CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Buat Kecoh Pecahkan Pintu Surau Ketika Solat Tarawih Sebab Pembesar Suara Bising

13-4-2023 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1328| Komen: 10

Seorang lelaki mengganggu jemaah menunaikan solat tarawih di sebuah surau di Kajang pada Ahad lalu dipercayai kerana tidak berpuas hati pembesar suara surau yang kuat telah mengganggu waktu tidurnya.


Kedengaran suaranya dalam video itu mendakwa sudah beberapa kali membuat aduan berhubung isu tersebut, namun tiada sebarang tindakan diambil sebelum berlaku kekecohan di hujung video berkenaan.


Tangkap layar kejadian tular

Dalam video berasingan, kelihatan pintu surau berkenaan yang dikatakan pecah angkara ditendang lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengsahkan kes berlaku pada 9 April lalu sekitar jam 9.25 malam, lapor SInar Harian.

"Suspek berusia 35 tahun itu bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan bunyi pembesar suara surau yang kuat sehingga mengganggu dia sekeluarga dan kejiranan berhampiran," katanya.


Beliau turut memberitahu, seorang lagi suspek lelaki berusia 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis pada 10 April.

"Kedua-dua suspek memberikan kerjasama kepada pihak polis berkaitan isu selisih faham tersebut," katanya.

Menurutnya, saksi-saksi lain yang terlibat turut dipanggil memberikan keterangan.

"Mereka yang dipanggil polis itu termasuk individu menyebarkan video yang tular di media sosial berkaitan dengan kejadian ini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan rumah ibadat dengan niat mengaibkan mana-mana agama.

"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali," katanya.



Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian media sosial bagi penyebaran video tersebut dengan niat tidak baik dan boleh dihukum satu tahun penjara dan denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Orang ramai dinasihati tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 13-4-2023 01:25 PM
Edited by missbigrockstar at 13-4-2023 01:32 PM

Ni surau bangla ka? Kenapa yg terbabit dalam tu berwajah bangla dan slang bukan org tempatan?
Mic setting kuat sgt kot? Bukan azan saja ke yg boleh guna mic? Entah lah. Siapa2 boleh beri pencerahan kat sini.
Quote sqlite3 13-4-2023 01:29 PM
masa dia main mercun kita tak ada pergi pecah rumah dia pun.
Quote Bedah.Cun 13-4-2023 02:22 PM
Yang kuang hajar sangat kenapa, ngkaw tak reti cakap elok2 ker? Bangla tue dengan ngkaw sama2 migrant, setaraf lar bodoh!
Quote mawardia 13-4-2023 02:44 PM
Adoi... AJK pun! Apasal pasang speaker time terawikh? Time azan je la. Over je la. Org tu nak balik rumah nak rehat jugak.
Quote umbut 13-4-2023 02:46 PM
Speaker utk azan je dah lah.. ni semua bacaan dlm sembahyang ko nak pasang speaker si bangla ni.
Quote shamsadis 13-4-2023 02:51 PM
mata sepet mesti lepas punya, walhal satu jenayah memecahkan harta benda....
Quote Punat_button 13-4-2023 02:56 PM
sqlite3 replied at 13-4-2023 01:29 PM
masa dia main mercun kita tak ada pergi pecah rumah dia pun.

sebab mercun dah boleh buat rumah pecah sis


Quote Punat_button 13-4-2023 02:59 PM
shamsadis replied at 13-4-2023 02:51 PM
mata sepet mesti lepas punya, walhal satu jenayah memecahkan harta benda....

apa ada pada mata sepet sis, OKU kurang penglihatan ka?

motif iols terjebak merasis dibulan ramadan yang mulia


Quote rospinki 13-4-2023 03:30 PM
buruk la bunyik bacaan surah org bangla ni dahla buat bawah flat speker kuat sapa diorg nak buat sukahati. solat diam2 sudahla oiii..over bangla ni satu buat buruk nama islam je baca surah bgitu. mcm sami thai je bunyik merosakkan.
Quote missbigrockstar 13-4-2023 04:38 PM
Edited by missbigrockstar at 13-4-2023 05:32 PM
umbut replied at 13-4-2023 02:46 PM
Speaker utk azan je dah lah.. ni semua bacaan dlm sembahyang ko nak pasang speaker si bangla ni.


Area rumah aku ni sorang bilal suka mengaji kuat2 sebelum azan termasuk waktu subuh. Rasanya dia dekatkan mulut terlampau dekat dgn mic guna full blast so suara jadi lantang, tak merdu dengar. Bilal lain ok je azan sedap dengar guna mic setting yg betul.
Bila time bilal yg sorang suka mengaji, azan kuat2 ni terus aku sendiri terfikir, non muslim rumah betul2 depan surau, or siapa2 ada anak kecil, org sakit, mesti terganggu juga tapi so far takda apa2 komplen.

So mmg salah lah kan ceramah or mengaji guna speaker besar? Aku baca majlis agama, sultan selangor pun dah keluar pekeliling pasal isu ni sejak dulu.
Back to topic, any Muslims akan rasa annoyed dengar bacaan fatihah imam bangla tu. Laju, tajwid semua main langgar saja. Dah lah cetus isu perkauman. Mcm lah kau tu rakyat Malaysia.
Harap polis hukum both. Cina tu sebab rosakkan harta benda, the banglas sebab buat ikut suka hati conquer surau tu. AJK melayu islam mana?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.077154 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top