CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hina Agong, Buruh Cetus Isu Perkauman Di FB Kena Penjara 6 Bulan

13-4-2023 03:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 629| Komen: 5

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman enam bulan penjara terhadap seroang buruh kerana membuat hantaran komunikasi jelik dengan menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) serta menimbulkan isu perkauman di laman Facebook miliknya.


Hukuman itu diputuskan Hakim N Priscilla Hemamalini selepas Abdul Rahim Abdullah, 49, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah atas empat pertuduhan berkenaan.


MalaysiaGazette/Sinar Harian

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua bulan bagi pertuduhan pertama, manakala penjara empat bulan bagi tiga lagi pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini.

Bagi pertuduhan pertama, Abdul Rahim didakwa membuat dan memulakan hantaran komunikasi jelik berhubung isu perkauman dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebooknya dengan menggunakan laman profil 'Tuk Chik' pada 3.34 petang, 25 Januari lalu dan pautan itu kemudian dibaca di sebuah restoran, di sini, pada 5 petang, 8 April lalu.


Dia didakwa atas tiga lagi pertuduhan membuat dan memulakan hantaran komunikasi jelik terhadap YDPA dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di akaun Facebook sama, antara 10.52 pagi dan 11.26 pagi, pada 2 dan 3 April lalu dan pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Wangsa Maju di sini, pada 10.45 pagi, 5 April lalu.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Ketika rayuan, Abdul Rahim yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia menyesal serta tidak berniat untuk memprovokasi mana-mana pihak, selain turut memohon maaf kepada institusi diraja atas kesalahan dilakukan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nur Azmal memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat luar, agar tidak melakukan kesalahan sama.

"Dalam kes ini secara terang OKS telah melanggar hak kebebasan bersuara serta tidak menghayati rukun negara kedua iaitu kesetiaan kepada raja dan negara, manakala bagi hantaran isu perkauman, OKS gagal mencerminkan budaya kesopanan dan kesusilaan yang perlu ada dalam setiap rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat majmuk," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doridori_hi 13-4-2023 04:22 PM
Acik kau perbetulkanlah diri yg serabai itu, sibuk nk ber Facebook, bitter ngn org sana sini...
Quote mojarean_X 13-4-2023 04:25 PM
Semoga warga porem dilindungi dan dijauhkan dari didakwa sebegini. Amin.....
Quote Belibis 13-4-2023 07:36 PM
mojarean_X: Semoga warga porem dilindungi  ...

Warga porem kutuk2 secara berlapik..takde la main hembus sebarangan.
Quote cikatilia 14-4-2023 10:27 AM
semaknya la pakcik..
ikat le rambut tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.034738 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top