CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perut Terburai, Penternak Mati Dalam Keadaan Mengerikan Diserang Tiga Anjing Besar Peliharaannya

13-4-2023 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1255| Komen: 7

Wellington: Mayat seorang penternak ditemui dalam keadaan ngeri dipercayai diserang tiga ekor anjing besar yang dipeliharanya.

Rikiana Hirawani, 33, ditemui mati di rumahnya di Christchurch, New Zealand, pada Selasa lalu.


Polis yang memeriksa kediamannya mendapati mayatnya dikelilingi tiga ekor anjing putih besar.


Foto: Agensi

Jirannya memaklumkan bahawa mayatnya ditemui dalam keadaan perut terburai.

Saksi berkenaan memaklumkan mereka menjerit supaya haiwan itu menjauhkan diri daripada mayat sehingga polis tiba.

Katanya, Hirawani tidak melayan anjing itu dengan baik, sebaliknya menjadikan mereka sebagai "pembuat wang".

Polis dan pihak berkuasa kawalan haiwan akhirnya berjaya mengeluarkan anjing berkenaan dari rumah itu.

Seekor anjing ditangkap di hadapan rumah itu manakala polis menyerbu taman belakang untuk mencari dua yang lain.


Detektif Polis New Zealand Sarjan Kanan Colin Baillie berkata kematian Hirawani tidak dianggap sebagai mencurigakan dan akan dirujuk kepada koroner.

"Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan keadaan yang menyebabkan kematian Hirawani," katanya dalam satu kenyataan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 13-4-2023 10:20 PM
Baca berita versi kokesen (nama tu sparked meols interest huntok google, ingatkan pompuan. Jantan rupanya), katanya;

1. He was a breeder.
2. He was found naked, mauled to death by his dogs.
3. When the neighbours saw him, his dogs were still 'feasting' on him. Selayaknya dah jahat kan. Pehtu naked2 tu buat hapa? Ko nak rogol anjing ko?
Quote Thunderclouds 13-4-2023 10:26 PM
Puppy mill ka?
Quote primarikey 13-4-2023 10:43 PM
Cash ler sape suh buli anjing
Kan dh dpt
Quote missbigrockstar 14-4-2023 06:40 AM
Cash.
Meal is served.
Quote dengilo 14-4-2023 08:33 AM
Padan muka. U get back what u give
Quote Sazreena 24-4-2023 02:32 PM
Sesilap ada wijeo ngongkek hanjing..
Quote MissVixen 24-4-2023 03:10 PM
Padan muka. Cashhh. Takde gambar mayat dia ke?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.047704 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top