Wanita mendakwa dirinya hamil selepas 'menikahi' anak patung kain pada tahun lalu. Meirivone Rocha Moraes menjadi perhatian selepas jatuh cinta dengan Marcelo, anak patung kain yang dibuat ibunya untuknya.
Walaupun 'perkahwinan' mengalami pasang surut, termasuk Marcelo yang tidak bernyawa itu 'bersikap curang', wanita berusia 37 tahun dari Brazil itu berkata mereka mengharungi ujian bersama dan kini menantikan cahaya mata. "Saya sangat gembira kerana mengandung (anak) Marcelo sekali lagi," kata Meirivone kepada NeedToKnow.co.uk. Menerusi laman TikTok, Moraes membuat pengumuman itu dengan menunjukkan apa yang kelihatan sebagai kit kehamilan positif. "Kali ini kami akan menimang anak perempuan. Kami sangat gembira," katanya. Jika 'dikurniakan' anak lelaki, kata Moraes, dia dan pasangannya tetap menerimanya dengan hati yang terbuka. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT