CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi 4 Bulan Mati Mengejut Di Rumah Pengasuh

13-4-2023 09:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1620| Komen: 25

GOMBAK – Seorang bayi lelaki berusia empat bulan ditemui tidak sedarkan diri ketika dijaga oleh pengasuhnya di Taman Selayang Jaya, Batu Cave, disini, tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Haji Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 1.13 tengah hari daripada pengadu wanita berusia 27 tahun.


Katanya, wanita itu memaklumkan bayi tersebut tidak sedarkan diri di rumah yang pengasuhnya yang merupakan seorang wanita berusia 47 tahun.


Gambar Hiasan

‘Hasil siasatan yang dijalankan mendapati bayi tersebut telah dijaga oleh pengasuhnya. Sekitar pukul 11 pagi, bayi tersebut tidak sedarkan diri semasa dikejutkan dari tidur seterusnya pengasuh tersebut telah menghubungi ibu bayi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zainal, bayi tersebut dibawa ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.53 pagi.


“Bedah siasat dilakukan pada pukul 9 pagi dan punca kematian adalah masalah jantung sejak lahir iaitu ”Congenital Heart Disease”. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor J.Winson A/L Joseph di talian 016-2335454 atau Ibu Pejabat Daerah Gombak di talian 03-61262222. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 13-4-2023 09:26 PM
Syurga ko dekkk
Quote OyenLemas 14-4-2023 12:51 PM
Takziah buat keluarga. semoga si ibu bertabah
Quote afie_m 14-4-2023 12:58 PM
salam tahziah
Quote TabletSusu 14-4-2023 02:03 PM
maknya mesti tau baby ada sakit jantung sejak lahir. ada bgtau kat pengasuh ke x?
Quote kelapaparut 14-4-2023 02:14 PM
Edited by kelapaparut at 14-4-2023 02:15 PM

kematian yang dicemburui..salam takziah utk kluarga baby ini.
Quote matchstick 14-4-2023 02:33 PM
TabletSusu replied at 14-4-2023 02:03 PM
maknya mesti tau baby ada sakit jantung sejak lahir. ada bgtau kat pengasuh ke x?

Rasanya ni yg tak dpt detect masa lahir kot. tahun lps ada kwn kt ofis ni anak sedara dia baby baru lahir dlm 2 minggu tiba2 meninggal. Sbb meninggal mengejut kena la buat post mortem. Rupanya sakit jantung mcm kes ni jgk. Masa baru lahir kt hospital doctor check tp tak dpt detect baby tu ada problem
Quote vanillaninja 14-4-2023 02:57 PM
Innalillah. Salam takziah buat family. Mesti pengasuh risau gila masa nak kejutkan baby tak sedar2.
Quote green~tea 14-4-2023 02:58 PM
matchstick replied at 14-4-2023 02:33 PM
Rasanya ni yg tak dpt detect masa lahir kot. tahun lps ada kwn kt ofis ni anak sedara dia baby bar ...


Masa scan 5 bulan sebenarnya boleh tau jantung baby normal or tidak... mesti mak ignorance
Quote outcast 14-4-2023 03:17 PM
green~tea replied at 14-4-2023 02:58 PM
Masa scan 5 bulan sebenarnya boleh tau jantung baby normal or tidak... mesti mak ignorance

tak semuanya leh nampak waktu detail scan, kwn sis lepas 2 minggu lahir baru detect .  Kalau yg dr lahir nampak , mmg trus masuk IJN utk operate.

Quote rospinki 14-4-2023 03:19 PM
CHD ni ada byk jenis, antara kronik dan tak saja. mungkin baby ni tak di kesan awal. ikutkan aku punya CHD tak kronik sgt berkaitan injap ke paru2 kadang rasa nak pitam tapi masa yg sama diberi kelebihan pada hati yg kuat. smpi satu masa injap tu akan berhenti sdiri assalammm..mualaikum
Quote TabletSusu 14-4-2023 04:00 PM
matchstick replied at 14-4-2023 06:33 AM
Rasanya ni yg tak dpt detect masa lahir kot. tahun lps ada kwn kt ofis ni anak sedara dia baby bar ...

oh x tau pulak ada kes yang x dpt detect. sbb aku pun sakit jantung sejak lahir. tp mmg keluar tu doktor dah detect n terus bgtau mak n abah aku
Quote TabletSusu 14-4-2023 04:04 PM
rospinki replied at 14-4-2023 07:19 AM
CHD ni ada byk jenis, antara kronik dan tak saja. mungkin baby ni tak di kesan awal. ikutkan aku pun ...

CHD ko detected dr lahir ke? aku ada 2 masalah.. dinding mmg berlubang, n 1 injap x normal. dulu doktor ada bgtau.. x risaukan tentang lubang tu sbb dia x membesar pun. doktor risaukan injap yg x tutup rapat tu
Quote mizruncing 14-4-2023 04:34 PM
alahai kesiannyaa. nasib bukan sebab kecuaian pengasuh
Quote faraway1 14-4-2023 06:47 PM
Kena buat scan lupa apa nama dia..
Bukan scan biasa masa bersalin tu..
Yang advanced tu, semua benda boleh nampak detail Sebab me buat masa 3 bulan pregnant, tahu anak perempuan terus.
Quote green~tea 14-4-2023 08:17 PM
outcast replied at 14-4-2023 03:17 PM
tak semuanya leh nampak waktu detail scan, kwn sis lepas 2 minggu lahir baru detect .  Kalau yg dr ...

Mcmana dia detect lepas lahir tu? Masa kat spital check apa doc buat?
Quote nadna 14-4-2023 08:57 PM
Tak semua boleh kesan dari dalam kandungan.Perlukan doktor pakar yang hebat untuk scan kandungan
Quote dua_chzy 14-4-2023 09:07 PM
nadna replied at 14-4-2023 12:57 PM
Tak semua boleh kesan dari dalam kandungan.Perlukan doktor pakar yang hebat untuk scan kandungan

Bukan. Perlu duit banyak buat detailed test siap boleh tau baby dalam perut tu hada masalah down syndrome ka, gitu. Kat KPJ Sabah, meka ambik sampel pehtu hanto pi Singapore untuk test ni. Dulu 1k ka 1.5k kos. Sekarang tatau.
Quote outcast 14-4-2023 09:13 PM
green~tea replied at 14-4-2023 08:17 PM
Mcmana dia detect lepas lahir tu? Masa kat spital check apa doc buat?

Sbb check kuning  tak turun. Sheols beranak private  tp check kuning kat kk biasa. Check  trus kene g refer spital ari yg sama... Operate bby less than 3mths. X silap
Quote miszclassique 14-4-2023 09:18 PM
dua_chzy replied at 14-4-2023 09:07 PM
Bukan. Perlu duit banyak buat detailed test siap boleh tau baby dalam perut tu hada masalah down s ...

Macam NIPT/NIPS test tu ke kaka? Dia check chromosome

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.113790 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top