CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Gunakan Air Peluh Sendiri Hasilkan Minyak Wangi Ghairah

13-4-2023 07:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1052| Komen: 9

Brasilia: Wanessa Moura, model Brazil dan pempengaruh dalam talian berusia 29 tahun, telah mendapat banyak perhatian kerana minyak wangi baharunya, yang didakwanya termasuk peluh badannya sebagai ramuan.


Model dari Sao Paolo itu mendakwa dia mendapatkan ilham untuk menggunakan peluhnya untuk mencipta wangian khasnya, Fresh Goddess, selepas teman lelakinya dan bekas pasangannya memuji bau badan semula jadinya sebagai 'seksi dan mengujakan'.

Setiap botol minyak wangi mengandungi 8 mililiter peluh 'untuk sentuhan keghairahan dan kewanitaan', menjadikannya wangian yang ideal untuk janji temu dan menarik perhatian seseorang yang anda suka.


Foto: Harian Metro

Moura mendakwa pengikut dalam talian yang menggunakan Fresh Goddess menyukai wangian itu termasuk bekas kekasihnya.

"Bau peluh ini memikat lelaki. Saya menggunakan titisan keringat saya sebagai bahan wangian parfum," katanya seperti dilaporkan New York Post.


Model itu juga mendakwa peluhnya juga menimbulkan keghairahan dan seksi dengan bahan yang terhasil di dalam produk itu.

Wangian berkenaan disediakan di dalam botol 50 ml dengan setiap satunya dijual pada harga RM585. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Castrocd 13-4-2023 07:29 PM
Edited by Castrocd at 14-4-2023 01:18 PM

That is battling. I was stunned by your affiliation. I'm happy to see a particularly subject. Altruistically go to my blog and read it. myLoyola Portal
Quote cikatilia 14-4-2023 10:00 AM
bau apa agaknya peloh tu...
Quote venom1 14-4-2023 10:01 AM
tak dinafikan bau peluh perempuan buat lelaki ghairah..
Quote chandrahusin 14-4-2023 10:06 AM
Dh mcm 1 movie aku pnh tengok kat Netflix
Habis dikupas kulit pempuan nak ambik peluh ke apa ntah ke dia bakar
Lupa la plk
Puasa dh 22 hari
Quote vanillaninja 14-4-2023 10:10 AM
chandrahusin replied at 14-4-2023 02:06 AM
Dh mcm 1 movie aku pnh tengok kat Netflix
Habis dikupas kulit pempuan nak ambik peluh ke apa ntah ke ...

Perfume. Series pun ada. Tak salah memang based on a true story.
Quote chandrahusin 14-4-2023 10:13 AM
vanillaninja replied at 14-4-2023 10:10 AM
Perfume. Series pun ada. Tak salah memang based on a true story.

Ha itu lah dia movie tu
Dia mmg ada deria bau yg kuat
Boleh kenal semua benda dgn bau je
Quote dani-rox 14-4-2023 10:42 AM
pheromones kot. bole terima jugak utk kegunaan peribadi, tp bila dia bgtahu utk dijual... eewww siapalah sanggup tenyeh perfume peluh org lain kat badan sendirik. tak mustahil ada yg sanggup beli, sedangkan lilin aroma pussycat Gwyneth Paltrow pun laku di pasaran sana - hingga ada kes lilinnya menyebabkan rumah terbakar
Quote doubleharmonic 14-4-2023 10:53 AM
chandrahusin replied at 14-4-2023 10:06 AM
Dh mcm 1 movie aku pnh tengok kat Netflix
Habis dikupas kulit pempuan nak ambik peluh ke apa ntah ke ...

perfume story of murderer khensss. dia toreh2 kulit pompuan lepas tu rebus ke hapa entah nak extract minyak badan dari mangsa tu nak buat perfume. lepas tu orang lain yang bau jadi attracted kat dia. eh dah macam minyak dagu pulak tapi ni natural punya takde pakai hantu2 gituhhh
Quote chandrahusin 14-4-2023 11:00 AM
doubleharmonic replied at 14-4-2023 10:53 AM
perfume story of murderer khensss. dia toreh2 kulit pompuan lepas tu rebus ke hapa entah nak extra ...

Ye.. dia cari pun pempuan yg wangi2
Entah2 sama konsep ada unsur mcm minyak dagu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.056234 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top