CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jatuh Dari Tingkat 19, Terhempas Atas Bumbung Kereta-Lelaki Hanya Alami Calar, Bangun Dan Menyanyi

13-4-2023 07:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 598| Komen: 2

MOSCOW – Seorang lelaki di Russia bukan sahaja terselamat daripada maut tetapi hanya mengalami kesan calar selepas terjatuh dari tingkat 19 sebuah bangunan akibat mabuk, lapor laman berita India Times semalam.


Berdasarkan klip video tular di media sosial, lelaki yang hanya dikenali sebagai Arthur itu pada awalnya,  dilihat berdiri di tebing tingkat 19 sebuah blok pangsapuri.

Orang ramai yang bimbang melihat aksi berbahaya itu berkumpul di kawasan tepi bangunan sambil menanti pihak berkuasa tiba.'


Foto: India Times

Namun, belum pun sempat anggota bomba tiba untuk menghulurkan bantuan, Arthur hilang kawalan lalu terjatuh dari tingkat 19 dan terhempas ke atas bumbung sebuah kereta Nissan X-Trail.

Kenderaan itu dilaporkan kemik teruk akibat dihempap oleh Arthur. Namun, lelaki itu hanya mengalami sedikit calar pada kepala sebelum bangun dan berjalan semula.


Menurut kakitangan perubatan yang tiba untuk memberi bantuan, Arthur memberitahu bahawa dia bertindak demikian kerana ingin menghilangkan rasa sedih ditinggalkan kekasihnya.

Ketika dalam perjalanan ke hospital, Arthur dikatakan menyanyi dan bersikap seolah-olah dirinya tidak mengalami apa-apa kesakitan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 13-4-2023 08:15 PM
Kesian owner kete
Quote kakikuDibibirmu 13-4-2023 08:17 PM
[youtube]MGoCwNHE4ys[/youtube]

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.064450 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top