CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Bawah Umur Ditangkap Mencuri Milo- Bapa Ada RM50 Je, Tak Mampu Nak Ikat Jamin

13-4-2023 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1389| Komen: 14

PETALING JAYA – Seorang peguam berkongsi kisah sedih mengenai seorang bapa tidak mampu menjamin anak lelakinya yang juga remaja bawah umur selepas disabitkan kesalahan mencuri.

Melalui perkongsian video Aminahtul Mardiah di akaun TikTok miliknya, dia memaklumkan remaja berkenaan sudah melakukan kesalahan sama sebanyak dua kali.


Kongsinya, kali pertama remaja itu mencuri Milo sebanyak tiga tin, manakala kali kedua sebanyak lima tin Milo.


Gambar Hiasan

“Kalau mengikut pertuduhan, remaja ini mencuri lima tin Milo dan saya juga dimaklumkan bahawa ini perbuatannya kali ke dua.

“Masa kali pertama tiga tin Milo tidak dipertuduhkan, kali kedua lima tin dipertuduhkan,” katanya.

Tambah Aminahtul lagi, dia membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500, namun berasa sebak apabila bapa remaja berkenaan hanya mempunyai wang sebanyak RM50 untuk menampung kehidupan keluarga selama seminggu.


Jelasnya lagi, bapa remaja berkenaan hanya bekerja mengambil upah membuat kerja kampung, manakala ibu dan adik remaja berkenaan terlantar sakit.

Justeru, Aminahtul menasihati orang ramai supaya sentiasa bersyukur kerana ramai yang lagi susah di luar sana.

“Kadang-kadang kita dalam hidup rasa susah. Apa cabaran ataupun dugaan yang Allah bagi kita ni dah terlampau susah dan terlampau sakit dah. Tapi kita lupa dekat luar ni ramai lagi yang ‘struggling’,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote faraway1 13-4-2023 07:47 PM
So apa pengajaran dia...

Emm ramai aje miskin tapi bukan semua jadi pencuri... Dah miskin sah takda duit jamin..
Quote xy_daen 13-4-2023 07:58 PM
Tak kena penjara ke?
Quote blue_blur 13-4-2023 08:04 PM
kalau curi satu tin, boleh la bagi muka juga.... ni sampai bertin tin...

dari perspektif lain, lebih baik jadi peminta sedekah dari mencuri, daripada industri mengemis dikuasai warga asing...tak salah disisi undang2..
Quote FlexyFox 13-4-2023 08:06 PM
I sedih la pula. Yg dicuri tu makanan. Terdesak la tu, lapar. Kesiannya. Tuhan benci dgn kemiskinan (bukan benci dgn org miskin) sebab ia boleh buat manusia jadi jahat. Semoga ini jadi pengajaran untuk budak tu berkelakuan baik lepas ni dan ibubapa dia kena didik dgn baik dan usaha kerja keras agar anak2 tak kelaparan.
Quote orangbiasaje 13-4-2023 08:30 PM
Nak tau gak kenapa adik tu curi Milo. Kalau sebab nak tolong bagi keluarga makan, terdesak, kesian juga.
Quote Buritan 13-4-2023 09:23 PM
FlexyFox: I sedih la pula. Yg dicuri tu  ...
FlexyFox: I sedih la pula. Yg dicuri tu  ...



Aku simpati dgn mereka yg miskin ni.. tp mmg sis.. aku ni nyambil nyambil menjahit tp mmg nak dpt seribu tuu payahhh sgttt.. aku ni sbb laki berduit oklaa.. kalo nak harap duit menjahit tuuu..
Quote Rotipitadaging 13-4-2023 09:30 PM
So kakak lawyer taknak jdkan anak angkat ke???drpd amek dr rmh benon
Quote intan244 14-4-2023 04:00 PM
kalau x mampu, minum air kosong je. jangan mencuri.
Quote matseh 14-4-2023 04:22 PM
Sbb tu lah betapa pentingnya masyarakat. KAlau jenis panjang tangan mmg elok saja dok di dalam. KAlau kat luar pening Mak bapaknya.
Not our place to judge. Bersangka baik saja la.
Quote epullipan 14-4-2023 04:25 PM
so hahak loyer bole tolong ikat jamion tak
Quote harkktuih 14-4-2023 04:34 PM
“Masa kali pertama tiga tin Milo tidak dipertuduhkan, kali kedua lima tin dipertuduhkan,” katanya.


1st time kantoi, xde tuduhan..now buat lagi..ko kenapa dekk?
Quote putericahaya999 14-4-2023 07:44 PM
Pergi la masjid... gerobok rezeki tu ada
Quote kakikuDibibirmu 14-4-2023 07:59 PM
Taste nak milo jah
Quote sharlenetexas 14-4-2023 08:16 PM
Curi banyak2 nk jual balik ke?


Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.055921 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top