CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didakwa Sogok Perwakilan, Jamal Yunus Takkan Berdiam Diri

13-4-2023 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 237| Komen: 2

Datuk Seri Jamal Md Yunos akan membuat laporan polis terhadap individu yang memfitnahnya berhubung isu rasuah sewaktu pemilihan UMNO baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu menjelaskan tindakan individu terbabit memberi gambaran negatif terhadapnya sebagai pemimpin UMNO yang dipilih perwakilan buat kali ketiga memegang jawatan yang sama sebagai Ketua UMNO Bahagian.



FB

“Saya akan membuat laporan tentang kenyataan fitnah kepada saya yang mengakibatkan pandangan serong masyarakat kepada saya dan mencemarkan nama baik UMNO Sungai Besar.

“(Bila nak buat?) Dalam waktu terdekat selepas selesai jawapan daripada Lembaga Disiplin,” katanya di Menara Dato’ Onn, di sini semalam.

Jamal ditemui selepas memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin susulan dakwaan menyogok 12 orang perwakilan untuk mengundinya pada pemilihan parti pada 18 Mac lalu.


Bagaimanapun, beliau sebelum ini menafikan dakwaan terbabit, sekali gus menyifatkan dakwaan tersebut fitnah dibuat pihak sepanjang pemilihan parti peringkat Bahagian Sungai Besar.

“Saya nafikan. (Ini) fitnah,” katanya sebelum ini.

Jamal yang mendakwa penuduh terbabit adalah punca aduan dibuat ke Lembaga Disiplin UMNO menjelaskan, beliau kecewa dengan sikap tersebut dan seharusnya tidak dilakukan oleh seorang pemimpin politik yang pernah memegang jawatan penting suatu ketika dahulu.

“Saya kecewa dengan serangan itu,” jelasnya.


Loading FB Post...

Bagaimanapun, menerusi sepucuk surat ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Hafarizam Harun bertarikh 7 April 2023, Jamal dikatakan melanggar peruntukan Perlembagaan UMNO dan Tataetika Ahli Umno yang boleh dihukum di bawah Fasal 20.9.

Dalam surat itu juga, perwakilan yang diberikan sogokan diarahkan bersumpah untuk mengundinya pada pemilihan parti.

Selain wang tunai, perwakilan turut diberikan satu beg perwakilan mengandungi kad gantung perwakilan, cai, dan sekeping kad jemputan dikatakan boleh ditunaikan berjumlah RM2,000, jika Jamal menang pemilihan.

Jamal menafikan dakwaan itu. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kkm123 8-8-2023 08:56 AM
Simpan Jurnal Dagangan: Kekalkan jurnal dagangan untuk menjejaki dagangan anda, menganalisis prestasi anda dan mengenal pasti bidang untuk penambahbaikan.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.028057 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top