantang yang lehernya tertusuk pisau di rumah di Kampung Beris Panchor kelmarin sempat memohon maaf kepada suaminya sebelum ditemui tidak bernyawa.

Suami mangsa, Mohamad Muhaimi Mustafa, 37, yang bertugas sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Jitra, Kedah memberitahu, isterinya, Nor Idayu Wan Mahadi, 37, turut memintanya supaya menjaga empat anak lelaki mereka termasuk yang baru dilahirkan 36 hari lalu.



Anggota forensik sedang menjalankan siasatan di rumah mangsa di Kampung Beris Panchor, Bachok malam kelmarin. – ROHANA MOHD. NAWI

Menurutnya, pesanan itu disampaikan ketika mereka berbual menerusi panggilan telefon kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin sebelum kejadian berdarah berlaku kira-kira 30 minit kemudian.

“Sebelum ini, arwah pernah mengadu kepada saya mengenai keadaan kesihatannya apabila dia kurang tidur.


“Arwah juga mengadu dia tidak berselera untuk makan selepas melahirkan anak,” katanya kepada Kosmo!.

Katanya, dia kemudian cuba menenangkan perasaan arwah dengan menasihatinya supaya menjaga makan dan tidur.

“Kami ketika itu berbual seperti biasa, namun dia tiba-tiba meminta maaf kepada saya dan dia berpesan agar menjaga kesemua anak-anak kami.

“Ketika itu juga, saya hanya mengesyaki Nor Idayu sedang mengalami tekanan dan gangguan perasan selepas melahirkan anak. Sepanjang berjauhan sejak sebulan lalu, saya sering menghubunginya untuk memberi galakan agar dia makan ubat,” katanya.

Mohamad Muhaimi berkata, selepas tamat perbualan dengan isterinya, dia kemudiannya menerima panggilan daripada ibu mentuanya yang memaklumkan Nor Idayu sudah meninggal dunia dengan kesan tikaman pisau pemotong sayur pada leher.


Tangga yang digunakan adik mangsa untuk melihat keadaan kakaknya di dalam bilik.

Menurutnya, dia amat terkejut dengan kejadian itu kerana mereka berdua tiada sebarang masalah atau bergaduh sepanjang tempoh wanita itu berpantang.

“Saya mengesyaki fikirannya terganggu semasa dalam tempoh pantang. Saya sepatutnya pulang ke Bachok hari ini (semalam) untuk membawanya membuat rawatan terapi di hospital.

“Selepas menerima berita buruk itu, saya bersama tiga anak berusia antara lapan hingga 13 tahun terus pulang ke kampung dari Jitra tengah malam tadi (kelmarin),” ujarnya.

Sementara itu, adik bongsu mangsa, Wan Muhamad Nasri Wan Mahadi, 23, berkata, dia menyedari kejadian tragis tersebut kira-kira pukul 6 petang selepas kakaknya mengunci pintu bilik dari dalam.

Menurutnya, dia kemudian mengambil tangga untuk melihat keadaan kakaknya di dalam bilik sebelum terkejut apabila ternampak wanita tersebut sudah berada dalam keadaan berlumuran darah.

“Ketika itu, ibu saya sedang mendukung anak kakak yang baru dilahirkan. Kami berdua terkejut apabila melihat keadaan kakak yang sudah berlumuran darah apabila sebilah pisau tertusuk pada lehernya,” katanya.

Ibu mangsa, Zuraizah Mat, 58, pula berkata, sebelum kejadian, dia melihat mangsa telah mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan masuk ke dalam biliknya.

“Selepas bercakap dengan suami, dia keluar mengambil pisau dan masuk semula ke dalam bilik sebelum tiba-tiba senyap. Saya hairan dengan situasi itu sebelum meminta Wan Muhamad Nasri memeriksa keadaan kakaknya.

“Selepas pintu bilik dipecahkan, saya terus mencabut pisau sepanjang 16 sentimeter yang berada di lehernya sebelum menghubungi Klinik Kesihatan Beris di sini. Kebetulan pula, kereta peronda polis lalu di hadapan rumah ketika itu,” ujarnya.

Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong di sini kira-kira pukul 7 pagi semalam.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lo_la 14-4-2023 10:08 AM
Innalillah… Kesiannya
Dia sakit. I read somewhere, pisau tu kalau tak ditarik keluar, ada possibility untuk diselamatkan.
Quote Raline 14-4-2023 10:10 AM

[Tempatan] Ibu dalam pantang maut kesan tikaman di leher
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5162569
Post time 13-4-2023 06:32 AM

dah ada

Quote azalia72 14-4-2023 11:07 AM
Allahuakhbar ... sedihnya

Mcm mana la ngerinya adik dan mak arwah yg tgk keadaan jenazah dlm keadaan tertusuk pisau tu

Semoga ahli keluarga arwah tabah
Quote supernaturalee 14-4-2023 11:22 AM
"Selepas pintu bilik dipecahkan, saya terus mencabut pisau sepanjang 16 sentimeter yang berada di lehernya sebelum menghubungi Klinik Kesihatan Beris di sini."

kenapa kau cabut dek
lps tu mesti merambu2 darah keluar kan
pastu baru kau telefon klinik???????
apooo

Quote supernaturalee 14-4-2023 11:23 AM
lo_la replied at 14-4-2023 10:08 AM
Innalillah… Kesiannya
Dia sakit. I read somewhere, pisau tu kalau tak ditarik keluar, ada possi ...

tu lah
yg bijaknya lps tarik keluar baru telefon klinik
dr ke ape adik arwah ni



Quote Dwdrum 14-4-2023 11:29 AM
Ter tusuk pisau?.... Suicide or di bunuh...1st time dengar case committing suicide pilih neck...
Quote cattiecute 14-4-2023 12:08 PM
supernaturalee replied at 14-4-2023 11:22 AM
"Selepas pintu bilik dipecahkan, saya terus mencabut pisau sepanjang 16 sentimeter yang berada di le ...

kental betul hati adik dia p cabut pisau
maybe sebab cemas kot
kalau iols harus trauma tengok darah banyak dengan keadaan kakak gitu
Quote elzy 14-4-2023 12:51 PM
Sedih baca.. Mungkin postpatrum depression..
Quote Nham22 14-4-2023 12:53 PM
lo_la replied at 14-4-2023 10:08 AM
Innalillah… Kesiannya
Dia sakit. I read somewhere, pisau tu kalau tak ditarik keluar, ada possi ...

Mmg dah xde nyawa dah kakak die tu.. Tp g tarik plak pisau tu boleh ganggu forensik punye kerje...
Quote Nham22 14-4-2023 12:55 PM
Dwdrum replied at 14-4-2023 11:29 AM
Ter tusuk pisau?.... Suicide or di bunuh...1st time dengar case committing suicide pilih neck...

Iolss suspect die pernah commit sucide gune pergelangan tgn tp x berjaya... Kali ni die nekad... Mmg die sedia ade sakit ni... Mungkin start dr lahir anak pertama... Sbb husband die tentera selalu xde...
Quote asfaz 14-4-2023 01:03 PM
Sebulan berjauhan .anak2 dgn suami. Maknanya arwah ni nak berpantang kat rumah mak la. Kesian arwah and family. Semoga suami Dan anak2 kuat terima dugaan ni.
Quote Suchi 14-4-2023 01:06 PM
Husband tudm ermmm
Anak dia yg 2nd last tu dh 8 tahun
Jauh gak jarak ngn bongsu ni
Maybe patut tak perlu dah beranak kecik lg. Usia dah dekat 40, anak2 tgk sekolah then ada anak kecik fuhhh
Dah tu dia je yg balik berpantang kat kelate tu anak2 yg tgh sekolah duk ngn ayahnya kat kedah.

Iols kagum la ngn bini2 anggota tentera or unit uniform yg gigih beranak ramai sedangkan laki dorang ni tak selalu ada pun, kuat betul mental nak uruskan umah tangga dan anak2.
Quote Suchi 14-4-2023 01:09 PM
Nham22 replied at 14-4-2023 12:55 PM
Iolss suspect die pernah commit sucide gune pergelangan tgn tp x berjaya... Kali ni die nekad... M ...

Gaya mmg mcm dah lama tak sihat ni sbb suami dia kata patut dia akan balik bawak arwah g terapi kan?

Pastu sblm tu dia mmg dh bawak masuk pisau tu tp adik dia rampas pastu ntah cemana amik lagi.
Selalunya mak2 yg ada anak sekolah ni pantang sendiri je kat umah kelamin tu tp dia ni pantang kat kampung maybe sbb kesihatan mental dia tak begitu stabil tu so lebih baik ada org dewasa lain jagakan dia berbanding pantang sendiri.
Quote Lavender_Violet 14-4-2023 01:20 PM
Samada postpartum depression atau mmg ada halusinasi atau dah lama terlalu tertekan, kepenatan urus anak2.

Knp lah ko ambik keputusan mcm ni dek...tak sakit ke tusuk diri sendiri
Quote syamzana 14-4-2023 01:27 PM
besar-besar dah pun anaknya lain. ingatkan semua ada kat kg, husband je kat sana.
semoga family tabah, kesian anak2 hilang mak. anak sulung mesti terasa giler
Quote green~tea 14-4-2023 01:34 PM
Suchi replied at 14-4-2023 01:06 PM
Husband tudm ermmm
Anak dia yg 2nd last tu dh 8 tahun
Jauh gak jarak ngn bongsu ni

Mmg tentera tak berapa nak balik ke? Teruk jugak ye life nak kena sacrifice
Quote Suchi 14-4-2023 01:52 PM
green~tea replied at 14-4-2023 01:34 PM
Mmg tentera tak berapa nak balik ke? Teruk jugak ye life nak kena sacrifice

Bkn tak berapa nk balik tp bila kuar arahan ada operasi or kursus kena gi laa
Kadang tu lama juga kursus dorang tu mcm kawan iols laki dia kalau kursus mesti lama bulan2 gakla.
Kalau tak masakan bila kawen duit gaji dorang mmg automatik akn ada potongan sesiap utk nafkah bini sbb dorang ni tak selalu ada.
Tp kalau duk kat berek/kuarters ni terjaga la skit walau laki takdok, apa2 hal boleh minta tolong pegawai dan tetangga. Selalunya serba serbi ada dlm kem tu. Anak2 g sekolah pun naik trak.mcm abg ipor iols polis hutan/PGA gitulaa selalu gak takda, tak dapat beraya tu perkara biasa.

Quote acik79 14-4-2023 01:56 PM
Dwdrum replied at 14-4-2023 11:29 AM
Ter tusuk pisau?.... Suicide or di bunuh...1st time dengar case committing suicide pilih neck...

Dulu ada 1 kes org bunuh diri kat masjid UKM, kelar leher sendiri dgn sabit tak silap… seram…
Quote green~tea 14-4-2023 08:26 PM
Dwdrum replied at 14-4-2023 11:29 AM
Ter tusuk pisau?.... Suicide or di bunuh...1st time dengar case committing suicide pilih neck...


Eh ada.. sejenis nekad ada mental disorder on medication... my ex colleague ada camni... kelar leher sendiri pakai 2 pisau lagi... high flyer tp tatau apsal pilih jalan camtu....  baru jadi last year, masa MCO tu... orang WFH fully

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.072465 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top