CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Ada Cash Tak Jadi Masalah, Pengemis Minta Sedekah Guna Kod QR

13-4-2023 07:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1262| Komen: 33

SINGAPURA – Seorang pemain bola tampar yang juga pemenang beberapa pertandingan ratu cantik di Filipina mendedahkan bahawa dia didatangi pengemis yang meminta wang sumbangan menggunakan kod QR di Singapura, lapor portal berita Coconuts kelmarin.


Michele Gumabao berkongsi perkara itu di laman Twitter dan memberitahu, dia didatangi penduduk tempatan yang meminta sedekah ketika bercuti di republik itu.


Gumabao dihampiri pengemis tersebut ketika bercuti di Singapura. - Michele Gumabao

“Seseorang datang mengemis ketika saya berada di Singapura. Saya memohon maaf kepadanya kerana tidak mempunyai wang tunai. Dia kemudian menunjukkan kod bar (QR) kepada saya,” ujarnya merujuk kepada wang derma menggunakan kaedah tanpa tunai itu.

“Masalah negara dunia pertama,” kata seorang netizen.

Perkongsian Gumabao itu bagaimanapun  dipertikaikan sebilangan pengguna media sosial yang berkata, aktiviti meminta sedekah jarang berlaku di Singapura disebabkan undang-undangnya yang ketat.


“Meminta sedekah  dilarang sama sekali di Singapura. Selama 15 tahun menetap di negara itu, saya belum pernah melihat orang mengemis. Lain kali, terus laporkan kepada polis,” kata seorang netizen.

“Singapura merupakan negara dengan penduduk tanpa tunai, sebab itu mereka menggunakan kod QR. 

“Namun, kebanyakan mereka bukan pengemis kerana mereka mempunyai maruah (mereka memberi tisu kepada anda) dan sebagai pertukaran, anda perlu membayar sedikit wang. Tisu berharga S$1 (RM3.32), tetapi anda boleh membayar lebih. Bahkan pemuzik jalanan pun mempunyai kod QR mereka sendiri,” ulas seorang pengguna lain. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doridori_hi 14-4-2023 05:11 AM
pengemis pun dah start cashless nyah...
Quote kakikuDibibirmu 28-5-2023 03:01 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 29-5-2023 09:06 AM

Jangan lupa hantar duit guna QR code DuitNow akak tawww

Quote _blackbird 28-5-2023 03:40 PM
kakikuDibibirmu replied at 28-5-2023 07:01 AM
Jangan lupa hantar duit guna QR code DuitNow akak tawww

akak pon pengemis juga ke
Quote kakikuDibibirmu 28-5-2023 03:57 PM
_blackbird replied at 28-5-2023 03:40 PM
akak pon pengemis juga ke

Akak pengemis terpimpin
Quote mojarean_X 28-5-2023 04:18 PM
kakikuDibibirmu replied at 28-5-2023 03:01 PM
Jangan lupa hantar duit guna QR code DuitNow akak tawww

Screenshot_20230528_161754_MAE.jpg
X bole lah kak. Error
Quote I.K.A888990 28-5-2023 04:20 PM
mmg maju habis dah ni
Quote hayrin86 28-5-2023 04:41 PM
kakikuDibibirmu replied at 28-5-2023 03:01 PM
Jangan lupa hantar duit guna QR code DuitNow akak tawww

Untuk apa DuitNow? Belum pernah guna DuitNow..

Quote noell 28-5-2023 04:48 PM

Akak pengemis terpimpin tatakelola madani
Quote _blackbird 28-5-2023 06:15 PM


Quote bulalof 29-5-2023 07:05 AM
dapat tisu tak pastu?
Quote kakikuDibibirmu 29-5-2023 07:50 AM
hayrin86 replied at 28-5-2023 04:41 PM
Untuk apa DuitNow? Belum pernah guna DuitNow..


Semua interbank transfer sekarang dah tak guna Instant GIRO dah, Bank Negara Malaysia wajibkan guna DuitNow sama ada guna nombor akaun bank, nombor IC, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit atau QR code DuitNow, nak bayar makanan dan minuman di bazar Romadon pun senang jah, scan QR code, acah-acah buat scan, tunjuk dekat penggerai successful transfer punya screenshot, padahal screenshot tu gambar semalam punya, penggerai pun bodoh, jimak dan senang duit kita makan benda harom
Quote lattehazelnut 29-5-2023 07:54 AM
kakikuDibibirmu replied at 29-5-2023 07:50 AM
Semua interbank transfer sekarang dah tak guna Instant GIRO dah, Bank Negara Malaysia wajibkan gun ...

Ada bukti x? Sbb setau i diorg check notifications duit masuk kat phone / apps diorg.
Quote kakikuDibibirmu 29-5-2023 07:54 AM
mojarean_X replied at 28-5-2023 04:18 PM
X bole lah kak. Error

Sayang pakai Samsung tak ajak
Quote pooh~key 29-5-2023 07:59 AM
Lah kau dah kenapa censor gambar tay tack sheols sis? Kau bajet suci sis?

IMG_6837.v4.jpg
Quote kakikuDibibirmu 29-5-2023 07:59 AM
Edited by kakikuDibibirmu at 29-5-2023 08:02 AM
lattehazelnut replied at 29-5-2023 07:54 AM
Ada bukti x? Sbb setau i diorg check notifications duit masuk kat phone / apps diorg.


Itu penjual jaga gerai yang cerdik, kebanyakannya memang busy nak bungkus-bungkus makanan orang ramai tengah beratur, hujan pulak tu, dapat pulak penggerai mata rabun tak nampak tulisan kecik-kecik tarikh dan waktu transaksi, tangan pulak berminyak tebar muktabar daging, mana maunya nak check handphone dan ponsel punya notification dan transaction history
Quote supernaturalee 29-5-2023 08:10 AM
noell replied at 28-5-2023 04:48 PM
Akak pengemis terpimpin tatakelola madani

Akak pengemis terpimpin tatakelola madani lagi rahmah tahmah





Quote supernaturalee 29-5-2023 08:13 AM
pooh~key replied at 29-5-2023 07:59 AM
Lah kau dah kenapa censor gambar tay tack sheols sis? Kau bajet suci sis?

channel hits movie kt astro siss
scene cium, tumbuk kena potong
tvn movies plk blurkan scene merokok


Quote pooh~key 29-5-2023 08:14 AM
kakikuDibibirmu replied at 28-5-2023 03:01 PM
Jangan lupa hantar duit guna QR code DuitNow akak tawww

Dia bawa akak ke kepala bapak kau sis. Pandai kau sissy.
Quote auntieagony 29-5-2023 08:19 AM
Tanpa kita ketahui, pengemis dan peminta sedekah di jalanan ada duit yg lebih banyak di dlm akaun daripada kita.

Seorg bagi RM1 atau RM5, kalau 100 org sehari X 30 hari => senang hidup diorg. Alhamdulillah

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.069897 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top