CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Tak Ada 'Otak', Suka Hati Parkir Tepi Jalan! Bas MRT Tersangkut Tak Boleh Lalu

13-4-2023 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1326| Komen: 19

Tular sebuah video di Twitter menunjukkan dua bas pengantara MRT tersangkut di jalan berhampiran Stesen MRT Cyberjaya City Centre.

Video berdurasi 49 saat itu dimuat naik oleh @Twt_Cyberjaya menunjukkan dua buah bas sama itu tersekat disebabkan kenderaan yang diparkir secara haram di kiri-kanan bahu jalan laluan tersebut.


Sebagaimana dapat dilihat dalam video, pengadu yang dipercayai penumpang bas meluahkan rasa kesal dan bengang dengan sikap sesetengah orang awam yang masih pentingkan diri sendiri.

Foto: twitter

“Kereta-kereta tak ada 'otak'. Ni bukan tempat parking eh. Habis semua sangkut bas nak lalu pun tak boleh.

"Ikutkan hati nak suruh bas sodok (langgar) je. Orang lain pun nak balik ni terpaksa sangkut,” katanya.

Ketika lelaki itu bercakap dalam video, kelihatan dengan jelas bas itu tidak muat untuk lalu di laluan yang sempit disebabkan kereta Toyota Hilux dan Perodua Myvi diletakkan di kiri dan kanan jalan.




Sebuah lagi bas pengantara MRT di bahagian belakang turut tersangkut, sekali gus mengganggu jadual bas yang ditetapkan untuk mengambil penumpang di kawasan itu.

Dalam video sama, lelaki itu kemudian menunjukkan kejadian itu dari sudut berbeza, menyaksikan seluruh jalan dipenuhi kenderaan di bahagian tepi.

Situasi itu turut mengundang kemarahan netizen di Twitter yang membuat luahan dan memberikan pendapat.

"Sagat saja bang! Ambil nombor plat kereta lepas tu buat tuntutan dekat insurans kereta. Buat laporan polis dulu.

"Buatlah parkir macam mana pun tepi jalan juga nak parkir. Kalau boleh depan tren tu dia nak parkir sebab malas berjalan.

"Dua-dua kereta tak parkir tepi (jalan) betul-betul. Aduh. Kalau ya sekali pun nak parkir tepi jalan pastikan tayar betul-betul dekat tepi," ujar netizen.

Masalah ini mula timbul apabila laluan MRT Putrajaya mula beroperasi, yang memberi kemudahan kepada penduduk di Putrajaya dan bandar berdekatan menggunakan pengangkutan awam. -CARI

Sumber: mStar 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 13-4-2023 03:59 PM
Sudah bodoh bertanya pula
Quote ifanonline 13-4-2023 04:49 PM
langgar saje...bukan kwsn parking tu...nak free aje semua rakyat malaysia ni
Quote cmf_premierleag 13-4-2023 05:01 PM
So majlis perbandaran x reti2 ke nk tow keter2 ni sume and saman je semuanya
Quote Thunderclouds 13-4-2023 05:20 PM
Sagat ja.
Br padan muka.
Depa nk clem insurance pon xvoley.
Bukan dlm petak parking.
Kna korek poket sendri.
Quote Body_language 13-4-2023 05:40 PM
Masalah MRT.

Nak suruh org naik MRT

Tp parking space limited. pastu org parking tepi jalan. lepas tu bas x leh lalu. lps tu lambat sana sini. Ujung2 nnt makin byk la chain reactionnya
Quote Decaffeinated 13-4-2023 05:51 PM
Ketengah sangat dia parking. Orang lain elok ja rapat ke tepi. Aku setuju sagat ja tapi sayang pulak bas. Mungkin Rapid kena revise sikit design bas siap lengan boleh laras ala2 sweeper kot.
Quote faraway1 13-4-2023 07:48 PM
Berani betul parking kat situ, tak sayang keta apa.. Kena sagat, sedihnya
Quote kakikuDibibirmu 13-4-2023 07:57 PM
Quote cikatilia 14-4-2023 10:40 AM
cmf_premierleag replied at 13-4-2023 05:01 PM
So majlis perbandaran x reti2 ke nk tow keter2 ni sume and saman je semuanya

kalau dekat kwasa sentral tu kdg2 akan di saman mbpj.. 1 kereta RM60.tp bukan hari2 pon...

mmg penuh berjela2 sampai nak keluar tu.. nasib sana 3 lane.. so jadi 1 lane la tinggal.. so nak keluar dari sana aje waktu puncak kdg2 ambik masa 30 menet..
dgn kereta terhegeh2 tgk hp..


and parking berbayar amatlah penuh sampai ke rumput..
bas byk cuma kena ikut timing dia la kan... tp bas laju jugak... depends on traffic and cuaca.


Quote Skuau 14-4-2023 12:03 PM
kakikuDibibirmu replied at 13-4-2023 03:59 PM
Sudah bodoh bertanya pula

malu bertanya...bodoh forever...pulok.
Quote Skuau 14-4-2023 12:06 PM
cmf_premierleag replied at 13-4-2023 05:01 PM
So majlis perbandaran x reti2 ke nk tow keter2 ni sume and saman je semuanya


maknanya depa tak reti...buat letew....@jgn terasa
Quote pp_gurl 14-4-2023 12:10 PM
kawasn yg kononnya terpaling terancang tp rancangan ke laut
Quote mejaputih 14-4-2023 12:10 PM
kat situ mmg ada kwsn parking khas ke?
kalau stesen UPM byk kosong parking khas, tp tkde org parking tepi jln pun.
Quote nuralisa 14-4-2023 12:14 PM
kesudahannya .. apa cite?? sodok gak ke??
Quote vanillaninja 14-4-2023 12:16 PM
Myvi ke Axia silver depan tu nampak sangat park tengah2. Tak boleh ke park rapat2 ke curb kot ye pun nak park secara haram.
Quote edoraixora 14-4-2023 12:19 PM
kot ye pun nk parking, himpitlah rapat ke tepi
itu pun tak boleh pikir, hanya pikir diri sendiri ajer
Quote prettyuglybabe 14-4-2023 04:26 PM
katanya parking ada banyak kosong..
nak jimat duit parking punya pasal kan..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.038194 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top