Tiga pembantu rumah bertuah dapat layanan seperti VIP daripada majikan apabila diterbangkan dengan helikopter ke sebuah pusat peranginan terkemuka di Desaru, Johor untuk menikmati percutian mewah.
Malah, majikan dikenali sebagai Farah MJ turut menempah suite persendirian sebagai penginapan mereka. Berkongsi cerita kepada mStar, majikan yang hanya mahu dikenali sebagai Farah MJ berkata, pengalaman percutian mewah selama tiga hari dua malam itu merupakan rancangannya untuk menghargai ketiga-tiga pembantu rumah yang merupakan warga Indonesia. Pada masa sama, wanita berusia 28 tahun itu mahu 'membeli jiwa' tiga pembantu rumahnya yang berjauhan dari keluarga masing-masing. Mereka naik helikopter dari Kuala Lumpur terus ke hotel di Desaru. "Minggu lepas saya bawa pembantu rumah untuk tenangkan fikiran, relaks dan rasa refreshment sebagai tanda penghargaan daripada saya.
"Kebiasaannya, bulan puasa adalah waktu yang paling kita akan teringat pada keluarga. Jadi saya mahu mengubati kerinduan mereka dengan getaway (percutian)," katanya kepada mStar. Bukan sekadar menikmati percutian mewah, ketiga-tiga pembantu rumah berusia antara 26 dan 41 tahun itu juga diberikan kejutan berupa 'duit raya' berjumlah RM10,000 setiap seorang. "Saya mahu mereka merasai kegembiraan meskipun tidak dapat pulang beraya di kampung halaman "Jadi duit raya ini membolehkan mereka untuk kirim ke keluarga di kampung. Jumlah itu besar bagi mereka, lebih-lebih ditukarkan ke matawang negara mereka," ujarnya. Mengenai persiapan Aidilfitri kali ini, Fara yang merupakan usahawan dalam bidang eksport dan import berkata, ketiga-tiga pembantu rumahnya turut mendapat habuan baju raya. "Setiap seorang dapat tiga pasang baju, warna sedondon dengan baju raya sekeluarga untuk dipakai masa hari raya nanti. "Ada warna hitam, peach dan maroon. Mereka juga dapat kasut baharu. Mereka akan mengikut saya pulang beraya di kampung saya," katanya lagi. Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, walaupun berkhidmat sebagai pembantu rumah, namun baginya, ketiga-tiga mereka ibarat ahli keluarga. "Saya anggap mereka sebahagian daripada keluarga. Sebab itulah saya menghargai komitmen dan tanggungjawab mereka menerusi pemberian seperti ini. "Saya meletakkan diri saya di tempat mereka, pastinya ingin rasa dihargai. Tetap merasai kegembiraan meskipun berjauhan dari keluarga," katanya. Video mengenai pembantu rumah yang dimuat naik Farah di TikTok meraih lebih 1.3 juta tontonan, dan rata-rata netizen menawarkan diri untuk bekerja dengannya. Sumber: mStar
|
Fara yang merupakan usahawan dalam bidang eksport dan import berkata,
babynina30 replied at 13-4-2023 04:30 PM
Betul ke kt tt org kata apaknya bos wesetar ?
Samerosie replied at 13-4-2023 04:37 PM
What import eksport, google tadi timbang kilo jugek.
lola0311 replied at 13-4-2023 06:35 PM
xjumpa pon
Samerosie replied at 13-4-2023 07:19 PM
Farah MJ. MJ tu brand produk dia Mary Jardin.
babynina30 replied at 13-4-2023 08:35 PM
I tgk mary jardin, founder dia dr maryam aziz ?
green~tea replied at 13-4-2023 10:40 AM
Apa pekdah belanja mahal naik heli? Maid tu lebih perlukan cash utk meneruskan hidup lah, wahai maji ...
dua_chzy replied at 13-4-2023 11:26 PM
Kalau pandai tak post meriak di IG sis.
green~tea replied at 13-4-2023 03:33 PM
Sesungguh nya dia hanya menunggang maid2 dia je demi meraih content... bukan nak kasi recognition ...
Samerosie replied at 13-4-2023 11:24 PM
Entah chuols. Dia agent kut otherwise kenapa dia letak MJ kat nama dia pula
ADVERTISEMENT