CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penghibur Jalanan Hilang Sumber Pendapatan Lepas Salah Teknik Telan Pedang

13-4-2023 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 375| Komen: 1

Akibat melakukan kesalahan ketika melakukan aksi menelan pedang, penghibur jalanan di Edinburgh, Scotland parah dan hampir menemui ajal.

Daily Star melaporkan, Gareth Williams atau lebih dikenali sebagai The Mighty Gareth minggu lalu dikejarkan ke hospital apabila aksi menelan pedang yang telah dilakukan selama 30 tahun itu tidak berjalan seperti dirancang.



Selain menelan pedang, Williams juga melakukan aksi memakan api, silap mata dan aksi jugel berbahaya menggunakan barangan seperti gergaji rantai.- Daily Record

Williams dilaporkan mengalami kecederaan dan pendarahan dalaman, tetapi kini sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Bagaimanapun, dia berdepan tempoh pemulihan yang panjang selain diberitahu oleh doktor bahawa aksi menelan pedang itu perlu dihentikan.

Rakan penghibur jalanan Williams, Mat Keys menubuhkan tabung GoFundMe untuk membantu lelaki tersebut selepas dia kehilangan sumber pendapatan.


“Williams adalah festival, sarkas dan penghibur jalanan yang sangat berpengalaman. Dia telah menelan pedang lebih 3,000 kali, tetapi berlaku kesalahan dalam pertunjukan minggu lalu yang hampir membunuhnya. Dia mengalami kecederaan dan pendarahan dalaman yang teruk.

“Dia menghabiskan tempoh seminggu di hospital dan kini dibenarkan pulang tetapi sedang menjalani pemulihan. Doktor berkata bahawa dia kini tidak dapat melakukan aksi menelan pedang lagi,” tulis Keys di laman pengumpulan dana itu.

Selain menelan pedang, Williams juga melakukan aksi memakan api, silap mata dan aksi jugel berbahaya menggunakan barangan seperti gergaji rantai. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 14-4-2023 04:58 PM
kesian....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.062257 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top